Monday, March 31

Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Keluar Parti DA

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP hari ini telah bertindak meninggalkan parti berkenaan kerana hanya seorang sahaja kaum India yang dilantik sebagai Exco di negeri tersebut, demikian malaysiakini melaporkan.Di dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng, Sivasubramaniam mendakwa bahawa Pengerusi DAP Perak Ngeh Khoo Ham telah gagal mengkotakan janjinya unt melantik dua orang kaum India sebaga ahli exco.
"Ini merupakan satu tamparan hebat dan satu penipuan kepada komuniti India di Perak," bentak pemimpin DAP tersebut di dalam suratnya.
10 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan itu di Perak selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada Sabtu lepas di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah itu hadir selepas tiga minggu kemenangan luar dugaan pakatan BA pada pilihan raya umum lepas dengan pelbagai spekulasi desas desus ditimbulkan oleh pihak media.
Kerajaan campuran yang diterajui tiga parti itu dibentuk selepas memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum 8 Mac lepas manakala BN hanya menang 28 kerusi.
Anggota Exco yang mengangkat sumpah terdiri enam dari DAP, tiga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari PAS.
Mereka ialah Ngeh Koo Ham (Sitiawan), Nga Kor Ming (Pantai Remis), Su Keong Siong (Pasir Pinji), Chen Fook Chye (Keranji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar), A Sivanesan (Sungkai), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Mohd Zainudin Mohd Yusof (Lubuk Merbau).
Dari barisan exco itu, jelas DAP hanya menghantar satu nama pemimpi nIndia iaitu A.Sivanesan kepada Menteri Besar untuk diterima sebagai ahli Exco dan ini menimbulkan rasa tidak puashati kepada masyaraka India di negeri Perak terhadap keputusan DAP yang menamakan 8 orang kaum Cina sebaai exco di negei berkenaan.

SUMBER : www.tranungkite.net

Persoalan kepada SPR


Oleh jongoih


Keputusan akhir PRU 12 oleh SPR agak mengelirukan dan memerlukan jawapan segera daripada pihaknya. Sila buat analisa mengenai JUMLAH KERTAS UNDI DIKELUARKAN antara DUN dan Parlimen. Kertas Undi bagi DUN dan Parlimen tidak sama jumlahnya bagi setiap negeri.Mengapa ini terjadi? Ingin ditegaskan disini jumalah kertas undi mestilah sama kerana setiap pengundi akan mendapat 2 kertas undi iaitu bagi DUN dan Parlimen. mengapa bagi sesengah kawasan kertas undi bagi dun melebihi kertas undi Parlimen dan begitulah sebaliknya.Adakah ini satu lagi penipuan yang dilakukan oleh mereka. Contoh Parlimen Marang 65 008 Kertas Undi dikeluarkan manakala bagi 4 DUN dlm Parlimen tersebut hanya 64 945 kertas undi dikeluarkan. Perbezaan 65 kertas undi. mengapa terkurang? sepatutnya kertsa undi bagi Parlimen dan DUN mestilah sama.Parlimen Hulu KT 45 971 manakala jumlah bagi kempat-keempat DUN adalah 46 027 . Perbezaan 56 kertas tiada diterima oleh pengundi.Kenapa boleh terjadi begini , perlu diingat pengiraan yang dilakukan hanya mengira KERTAS UNDI YANG DIKELUARKAN, kepada pemilih bukannnay kertas undi yang diteima dan dimasukkan kedalam tong undi.Penjelasan diperlukan



sumber;http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkhir.php"

EXCO HANTU wujud di Pulau Pinang




Saya terbaca satu berita dari Bernama "BN Pulau Pinang Wujudkan Exco Bina Negeri..". Apa maksud Exco Bina Negeri? Tentulah maksudknya EXCO BN. Apa yang menariknya EXCO HANTU-HANTU ini hanya diwakili oleh ADUN dari UMNO sahaja kerana calon-calon Gerakan, MCA dan MIC semuanya ditolak rakyat Pulau Pinang. Agihan EXCO ini dicaturkan oleh Koh Tsu Koon yang tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan.Apakah UMNO juga akan lakukan seperti yang pernah dibuat di Kelantan dan Trengganu apabila mereka sudah tidak ada kuasa lagi? Tetapi yang nyata tindakan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan pentadbiran Negeri dan Pusat dimana terdapat sejumlah peruntukan tertentu yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri akan diberikan kepada EXCO HANTU UMNO ini untuk mereka belanjakan sesuka hati.
Kabarnya, banyak projek mega yang dirancangkan di Pulau Pinang yang telah diberikan kepada kroni UMNO termasuk anak Abdullah akan disalurkan melalui EXCO HANTU ini.Satu soalan untuk Abdullah. Bagaimana negeri-negeri lain yang terlapas dari genggaman UMNO seperti Kedah, Perak dan Selangor? Tidakkah teringin mewujudkan pentadbiran berasingan seperti yang pernah dilakukan di Kelantan dan Trengganu?Sekarang, sudah terbukti UMNO mempunyai agenda memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan tidak mengamalkan dasar Federalism yang diterima semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu dahulu.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=323625Am30 Mac, 2008 20:34 PM BN Pulau Pinang Wujudkan Exco Bina Negeri Pantau Pentadbiran Kerajaan NegeriPULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mengumumkan pembentukan Exco Bina Negeri, khusus bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta menjadi saluran untuk menyampaikan hasrat dan pandangan rakyat.Pengerusinya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan BN Negeri hari ini bersetuju untuk mewujudkan barisan exco bayangan itu, yang terdiri daripada 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.Katanya setiap ADUN berkenaan diberi portfolio yang sama dengan portfolio exco kerajaan negeri ketika ini, dan mereka akan memantau perkembangan setiap portfolio berkenaan, janji-janji kerajaan negeri, serta menjadi saluran untuk menyampaikan pandangan rakyat mengikut portfolio masing-masing di Dewan Undangan Negeri.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini petang ini, beliau berkata barisan exco itu akan diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim.Katanya ADUN Telok Bahang, Datuk Dr Hilmi Yahaya dipertanggungjawab untuk mengendalikan portfolio Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah; portfolio yang dipegang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di peringkat pentadbiran kerajaan negeri.Shabudin Yahaya (ADUN Permatang Berangan) pula mengendalikan portfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Datuk Jahara Hamid (Telok Air Tawar-Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya-Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal-Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).Datuk Jasmin Mohamad (Sungai Dua-Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom, Pengangkutan Udara, Laut dan Keretapi), Farid Md Saad (Pulau Betong-Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Acheh-Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang), Datuk Azhar Ibrahim (Penaga-Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir).Syed Ameruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas-Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan) dan Zabariah Wahab (Bertam-Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).Koh berkata setiap anggota Exco Bina Negeri ini akan mengetuai sebuah jawatankuasa yang dianggotai sekurang-kurangnya seorang wakil daripada setiap parti komponen BN yang mempunyai minat, kepakaran serta pengalaman dalam bidang portfolio berkenaan."Kebanyakan mereka ini merupakan bekas exco kerajaan negeri BN suatu ketika dahulu dan mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. Mereka akan memberikan maklum balas serta cadangan kepada exco Bina Negeri sebagai mewakili semua kaum yang ada di negeri, bagi menyuarakan kehendak, hasrat dan pandangan semua pihak," katanya.Kerjasama ini juga sebagai menyambut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi yang mahu wakil rakyat yang dipilih mewakili semua kaum dalam negeri.Koh berkata jawatankuasa yang dipengerusikan setiap Exco Bina Negeri serta Jawatankuasa BN Negeri akan bermesyuarat lebih kerap untuk mendapatkan maklum balas rakyat serta mengukuhkan jentera parti agar lebih berkesan.Selain itu katanya, BN negeri juga akan mewujudkan laman web untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas melalui internet kepada exco Bina Negeri."Kita akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berjiwa rakyat," katanya.Turut hadir pada mesyuarat hari ini ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Negeri, Lau Chiek Tuan dan bekas-bekas wakil rakyat BN penggal lalu.-- BERNAMA "

Perlunya kepimpinan 5 negeri bergambung

Oleh kimizuke


"Ulasan demi ulasan yang diterjemahkan oleh rakyat di setiap negeri saban hari membuktikan karisma yang ditunjukkan setiap kepimpinan Barisan Rakyat mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Hal ini dibuktikan dengan sikap merendah diri kepimpinan ini dalam soal perbelanjaan negeri seperti1. potong elaun adun-adun - wajar dipraktikan di seluruh negeri pimpinan BR dan BA.
2. Pembelian kereta untuk exco-exco - Kepimpina Azizan juga wajar dicontohi oleh semua kepimpinan 5 negeri iaitu tidak membazirkan wang rakyat dan menggunakan apa yang telah ada.3. Isu perumahan rakyat patut diambil pertimbangan yang serius oleh kepimpinan terutamanya bandar-bandar besar. Perumahan yang dibuat perlu mengambil kira mojoriti kewangan rakyat yang berpadanan dengan kemampuan mereka dan tidak memusnahkan persekitaran fizikal setempat.4. Tumpuan mengurangkan gejala sosial yang menjadi darah daging golongan remaja hari ini. pastikan artis2 remaja tidak menjadi ikon untuk remaja hari ini. Sebenarnya menjadikan artis sebagai ikon boleh merosakkan jati diri remaja. Kerajaan pimpinan BR terutamanya menjadikan remaja2 yang berjaya dalam bidang kerjaya. akademik dan sebagainya sebagai ikon remaja.5. Tidak lagi mengeluarkan premis-premis hiburan dan tidak menyambung premis2 hiburan yang sendirinya merosakkan remaja Melayu, Cina dan India.6. Mengukuhkan institusi masjid-masjid dan institusi agama lain sebagai tempat ilmu dan beribadat memperluaskan fungsi-fungsi masjid dengan cara memberi bidang kuasa yang lebih kepada pegawai-pegawai masjid. Dengan memperbanyakkankkan dana untuk aktiviti-aktiviti tertentu.7. Memberi sagu hati kepada golongan2 yang ingin berkahwin sebagai salah satu menghidarkan gejala sosial yang semakin membarah.8. Skim kifaalah yang di tonjolkankan oleh kerajaan kelantan wajar dipraktikan oleh seluruh kerajaan BR.9. Mengembangkan juga Dinar emas untuk rakyat.
Oleh yang demikian saya yakin Kepimpinan 5 negeri dan pertakbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur suatu hari nanti bergabung untuk satu program di mana rakyat dapat berkumpul di satu tempat untuk mendengar ceramah perdana secara live yang berpusat di Kuala Lumpur. jadikan program tersebut sebagai aktiviti bulanan untuk membuktikan INILAH KEPIMPINAN BARISAN RAKYAT. "

SUMBER : www.tranungkite.net

Khir Toyo mula ‘berblog’, Shahidan pun teringin sama




“KHIR Toyo jadi penulis blog”, begitulah tajuk sebuah akhbar semalam mengenai ‘kerjaya baru’ ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dato’ Seri Dr Khir Toyo selepas partinya kalah teruk dalam pilihan raya umum di negeri itu baru-baru ini.Selepas enak berada di kerusi empuk bertahun-tahun lamanya, kini Khir Toyo mula merasai ‘keenakannya’ berada di ‘kerusi kayu’ pula. Sama ada Khir Toyo boleh terus kekal mengharungi cabaran dalam dunia barunya itu hanya masa yang menentukan, cuma agak lucu bila dibayangkan bagaimana seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri termaju di Malaysia tiba-tiba terpikat hendak masuk dalam kumpulan ’syok sendiri’ (menurut Menteri Pelancongan, Dato’ Azalina Said).
Mudah-mudahan Khir tidak akan syok sendiri dalam dunia barunya itu. Jika meneliti kenyataan beliau ketika ditanya mengenai laman blog yang diciptanya jelas sekali Khir tidak syok sendiri.
Beliau berhasrat menjadikan blog berkenaan sebagai salah satu saluran beliau untuk menyuarakan pandangannya terhadap pentadbiran baru kerajaan negeri di bawah Barian Rakyat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam kata-kata aluannya Khir berkata: “Ia akan menjadi wadah untuk saya berkomunikasi dengan pembaca khusus dalam isu-isu politik dan sosial. Saya akan memanfaatkan blog ini untuk berbicara mengenai masa depan negara dan perjuangan Umno sebagai wadah politik kita.”
Nampaknya Khir memang serius. Ternyata hasrat Khir mendapat maklum balas yang hangat. Setakat saya menulis artikel ini (11.30 pagi) terdapat 247 komen terhadap posting pertama beliau bertajuk “Wadah sebuah perjuangan itu“.
Rata-rata pengunjung mengalu-alukan hasrat Khir dan berharap beliau tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Sebahagian komen sempat saya kumpul di kelantankini.com. Menariknya Khir Toyo turut memberi respon terhadap komen-komen yang sebahagiannya turut menyindir langkah beliau itu.
Sementara itu seorang lagi bekas menteri besar, Dato’ Seri Shahidan Kassim khabarnya bakal menuruti jejak sahabat beliau itu. Harap-harapnya mereka berdua ini tidaklah pula membuat cerita fitnah pula dalam blog masing-masing, almaklumlah pemimpin Umno kata cerita dalam blog tak boleh dipercayai kerana tiada fakta sahih. Apa-apa hal pun selamat berblogging buat Dato’ Seri berdua. Kalau rasa susah nak dapat pengunjung kritiklah sama orang atas macam Dr Mahathir lakukan.

Khairy Kahwini Cucu Lee Kuan Yew?


Ramai pengunjung blog ini agak kurang puas membaca posting saya mengenai Azalina Othman Said yang saya tulis secara lambang-lambang dan kenen-kenen sahaja.Sebenarnya, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada petang 27 Mac 2007, salah satu kisah yang disorot adalah mengenai perlantikan Menteri Besar Terengganu.Azalina dikatakan turut bersuara mengenai perkara ini. Blog ini difahamkan, antara perkataan Azalina yang melekat di benak beberapa ahli MT adalah kisah sesetengah raja kononnya hanya tau “naik kuda turun kuda” sahaja. Kalau nak tau kisah selanjutnya, tanyalah pada Azalina sendiri.Bagaimanapun, berikut ini adalah satu komen kiriman Azam yang baru saya terima sebentar tadi. Kisah ini mengenai Khairy Jamaluddin, sahabat baik Azalina. Komen sepenuhnya adalah seperti berikut:Lama sudah saya tak muncul di ruang maya. Saya kecewa dengan tindakan Abdullah Badawi yang tak sensitif kepada tuntutan rakyat supaya dia letak jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sebab itu saya malas nak bersuara lagi pasal Abdullah.Ini satu berita pasal menantu Abdullah. Saya nak sahabat-sahabat lain tolong pastikan kebenarannya. Saya dapat info Khairy Jamaluddin dah mengahwini cucu Lee Kuan Yew di Singapura. Adakah ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar kisah ini?Saya suarakan ura-ura di sini kerna kalau betul Khairy kahwin dengan cucu LKY, ini mengesahkan hubungan intim dia dengan Singapura selama ini. Saya rasa ini bahaya bagi kita.Saya juga diberitahu seorang rakan di Kuala Lumpur, Khairy akan menikahi akres genit yang selama ini digosipkan ada hubungan intim dengan Ahli Parlimen Rembau ini. Kata kawan saya, seorang pereka fesyen di KLCC dengan bangganya memberitahu banyak pihak yang dia sedang menyiapkan beberapa pasang baju perkahwinan aktres itu yang berharga berpuluh ribu. Sekali lagi, ini betul atau fitnah? Kalau betul, bila? Kalau fitnah, mengapa tersebar khabar ini?Saya minta pengunjung kuda-kepang bantu saya dapatkan kepastian kedua-dua ura-ura di atas. Khairy orang penting negara. Apa terjadi pada dirinya tentu perlu diketahui semua rakyat Malaysia. - AZAM, 10:39 PMSaya seperti Azam. Saya tak pasti sama ada kisah Khairy ini benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad



SUMBER :http://kuda-kepang.blogspot.com

Tuanku Mizan mahu semula kuasa urusan agama!

Oleh I-Pacat

Berita yang agak menggembirakan diberitahu “tok faqir” ialah Tuanku Sultan sekarang ini ‘mendesak’ agar segala urusan yang berkaitan dengan agama Islam di Terengganu, hendaklah dikembalikan sepenuhnya di bawah baginda. Sejak ia diambil alih kuasanya di zaman Tun Mahathir dulu, rakyat dapat melihat bagaimana hal-ehwal agama khususnya di Terengganu semakin huru hara. Tangan-tangan politik Umno/BN bertindak sewenang-wenangnya dalam urusan berkaitan agama.Sebagai contoh, JKKK berkuasa menentukan imam, bilal untuk surau dan masjid. JKKK ‘berkuasa’ memecat mereka, menghalang kuliah-kuliah agama, ceramah dan sebagainya. Mereka rela masjid dimakmur kerbau lembu daripada dimeriahkan dengan majlis-majlis ilmu.
AJK masjid diatur rapi agar puak-puak umno yang dilantik. Walaupun datang masjid hari jumaat sahaja, ia dilantik juga sebagai AJK. Kadang-kadang jadi imam pun, bacaan, makrai, tajwidnya diragui. Malah terbayang-bayang pada belakang tuan imam tu lambang dacing pada t-shirt yang dipakai di sebalik jubah yang dipakainya tu. Nyata sekali, politik hasad dengki, busuk hati, nafsu mazmumah, dendam kesumat merajai keputusan-keputusan dalam perkara kemaslahatan agama. Akhirnya, berlaku pelbagai kepincangan dalam struktur masyarakat dan pembangunan agama khususnya di Terengganu. Kami rakyat Terengganu berharap dan berdoa, Tuanku Sultan akan terus bertegas dalam ini. Sebagaimana kami berdiri dibelakang Tuanku dalam krisis perlantikan MB Terengganu, begitu jugalah dalam soal ini. Jika urusan agama terus berada di tangan manusia yang bertuhankan nafsu dan bersifat munafik, nescaya rakyat dan negeri akan terus dilorongkan ke jurang kebinasaan.
Kami tidak sanggup lagi melihat muka-muka penderhaka itu menjadi penentu dalam soal-soal keagamaan di negeri kami. Hati busuk dan perut kotor mereka itu tidak akan menghasilkan kebaikan dalam segala tindakan yang dibuat. Walau zahir mungkin nampak cantik, tapi di sebaliknya penuh dengan yang buruk dan hodoh. Tengoklah masjid Kristal tu! Wahai rakyat Terengganu, perjuangan kita masih belum selesai! Daulat Tuanku! Suara Rakyat Suara Keramat!

sumber : www.tranungkite.net

Friday, March 28

"Pak Lah Kecundang, MT UMNO Sokong Ahmad Said"

Oleh GB

Untuk kali kedua Pak Lah gagal untuk campurtangan di dalam hal ehwal kerajaan negeri. Di Perlis Pak Lah gagal menaikkan Shahidan Kassim, kini di Terengganu Pak Lah gagal lagi untuk menaikkan calon MB pilihannya Idris Jusoh. MT SEBULAT SUARA menyokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh pihak Istana.

Rakyat Terengganu sebenarnya kini begitu marah dengan Perdana Menteri yang cuba untuk campur-tangan di dalam urusan hal-hal negeri Terengganu dengan menonjolkan calon pilihannya iaitu beka MB, Idri Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu. Malah sebelum daripada ini daripada kenyataan Rosol Wahid sendiri, adalah jelas Pak Lah merupakan DALANG utama yang mendesak supaya ADUN-ADUN Terenganu memberikan sokongan kepada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar untuk "melawan" calon pilihan pihak Istana, malah di dalam keadaan tertentu dilihat cuba bertindak DERHAKA kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu Berikut ialah kenyataan Rosol seperti dilaporkan oleh pihak akhbar:"Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu. Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar. Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden." "Negerinya sendiri Pulau Pinang tak boleh dijaganya, dia hendak jaga dan control negeri orang lain", bentak seorang ahli veteran UMNO yang kelihatan begitu marah dngan tindakan Pak Lah berkenaan. Pada hari semalam Pak Lah berkata bahawa ada pihak yang cub mengambil kesempatan dari krisis tersebut, namun masyarakat Terenganu rata-rata menolak tuduhan Pak Lah tersebut. "Yang berkepentingan ialah Perdana Menteri sendiri dan menantunya. Semua orang sudah tahu hal ini. Lebih menghinakan rakyat Terengganu ialah penglibaan Patrick Tan (Patrick Badawi) yang telah memungah kekayaan yang menjadi milik rakyat Terengganu hasil daripada rencana jahat Pak Lah- Idris Jusoh," tegas seorang penduduk di kuala Terengganu.

sumber: www.tranungkite.net

"KEPUTUSAN BANCIAN:61% pelawat setuju Pak Lah perlu meletak jawatan."


Satu bancian telah dijalankan oleh Blog Pemuda Insaf(BPI)kepada pelawat-pelawat blog ini tentang isu “Perlukah Pak Lah meletak jawatan” bermula 16 Mac hingga 26 Mac baru-baru ini.

Berikut adalah keputusan bancian tersebut dimana 61% bersetuju bahawa Pak Lah perlu meletakkan jawatan,manakala 28% lagi memilih supaya Pak Lah tidak perlu meletak jawatan,sebaliknya digulingkan oleh ahli UMNO.Sebanyak 11% pula berpendapat masanya belum sesuai untuk Pak Lah untuk berbuat demikian.

“Perlukah Pak Lah meletak jawatan?”

PERLU :- 61%
TIDAK :- 0%
BELUM MASANYA :- 11%
TUNGGU DIGULINGKAN :-28%

Walau apa pun ini hanyalah bancian terhadap pendapat pembaca dan pelawat blog ini,keputusannya terletak di tangan Pak Lah sendiri namun kalau dilihat disuatu sudut majoritinya rakyat sememangnya mengkehendaki Perdana Menteri yang penidur ini berundur secara terhormat.

Sekian,

“salam suara rakyat”

"MENCECAH 1000 ORANG:TERIMA KASIH KEPADA PELAWAT"

Hari ini selepas 13 hari Blog Pemuda Insaf ini di lancarkan,BPI telah menerima pelawat ke 1000.Satu pencapaian yang tidak pernah diduga oleh penulis selaku pendokong BPI sebelum ini.

Blog ini yang di lahirkan pada 14 Mac 2008 atas dasar kesedaran dan keinsafan penulis diatas situasi semasa golongan muda dinegara ini.Blog ini pada dasarnya tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik namun di atas dasar kesedaran dan rasa benci pada korupsi yang semakin terserlah dalam kepimpinan kerajaan Barisan Nasional pada masa kini,BPI sebenarnya lahir untuk menyuarakan suara rakyat terutamanya golongan muda.

Selain itu BPI juga lahir bagi mengimbangi perang psikologi kerajaan terhadap pembangkang melalui media arus perdana seperti yang dapat dilihat semasa menjelang PRU12 baru-baru ini.Dalam isu ini BPI ingin berperanan untuk menyampaikan berita yang sahih kepada rakyat bagi menyalurkan segala maklumat dan fakta yang sememangnya tidak terdapat dalam media arus perdana.

Disamping itu BPI telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar komen-komen dan artikel didalam web blog yang lain seperti TKO(www.tranungkite.net) disamping menjadikan artikel dari rakan-rakan blogger lain sebagai sumber rujukan untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca.Tidak dinafikan,ramai pelawat ke BPI hampir 95% datang dari pelawat yang melawat TKO selepas membaca artikel yang ditulis oleh pemuda insaf disitu.Ianya sedikit sebanyak telah mempromosikan blog ini secara tidak langsung.

Sempena menyambut pelawat ke-1000 ini penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang sudi singgah di BPI dan memberi komen serta maklumat-maklumat terkini melalui email kepada penulis.Sumbangan pembaca semua teramat dihargai oleh penulis dalam mempertingkatkan lagi gaya penyampaian BPI kepada pembaca.

Disini penulis mengalu-alukan sebarang artikel,komen dan apa saja maklumat kepada BPI.Untuk sebarang artikel,komen dan maklumat boleh lah dihantar melalui email kepada penulis di pemuda.insaf@gmail.com .

Sebelum mengakhiri warkah ini,sekali lagi penulis mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang telah menyokong perjuangan penulis dalam menjadikan BPI sebagai sumber berita alternatif kepada rakyat dalam memperjuangkan suara rakyat dalam memartabatkan agama,bangsa dan negara.

“salam suara rakyat”

Thursday, March 27

“10 DALIL MENGAPA UMNO TIDAK LAGI RELEVAN”


"10 DALIL MENGAPA UMNO TIDAK LAGI RELEVAN"

1. Gagal memelihara agama Islam.
2. ‘Derhaka’ kepada Sultan.
3. Gagal memperjuangan bangsa Melayu dengan sempurna.
4. Gagal mentadbir negara dengan baik.
5. Prestasi buruk dalam PRU 12
6. Budaya kroni yang kian parah.
7. Faktor dalaman yang berpecah belah dan berpuak-puak.
8. Hubungan yang kurang baik dengan kaum lain.(politik perkauman).
9. Menipu,berbohong dan mengugut rakyat.
10. Adanya ahli bernama Khairy Jamaluddin.



Rasanya tidak perlu lagi dihuraikan satu persatu dalil-dalil berikut kerana kita sendiri maklum apa yang dimaksudkan pada setiap dalil-dalil tersebut.10 dalil ini diperolehi daripada fedback yang dihantar melalui email kepada penulis blog pemuda-insaf.blogspot.com.Jika ada yang mahu menambah dan menghuraikannya,dipersilakan dengan hormatnya.

Pemuda Insaf



"TUNDA PEMILIHAN UMNO,PAK LAH MENJERAT DIRI SENDIRI"



Semalam Pak Lah menyuarakan kemungkinan bahawa pemilihan UMNO yang dijangka pada September 2008 ini mungkin akan ditunda ke tahun hadapan.P.I pada mulanya hanya membaca dari media alternatif mengenai berita ini dan hanya pada malam ini P.I sempat menonton berita tersebut melalui Bernama TV.

Tidak dinyatakan secara terperinci sebab mengapa pemilihan itu perlu ditunda ke tahun hadapan.Namun walaupun tiada sebab utama dinyatakan namun kebanyakan masyarakat sudah boleh mengagak alasan sebenar penangguhan itu ialah bertujuan untuk Pak Lah menyelamatkan karier politik beliau dan menantunya.

Namun muncul Mukriz Mahathir membuat kenyataan meminta Pak Lah menunaikan janji yang dibuatnya sejak tahun lepas bahawa pemilihan UMNO akan diadakan pada tahun ini sebaik saja Pak Lah menyuarakan kemungkinan pemilihan itu akan ditunda.Umum sedia maklum bahawa kebelakangan ini Mukriz semakin berani bersuara menentang Presiden UMNO itu termasuk menulis sepucuk surat meminta Pak Lah meletak jawatan baru-baru ini.

Bagi sesetengah pihak,tindakan yang diambil oleh Pak Lah iaitu menunda pemilihan itu akan menjerat dirinya sendiri.Kerana selepas keputusan buruk PRU,pengumuman kabinet “carca merba” dan isu MB Terengganu,tindakan melengahkan pemilihan dilihat akan mempercepatkan proses beberapa Ahli parlimen BN melompat parti walaupun kerajaan BN cuba menyekat proses itu daripada berlaku dengan cubaan menggubal perlembagaan mengenai lompat-melompat ini.Dengan penangguhan pemilihan ini,group Najib akan bergerak dengan lebih pantas untuk merebut peluang merampas tampuk pimpinan.Samaada siapa lebih pantas antara group yang dijangka “melompat” ataupun group Najib,kedua-duanya sudah tentu memudaratkan masa depan politik insan yang bernama Abdullah Ahmad Badawi,Perdana Menteri Malaysia Kelima yang mirip persis Gusdur.

Andai group “melompat” terlebih dahulu membuat tindakan,kesannya bukan hanya sekadar kepada Pak Lah dan menantunya,malah kesemua UMNO akan berkubur kerana ianya telah melengkapkan “Teori Anwar Jadi Perdana Menteri Beberapa Bulan Selepas PRU12”Jika Ini terjadi kepimpinan Malaysia akan bertukar daripada Barisan Nasional kepada Barisan Rakyat secara rasminya.Maka Pak Lah akan menjadi Ketua Pembangkang didalam parlimen selepas Mei 2008 ini.Itupun jika Pak Lah masih tetap berdegil tidak mahu meletakkan jawatan dan menangguhkan pemilihan UMNO.

Teori diatas pastinya membimbangkan group Najib dan mereka pastinya bakal mengambil tindakan awal bagi mendesak Pak Lah meletak jawatan secepat mungkin secara terhormat bagi melengkapkan “TEORI RAHMAN” .Najib perlu pantas kerana jika terlewat beberapa detik saja daripada ‘group melompat”,impiannya untuk menjadi Perdana Menteri pastinya akan musnah dan “Teori Rahman” hanya tinggal teori sahaja.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat apakah yang berlaku pada UMNO,parti yang memenangi PRU12 namun akhirnya bakal berkubur kerana gagal memegang amanah yang diberi rakyat dengan seikhlasnya kerana Allah.Yang terbaik pastinya dari Allah bagi menghapuskan kebatilan hambaNya.

Sekian suara rakyat,

Wednesday, March 26

"Pemilihan Umno: Mukhriz tuntut janji Abdullah "


oleh : Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini tidak wajar ditunda kerana perkara itu telah dijanjikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tahun lepas. -->-->
Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir "merayu kepimpinan Umno supaya tidak menunda pemilihan dan ikutlah seperti apa yang telah dikatakan (oleh Presiden parti itu pada tahun lepas) iaitu pemilihan akan diadakan pada tahun ini".
Ahli Parlimen Jerlun itu juga menekankan, pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini wajar diadakan bagi menghormati suara para anggota Umno untuk memilih siapakah pemimpin yang mereka kehendaki.
Mukhriz yakin pertandingan merebut jawatan tidak akan menyebabkan perpecahan dalam parti kerana perwakilan sekarang mampu membuat keputusan yang bijak tanpa emosi.
Beliau berkata pemimpin Umno mesti mengikut perlembagaan parti dan semua anggota Umno harus membuat keputusan yang rasional dan bijak.
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, badan-badan perhubungan Umno negeri menyarankan supaya pemilihan parti yang dijadual diadakan tahun ini ditunda kepada Jun tahun depan bagi mengelakkan kekecohan dalam parti.
Kenyataan Muhammad itu dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Umno bagi "merawat" parti itu.
Tuntutan 80 ketua cawangan Umno Bahagian Muar yang mendesak pemimpin mereka mengadakan mesyuarat agung khas bahagian itu untuk menuntut Abdullah berundur juga dipercayai mendorong cadangan menangguhkan pemilihan parti itu.
Jurucakap mereka, Zakariah Mahadi menyatakan, kepimpinan Umno mestilah bertanggungjawab atas keputusan pilihan raya baru-baru ini dan meletak jawatan.
Zakariah, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Balang menyatakan, ramai ahli Umno di bahagian Muar yang sedih dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.
"Kami juga mengambil keputusan untuk memberikan sokongan kepada usaha Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk memulihkan maruah Umno," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Umno Bahagian Cheras menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu di semua peringkat, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan.
Cadangan itu adalah satu daripada 12 resolusi yang dilulus oleh ahli-ahli Umno Bahagian Cheras pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat mereka.
Ketua Umno bahagian Cheras Senator Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee berkata cadangan yang akan dikemukakan kepada Majlis Tertinggi Umno itu dibuat berikutan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum baru-baru ini.
"Kalau jawatan-jawatan ini tidak dipertandingkan, kita tidak tahu kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam parti. Jika ada pertandingan, kita boleh menilai kekuatan Presiden dan Timbalan Presiden di akar umbi," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.


sumber :Harakah Daily

"Krisis kepimpinan Abdullah: Ku Li menghadap Agong? "



oleh: Abdul Halim Mohd Rashid



KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Adakah orang yang menjadi harapan untuk pemulihan Umno, Tengku Razaleig Hamzah menghadap Yang di-Pertuan Agong menjelang malam semalam?
Persoalan itu timbul apabila bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Datu Ruhanie Ahmad mendedahkan Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam dan Ahad lalu.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada beberapa sumber yang berwibawa, Abdullah sebenarnya sudah pun mengadap Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada kira-kira jam 6.30 petang, 25 Mac 2008.
"Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pula diberitakan telah mengadap Baginda pada tengahari 24 Mac 2008," kata Ruhanie dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com
Persoalan dan spekulasi timbul mengenai siapakah orang ketiga yang menghadap Yang di-Pertuan Agong selepas Abdullah menghadap baginda.
"Dan, seorang lagi tokoh Umno yang kini dikatakan sebagai "the man on the spot" dipercayai mengadap Baginda selepas Abdullah pada senja 25 Mac 2008.
"Berdasarkan info inilah saya membuat posting (bertajuk) 'Percaturan Politik Malaysia Terkini: Adakah Sesuatu Sedang Menggelegak?'" kata bekas Ahli Parlimen Parit Sulong itu.
Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan "the man on the spot" itu.
"Selanjutnya, saya serahkan kepada kebijaksanaan dan imajinasi anda untuk meneruskan plot kisah ini".
Oleh kerana beliau menyebut "seorang lagi tokoh Umno yang kini dikatakan sebagai 'the man on the spot'", besar kemungkinan tokoh itu ialah Tengku Razaleigh.
Ruhanie mendakwa, segala-galanya adalah demi masa depan dan demi kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia seluruhnya - untuk menjernihkan suasana, untuk meleraikan kekusutan dan paling penting lagi utama, semoga aspirasi rakyat jelata menerusi pilihan raya umum 8 Mac lalu dihormati selaras dengan tuntutan sistem demokrasi berparlimen dan Raja berperlembagaan.
"Oleh itu, sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya dengan penuh sabar.
"Sama-samalah juga kita panjatkan doa ke hadrat Illahi semoga segala-galanya beroleh restu, hidayah dan petunjuk menuju ke arah perjuangan yang lurus dan diredhai-Nya. Insya Allah!" katanya menutup perbicaraan.


sumber : harakah daily

"Konflik MB Terengganu: MPPR Boleh BUBAR Dun, Adakan Semula Pilihan Raya Baru"


Oleh Tarmizi Mohd Jam


SETAKAT ini nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu berganjak. Dan perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu tidak mungkin ditarik balik.Perlantikan itu tidak boleh, atau sukar, untuk ditarik balik kerana, ia dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa Ahmad mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, demikian jelas Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau menyambung bahawa meskipun perlantikan dibuat melalui budibicara yang subjektif sifatnya ia adalah berdasarkan kepada penilaian sultan tentang siapakah yang mempunyai sokongan majoriti.Kes Stephen Kalong Ningkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 1966 memutuskan bahawa Ketua Menteri tidak boleh dipecat oleh Gabenor. Inilah undang-undang yang ada dan dengan demikian MPPR tidak boleh memecat Ahmad dari jawatan Menteri Besar.Keputusan melantik Ahmad memang mempunyai risiko besar dari awal lagi dan ia sekarang menghadapi undi tidak percaya.Meskipun begitu sebagaimana yang dilaporkan, Ahmad tidak menampakkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS dan menubuhkan kerajaan. Dengan demikian sukar untuk beliau melawan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadapnya itu.Apakah jalan keluar sekarang?Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa.Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi.Apa masalah dengan pilihan pertama?“Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini,” jelas Dr. Abdul Aziz.Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu.“Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,” ujar beliau.Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat.Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa. “Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT,” tegas beliau.Secara kebetulan, Dr. Abdul Aziz menambah, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 di Terengganu memang menimbulkan persoalan. Dari Tragedi Batu Burok, kekecohan di Marang dan dakwaan pengundi hantu kesemuanya menyebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan.“Apabila dewan dibubarkan maka sebuah pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tetapi ini hanya untuk Dun Terengganu sahaja. Ia tidak melibatkan pilihan raya parlimen. Lagipun parlimen terletak di luar bidang kuasa MPPR,” jelas Dr. Abdul Aziz.Ditanya tentang kemungkinan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat dan menggantung Perlembagaan Terengganu, pakar Perlembagaan UIAM itu berkata, ia tidak mudah untuk berlaku.“Alasan yang pertama ialah Yang di Pertuan Agong – meskipun perlu mengikut nasihat – boleh menolak permintaan untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri kerana ia sesuatu yang sangat serius.“Alasan yang kedua ialah dari segi politik, ia agak sukar untuk dilakukan kerana Yang di Pertuan Agong ialah Sultan Terengganu dan baginda telah menunjukkan sikap yang bebas yang menyebabkan kesukaran di pihak Perdana Menteri untuk menasihatkan perisytiharan darurat itu,” tegas Dr. Abdul Aziz.
sumber:www.tranungkite.net

"Konflik MB Terengganu: MPPR Boleh BUBAR Dun, Adakan Semula Pilihan Raya Baru"


Oleh Tarmizi Mohd Jam


SETAKAT ini nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu berganjak. Dan perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu tidak mungkin ditarik balik.Perlantikan itu tidak boleh, atau sukar, untuk ditarik balik kerana, ia dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa Ahmad mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, demikian jelas Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau menyambung bahawa meskipun perlantikan dibuat melalui budibicara yang subjektif sifatnya ia adalah berdasarkan kepada penilaian sultan tentang siapakah yang mempunyai sokongan majoriti.Kes Stephen Kalong Ningkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 1966 memutuskan bahawa Ketua Menteri tidak boleh dipecat oleh Gabenor. Inilah undang-undang yang ada dan dengan demikian MPPR tidak boleh memecat Ahmad dari jawatan Menteri Besar.Keputusan melantik Ahmad memang mempunyai risiko besar dari awal lagi dan ia sekarang menghadapi undi tidak percaya.Meskipun begitu sebagaimana yang dilaporkan, Ahmad tidak menampakkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS dan menubuhkan kerajaan. Dengan demikian sukar untuk beliau melawan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadapnya itu.Apakah jalan keluar sekarang?Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa.Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi.Apa masalah dengan pilihan pertama?“Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini,” jelas Dr. Abdul Aziz.Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu.“Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,” ujar beliau.Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat.Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa. “Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT,” tegas beliau.Secara kebetulan, Dr. Abdul Aziz menambah, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 di Terengganu memang menimbulkan persoalan. Dari Tragedi Batu Burok, kekecohan di Marang dan dakwaan pengundi hantu kesemuanya menyebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan.“Apabila dewan dibubarkan maka sebuah pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tetapi ini hanya untuk Dun Terengganu sahaja. Ia tidak melibatkan pilihan raya parlimen. Lagipun parlimen terletak di luar bidang kuasa MPPR,” jelas Dr. Abdul Aziz.Ditanya tentang kemungkinan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat dan menggantung Perlembagaan Terengganu, pakar Perlembagaan UIAM itu berkata, ia tidak mudah untuk berlaku.“Alasan yang pertama ialah Yang di Pertuan Agong – meskipun perlu mengikut nasihat – boleh menolak permintaan untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri kerana ia sesuatu yang sangat serius.“Alasan yang kedua ialah dari segi politik, ia agak sukar untuk dilakukan kerana Yang di Pertuan Agong ialah Sultan Terengganu dan baginda telah menunjukkan sikap yang bebas yang menyebabkan kesukaran di pihak Perdana Menteri untuk menasihatkan perisytiharan darurat itu,” tegas Dr. Abdul Aziz.

"Melayu Pulau Pinang Derita Semasa UMNO-Gerakan"


Oleh Husam Musa


Selepas singgah berjumpa mata dengan Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri, Sdr Fairuz di Komtar, kami mengambil kesempatan melawat saki baki kampung Melayu yang belum ditelan 50 tahun peminggiran tersusun UMNO-Gerakan.Derita - itulah kata-kata penduduk kampung yang kami temui di Tanjung Tokong dan Jelutung.
Mereka diburu - UDA yang diamanahkan oleh Tun Razak pertengahan 70an, kini doremon yang cukup mereka takuti. Mereka luahkan dalam bentuk foto pimpinan pembangkang, kain rentang, bendera roket, bulan dan keadilan - setiap pelusuk kampung. Apa lagi jika bukan kemarahan, hilang kepercayaan dan kebencian - kepada BN. Tidak hairanlah, BN kecundang.Rakaman lensa spontan ini adalah rakaman sebuah kebangkitan dan pengharapan. Juga sebuah derita di bumi sendiri. Sebuah lukisan kegagalan yang amat nyata. Sebuah monumen hidup tentang peminggiran Melayu untuk tatapan UMNO tentang erti perjuangan mereka yang telah hilang.

sumber:www.tranungkite.net

"Musibah yang melanda umno.."




Ketentuan Ilahi yang berbentuk musibah yang agak pelik melanda senario politik tanahair hari ini. Tiada siapa sangka dan meramalkan kejadian sebegini terjadi kepada umno kursusnya yang begitu angkuh dan sombong dengan kuasa yang dimiliki.Musibah yang terjadi adalah akibat sindrom angkuh pemimpin umno kepada Maha Pencipta langit dan bumi. Umnolah yang mencipta ajaran baru Islam iaitu Islam Hadhari yang telah mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam di Malaysia.
Allah SWT tidak akan membiarkan agamaNya di buat semberono sedangkan ada ulamak² yang masih memeliharanya dengan baik. Mereka telah munajat pada Allah SWT didinihari dengan linangan air mata, nah sekarang Allah SWT telah membayar tunai kepada umno di atas kedajalannya.Adakah orang umno percaya dengan perkara sebegini? Penulis sempat berjumpa dengan 2-3 orang yang kuat menyokong umno di sebuah surau, bertanya tentang solat hajat yang telah di buat oleh umat Islam yang mendokong perjuangan Islam. Apa kata mereka yang selalu ke surau? Bukan kerana solat hajatpun BN kecundang teruk, ini adalah fitnah yang cukup kuat dibuat oleh parti pembangkang. Tengoklah itu cerita orang surau, bagaimana mereka yang bukan kaki surau?Orang umno dah jauh sesat dari kebenaran agama Islam yang juga menjadi agama ikutan mereka kononnya. Islam sekadar kosmetik bagi mereka, tidak lebih dari itu. Sebab itulah terlalu banyak perkara berkaitan dengan Islam dihalang oleh umno sendiri. Apa lagi yang kita harapkan dari sebuah parti kebangsaan melayu yang namanyapun inggeris. Kalau masih mengharap lagi, bermakna hanya tinggal harapanlah jadinya.Sebab itulah orang melayu yang mengaku Islam dan berpegang dengan kuat ajaran Islam yang semestinya beriman dan bertaqwa pada Allah tidak akan bersama umno untuk menjadikan wadah hidup untuk dunia lebih² lagi akhirat yang kekal abadi. Semoga kita lebih megenali diri kita dan menjauhi umno untuk kesejahteraan dunia akhirat. UMNO SUDAH LAMA SESAT.



sumber:www.tranungkite.net

"Sejarah Penderhakaan Umno Kepada Raja-Raja Melayu"


oleh:mNasir


Bismillahir rahmanirr ahiim..


Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno. Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat. Akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.


Kelantan:
Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob yang juga Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan.Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan.
Dato’Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan.Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku.
Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri.
Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu.
Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato’Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku “Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah”sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.


Negeri Sembilan :
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.


Selangor :
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab “Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam”Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu.


Pahang :

Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.


Perak :
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.


Johor :
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan.
Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam?
Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.


Terengganu :
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan.
Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu.
Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu.Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya.
Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.Saya yakin dan percaya seluruh raja-raja melayu masih ingat akan peristiwa itu.Betapa hinanya raja-raja melayu diperlakukan Umno.
Pernah juga disiarkan didalam akhbar ketika itu dimana tempat duduk diraja di Stadium Merdeka bagi perlawanan bolasepak telah digunakan oleh jurugambar untuk merakam perlawanan.Ini untuk menunjukan kepada rakyat bahawa raja sudah tidak dihormati lagi.Itulah yang dilakukan oleh Umno kepada raja-raja satu ketika dahulu.Jahat bukan?
Jadi,adakah anda semua hairan dan terkejut dengan segala apa yang telah berlaku sekarang ini?Perkara yang saya sebutkan diatas pada pandangan saya adalah lebih dahsyat daripada apa yang berlaku sekarang kerana ianya melibatkan perlucutan kuasa raja-raja melayu.Alhamdulillah Umno tiada majoriti 2/3 hari ini di parlimen bagi menggubal akta baru yang mungkin memberi kesan yang lebih teruk kepada institusi raja kita.Apatah lagi dengan berlakunya peristiwa seperti sekarang ini.Kalau tidak,mungkin jawatan Yang Di-Pertuan Agong akan tinggal sejarah sahaja kerana amukan Umno…siapa tahu…?
Dan apabila mereka merasa tersepit,maka raja-raja melayu akan dijadikan tunggangan mereka bagi melepaskan diri.Contohnya seperti gesaan Umno bagi mengharamkan penggunaan nama Islam kepada semua parti-parti politik.Umno dengan selambanya menggunakan Majlis Raja-Raja untuk tujuan politik mereka itu.Bagi saya ini adalah wajah sebenar Umno dulu,kini dan selamanya.Sejarah adalah sejarah.Ianya tetap akan diceritakan secara benar walaupun Umno cuba membohonginya.Yang benar pasti datang dan yang batil akan tumbang.Renung-renungkanlah semua.


SUMBER:http://www.tranungkite.net

Tuesday, March 25

'ANDAI ABDULLAH BADAWI HANYA.......'

Assalamualaikum...
‘Salam suara rakyat’
Malam tadi sebelum tido P.I dapat satu ilham untu berkarya,Lalu P.I terus mencapai pen dan kertas mencoretkan sebuah karya yang bertajuk’Andai Abdullah Badawi Hanya...’.
Lalu P.I pun berkongsilah karya P.I dengan pembaca semua...selamat membaca....



Andai Abdullah Badawi hanya tukang kasut,
Kita tak akan megenalinya,
Kita tak akan pernah melihat gambarnya,
Yang pasti miskin,rambut dan wajah yang kusut..

Andai Abdullah Badawi hanya pemandu teksi,
Ramai orang memanggilnya Pok Loh teksi,
Membawa teksinya kesana kemari,
Demi mencari sesuap rezeki..

Andai Abdullah Badawi hanya petani,
Kita akan lihat dia bercucuk tanam setiap hari,
Demi menyara anak isteri,
Turut bising bersuara andai baja subsidi tidak diberi...

Andai Abdullah Badawi hanya penjual sayur,
Nori anaknya adalah anak penjual sayur,
Jane isterinya isteri seorang penjual sayur,
Tapi Khairy belum pasti menjadi menantu penjual sayur...

Andai Abdullah Badawi hanya penjual burger,
Tak pernah Khairy datang membeli burger,
Walau pun anak Abdullah datang membantu,
Tak pernah terlintas Khairy nak jadi menantu..

Andai Abdullah Badawi hanya seorang guru,
Pasti ramai anak muridnya gagal bila exam,
Kerana Abdullah tidur selalu,
Anak murid semuanya tidak tahu jawab exam..

Andai Abdullah Badawi hanya pemandu bas ekspress,
Pasti ramai penumpangnya mati,
Kerana Abdullah selalu stress,
Selalu tidur sana dan sini..


Dan seandainya Abdullah hanya bekas Perdana Menteri,
Khairy hanya jadi menantu bekas Perdana Menteri,
Jatuhnya Khairy dalam keadaan keji,
Niat nak jadi Perdana Menteri tak tercapai lagi...


Hasil nurkilan,
Pemuda Insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)

'PRU12:-KAMI TOLAK BN BUKAN KERANA ISU BONUS'

Selalunya pada setiap hujung tahun menjanjikan kegembiraan kepada penjawat awam diseluruh negara.Namun pada hujung tahun 2007,ianya tidak mendatangkan ceria kepada golongan ini.Bonus yang biasanya menjadi imbuhan paling dinanti tidak menjelma.Ditambah desas desus ianya akan menjelma sebelum pilihanraya 2008 menjelma,namun ianya tetap tidak hadir.

Isu bonus dikatakan menjadi sebab utama ramai penjawat awam menolak BN dalm PRU baru-baru ini menyebabkan BN/UMNO tersingkir dibeberapa negeri.Adakah faktor bonus menjadi faktor penolakkan utama penjawat awam terhadap BN.

Seorang penjawat awam di Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz memberitahu P.I menerusi emailnya bahawa isu bonus ini bukanlah faktor utama tetapi terdapat beberapa faktor yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan menyebabkan mereka berpaling arah.Antara faktor itu ialah,isu kenaikan petrol dan harga barang,isu ekonomi negara,keselamatan keluarga disamping kerajaan yang cuba menyembunyikan beberapa faktor dan perkara membuatkan mereka berfikir kerajaan tidak telus.

“Bila kerajaan kelihatan menyembunyikan faktor sebenar tahap ekonomi negara dari kami,ianya kelihatan tidak telus.Pada zaman ini rakyat sudah semakin bijak,banyak sumber media alternatif boleh didapati di internet untuk mengetahui fakta sebenar”jelas Hafiz kepada P.I

Disamping itu,’kerahan tenaga’ dalam menjayakan sesuatu tujuan untuk kepentingan sesetengah individu antara sebab utama penjawat awam dari unit beruniform mengundi calon pembangkang.Isu ‘tragedi batu burok’,tindakan polis ketika perhimpunan BERSIH menyebabkan anggota unit beruniform tertekan dengan kerja mereka sekarang.Cemuhan dari rakyat cukup melunturkan hati mereka.Begitu lah pula antara kandungan sms yang diterima dari salah seorang anggota polis dari Terengganu kepada P.I baru-baru ini.

Nyata BN silap jika post moterm yang dilakukan mengatakan penjawat awam hanya menolak mereka kerana isu pemberian bonus.Tidak dinafikan itu adalah antara faktornya namun BN perlu memandang keputusan PRU 2008 ini adalah gelombang penolakkan rakyat secara total kepada BN yang kelihatan sudah tidak relevan lagi pada detik ini.Untuk terus kekal dan kembali memenangi rakyat,satu pembaharuan perlu dilakukan secara menyeluruh dari akar umbi ke pucuk pimpinan parti.Buang lah dahan-dahan yang rapuh,dan jika perlu,tebanglah pokok itu,tanam je yang baru....

“salam suara rakyat”

Pemuda Insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)

'KRISIS MB:RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN UMNO'

Assalamualaikum...

'salam suara rakyat'

Umum sudah mengetahui keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 baru-baru ini.Banyak kejutan demi kejutan berlaku sepanjang pasca pilihanraya 2008 ini.Parti memerintah sebelum ini(BN/UMNO) telah menerima tamparan hebat apabila gagal merawat Kelantan disamping kehilangan Kedah,Pulau Pinang,Perak dan Selangor.

Setelah 3 minggu berlalu,semua negeri telah berjaya membentuk kerajaan negeri masing-masing termasuk negeri-negeri yang di perintah oleh kerajaan Barisan Rakyat.Namun hanya satu negeri yang belum mampu berbuat demikian iaitu Terengganu,negeri yang mana BN/UMNO telah dikatakan menang besar disini.Pelik,cukup pelik...negeri yang menang besar pun masih belum boleh membentuk kerajaan negeri kerana diberitakan berlakunya mengenai perlantikan Menteri Besar yang tidak mendapat perkenan pihak istana.Bekas de facto menteri besar,Deris Jusoh dikatakan tidak diperkenan untuk menjadi MB untuk penggal kedua kerana banyak sebab yang diketahui oleh pihak istana namun tidak semua rakyat mengetahui sebabnya kerana ketiadaan media yang telus dalam melaporkan hal ini.

Beberapa hari lalu kita dikhabarkan pihak istana telah mengeluarkan watikah perlantikan menteri besar kepada YB Ahmad Said.Setelah menerima watikah perlantikan itu,Mat Said telah pun dilucutkan keahlianya daripada UMNO.Mengapa ini terjadi?ramai dikalangan rakyat dan tidak kurang juga yang buntu memikirkan apa sebenarnya terjadi.Yb Mat Said di pecat kerana dikatakan bukan calon direstui Pak Lah.Kesemua exco UMNO yang lain juga dikatakan mengatakan ‘NO’ pada Mat Said.

P.I ada menghubungi rakan-rakan dan saudara mara di ngeri Terengganu untuk bertanyakan situasi terkini di negeri Terengganu.Rata-rata rakyat kebanyakan mengatakan mereka telah muak dan bosan dengan krisis yang berlaku pada UMNO Terengganu mahupun UMNO Pusat.Ramai juga yang telah menyatakan kekesalan memangkah UMNO pada PRU yang lalu.Seorang peniaga menyatakan,sekarang sudah jelas bahawa kebanyakan calon yang bertanding pilihanraya hanya memperjuangkan periuk nasi sendiri bukannya nasib rakyat.Ini terbukti bila perebutan jawatan MB jadi kian meruncing.Kata peniaga di Paka itu lagi,kalau betul ingin memperjuangkan nasib rakyat,isu ini sepatutnya timbul.

Bila ditanya,jika diberi peluang sekali lagi,kebanyakan mereka dikatakan sudah serik mengundi UMNO kerana hampir kesemua exco yang menang tahun ini kelihatannya tidak berminat memperjuangkan nasib rakyat.Situasi ini jelas menunjukkan rakyat Terengganu sudah mula bosan dengan perebutan jawatan dalam UMNO Terengganu pada masa ini.Mereka juga dikatakan terguris hati bila pemimpin yang mereka pilih tergamak menderhaka kepada Sultan apabila tidak mengiktiraf calon pilihan pihak istana.Bagi mereka,bila istana tidak memperkenan Derih Jusoh jadi MB mesti ada sebabnya.Walau apa pun sebabnya,rakyat percaya pihak istana berbuat begitu demi kesejahteraan rakyat,sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh UMNO untuk rakyat.

Kebanyakkan rakyat begitu mengharap,UMNO menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan jangan sampai ianya menuntut pilihanraya semula dilakukan.Kata mereka,jika itu berlaku nescaya UMNO akan tersungkur teruk sekali lagi,malah lebih sadis dari PRU 1999.

Kebanyakan rakyat sudah bersuara,sekarang kepada kepimpinan UMNO,fikir-fikirkan lah,masih ada rakyat yang sayangkan UMNO,namun jangan sampai suara dari orang yang masih sayang ini membuat UMNO lenyap dan berkubur.Kata orang,jika membenci seseorang,tinggalkan sedikit kasih sayang padanya dan jika kita menyayangi seseorang sertakan kebencian padanya...barulah hidup itu balance....itu kata orang lah...

Kesudahan jalan cerita perlantikan MB Ganu Kite ni terlalu dinanti-nanti oleh rakyat marhein.Walau apa pun kesudahannya rakyat tidak sesekali lupa tentang janji-janji calon yang menang.Harap ditunaikan lah..jangan sampai suara rakyat membentuk Tsunami lagi pada PRU akan datang.Bila Tsunami melanda tiada apa lagi yang tinggal.keris,dacing semuanya dihanyutkan ombak...yang tinggal hanya lah cahaya bulan mengambang...

Sekian suara rakyat...

Pemuda Insaf (http://pemuda-insaf.blogspot.com)

Monday, March 24

"RUKUN NEGARA"

Assalamualaikum..

'salam suara rakyat'

Disini P.I paparkan sebuah artikel tulisan Datuk Ruhanie Ahmad didalam http://kuda-kepang.blogspot.com yang menyarankan artikel ini disebarkan.P.I berharap pembaca bacalah dengan mendalam,fikirkan lah,renungkan lah apa yang perlu dilakukan.

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia,
berikrar akan menumpukan seluruh tenaga
dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Nota: Saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen di atas dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini.
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU! – Ruhanie Ahmad


pemuda insaf:DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU,DAULAT TUANKU

"renung-renungkan lah..."


Assalamualaikum...

'salam suara rakyat'

Baru sekejap P.I terbaca artikel mengenai wilayah pembangunan iskandariah.

Mmmm...terkedu P.I selepas membacanya.Mengalamu sebentar P.I tentang nasib anak cucu P.I nanti.Mungkin pembaca tidak faham jika tidak membacanya sendiri.

Artikel ini P.I petik dari (http://armadaperang.blogspot.com/).

Biar P.I paparkan artikel tersebut untuk bacaan bersama.


Wilayah Pembangunan Iskandar=Wilayah Pembangunan Singapura

Siapakah Yg Akan Tinggal di Wilayah ini?

Singapura sedang menambah penduduknya dgn membawa orang cina dari negaranegara Cina.

Hasrat Singapura adalah untuk menambah penduduknya sehinggamencapai 8-10 juta org dari 3-4 juta sekarang.

Wilayah Iskandar sebagai Wilayah yg dibangunkan dengan modal SIngapura memerlukan pekerja dan peniaga.

Rakyat baru Singapura yg terdiri dari orgorg Cina dari negara Cina akan disalurkan kesini.

Dengan harga tanah yg tinggi dan harga harga rumah yg tinggi org MelayuJohor yg tinggal dikawasan ini akan menjual tanah tanah mereka dengan mengambil keuntungan dari harga tanah yg tinggi dan pergi mendiami kawasankawasan diluar wilayah yg harganya lebih murah.

Akhirnya wilayah yg mewah ini akan menjadi wilayah kembar kpd Singapura dgndidiami oleh 3-4 juta rakyat Singapura yg diimport.

Mereka bukan rakyatMalaysia, mereka tidak mempunyai hak rakyat Malaysia.

Tetapi setakat manakah Kerajaan malaysia dpt menguasai dan mentadbir wilayah yg didiami 3-4 jutarakyat Singapura ini?

Biasanya bila rakyat asing terlalu ramai dan tinggalterlalu lama, maka mereka akan tuntut hak hak utk memerintah sendiri , dan hak yg tidak kurangdari yg dimiliki oleh rakyat Malaysia .Singapura akan tuntut dan menyokong rakyatnya di wilayah ini, wilayah yg dibangunkan oleh Singapura dgn modal mereka dan didiami 90% rakyat mereka dan sebilangan kecil org org Melayu yg kaya raya kerana bersetuju dgn menyerah satu lagi wilayah negara Malaysia secara defacto kpd negara asing.

Mungkinkah?

Tak mungkin perkara ini akan berlaku.

Tak mungkin WPI akan menjadi sepertiSingapura 50 atau 100 tahun lagi.

Demikianlah pemikiran org Melayu di waktu Singapura dijual pada tahun1819.

Apakah ada org Melayu pada masa itu yg meramal akan terbangun sebuahnegara merdeka dari pulau hutan bakau yg dijual kpd British, Singapura ygseperti sekarang?

Justeru itu teruskan sahaja.

apa yg berlaku 100-200 tahun akan datang bahkan50 tahun dari sekarang bukan tanggungjawab generasi pada hari ini.

Asalkankita senang sekarang apa peduli pada apa yg akan terjadi pada anak cucukita.

Jadi apa kena mengena semua ini dengan Pak Lah?

Tiada kena mengena secara terus.

Cuma Pak Lah tidak nampak semua inibeliau lebih suka tidur di merata-rata tempat tidak kira di persidangan dalam ataupun luar negara, masakan beliau boleh memikirkan semua ini?

Jika beliau sedang berusaha untuk memikirkan kesan WPI tentunya dia akan terlena..tak tercapai akalmu lah..Ini bukan satu-satunya bukti yang negara berdaulat Malaysia sedang di lacur dan di jaja kepada singapura dan ini juga bukan satu-satunya bukti yang mereka memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia.

Tidak Pak Lah..kami tidak sebodoh anda..tidak secetek itu ilmu mantik kami..Siapa dalang semua ini?

Pak Lah cuma boneka.

Manusia yang mengendalikan boneka adalah menantunya Khairy.

Apa lagi perancangan mereka untuk jual negara selepas ini?

Wait and See..


Mmm...dah baca kan?

maka renung-renungkan lah wahai rakyat-rakyat jelata semua.

Ketahuilah semua WPI tu sebagai cubaan fasa1,

kalau berjaya Singapura ni akan merebak ke koridor-koridor ekonomi yang lain.

Akhirnya rakyat jelata(orang melayu terutamanya)akan merempat di koridor(kaki lima) meminta sedekah.

Adakah kita semua mahu ianya terjadi seperti ini.

Cukuplah kita dijajah dahulu.

Cukuplah penderitaan datuk moyang kita lalui dulu,

sanggupkah kita meninggalkan sejuta keperitan kepada kehidupan kepada anak cucu kita nanti.


"Keruntuhan moral remaja:Salah Siapa?"



Assalamualaikum..

‘salam suara rakyat’

Akhir-akhir ini masalah keruntuhan moral remaja Malaysia terutama dari bangsa melayu semakin serius.Gejala seks bebas,punk,skinhead,blackmetal dan banyak lagi begitu menghantui ibubapa pada masa ini.Itu belum ditambah dengan trend bertukar agama ataupun ‘murtad’yang sehingga ke hari ini belum ada tindakan serius daripada kerajaan yang memerintah Malaysia.

Bila bercakap mengenai isu kerosakkan moral remaja,banyak pihak saling tunding menunding salah menyalah antara satu sama lain.Persoalannya sekarang,siapakah yang patut dipersalahkan secara total.Ramai yang menunding jari kepada ibubapa bila isu ini dibincangkan.Tak ramai juga yang mempersalahkan golongan pendidik iaitu guru dalam hal ini.

Disini biarlah P.I mengupas serba sedikit permasalahan ini dan siapa sebenarnya harus dipersalahkan.Bagi P.I yang beragama Islam biarlah P.I memperbincangkan mengenai permasalahan ini dari keluarga Islam.

Negara kita Malaysia sudah 50 tahun merdeka daripada penjajah namun sehingga kini kita belum benar-benar merdeka dengan erti kata lain kita masih dijajah dengan unsur-unsur halus sejak dari dulu tanpa kita sedari telah merosakkan anak muda bangsa kita sendiri.Sejak merdeka lagi,golongan pemerintah telah mentadbir negara dengan baik,memacu perubahan demi perubahan kearah kemajuan.Namun mungkin golongan pemerintah terlupa atau terlepas pandang iaitu soal pembelajaran agama Islam.Islam adalah agama rasmi negara kita namun kita dapat lihat sendiri bagaimana agama ulung itu diajar disekolah?Tidak sampai suku pun ianya menepati kehendak sebenar Islam itu sendiri.Bila ajaran agama dipinggirkan disekolah,kanak-kanak tidak akan mempelajari sahsiah kehidupan itu dengan sempurna.Inilah acuan pembelajaran yang kita pakai sejak 50 tahun yang dulu.Acuan yang dibentuk oleh golongan pemerintah yang digelar menteri-menteri.

Kini ianya makin teruk dan serius.Bilamana menteri-menteri lebih mementingkan keuntungan berjuta-juta untuk periuk nasi sendiri tanpa memikirkan nasib anak bangsa seagama sendiri.Inilah jadinya bila pemimpin tidak mengamalkan ajaran Islam dengan sepenuh hati.Inilah akibatnya bilamana pemimpin sendiri malu untuk memperjuangkan Islam kononnya bila mengamalkan Islam itu akan kelihatan kolot dan mundur.Ya Allah...apakah ini manusia yang bergelar pemimpin?pemimpin yang dipilih oleh rakyat dengan harapan dapat memelihara agama,bangsa dan negara..Golongan ini telah menggadaikan harapan rakyat untuk memelihara agama rakyat.Islam berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah kolot dan mundur bagi mereka.Lalu lahirlah ideologi Islam yang baru,Islam Hadhari namanya.Apakah itu Islam Hadhari?tanya pada Pak Lah,cuba tanya pada Najib,apakah mereka mampu menjawab?kalau tidak ada teks ucapan ditangan mereka,P.I rasa adalah mustahil untuk mereka menjawabnya.Mereka yang mencipta ideologi ini namun jika mereka sendiri tidak memahaminya,apatah lagi kita semua,rakyat marhein untuk memahaminya.

Sedangkan agama Islam tulin berpandukan Al-quran pun ramai antara kita tidak memahami dan mengamalnya kerana tidak ada langsung penekanan pembelajaran sewaktu disekolah.Maka golongan pelajar ini sekadar tahu serba sedikit tentang Islam bila bersekolah kerajaan iaitu solat ada 5 waktu.Dah cukup bagus kalau dapat mengucap 5 kalimah syahadah.Ini bukan omongan kosong,P.I juga bersekolah kerajaan,bukan nak burukkan sekolah kerajaan tapi ini realiti yang perlu kita semua telan.Sekolah tidak mewajibkan pelajar-pelajarnya mengaji Quran,tidak mewajibkan pelajarnya solat.Jadi bagaimana golongan pelajar ini mahu menjadi seorang Islam yang sempurna?Dan bila golongan ini memasuki alam dewasa mereka meninggalkan semua amalan yang sepatutnya menjadi amalan seorang muslim dan ini terus membawa kepada anak-anak mereka perkara dan kitaran yang sama.Mengapa ini terjadi?bukan salah ibu mengandung dan bukan salah guru yang mengajar.

Bila dikupas,ianya adalah berkait dengan acuan pembelajaran disekolah.Tidak salah kalau diwajibkan syarat untuk lulus peperiksaan UPSR,PMR dan SPM ialah pelajar-pelajar perlu boleh membaca Quran dan solat.Memang zaman P.I bersekolah ada ujian PAFA untuk PMR dan SPM,namun ianya sekadar ala kadar saja.Lulus atau tak pelajar tetap mendapat sijil,dan boleh melanjutkan pelajaran.

Sebagai kerajaan yang dilantik oleh rakyat,pemimpin-pemimpin yang pada kad pengenalannya tertulis agama yang dianutinya Islam,sedarlah,kita semua akan disoal di akhirat kelak apakah yang kita telah lakukan untuk agama Allah ini?kita tidak pula akan ditanya apakah yang telah kita lakukan untuk agama Islam Hadhari?fikir-fikirkan lah wahai menteri-menteri kalifah di muka bumi ini.Ubahlah acuan pendidikan demi Islam tercinta,kerosakkan moral remaja ini adalah kerana kepincangan acuan pendidikan ini sejak 40-50 tahun dahulu.Ianya bukan disebabkan kerosakkan jangka pendek.Ianya akan menjadi barah yang kronik jika tiada tindakan diambil.Bayangkan apa akan jadi dalam tempoh 10tahun lagi.Bagaimana tahap masalah ini meruncing jika tiadanya tindakan.Mengapa dihapuskan sekolah agama rakyat?mengapa tidak diiktiraf sekolah-sekolah pondok yang mengajar ilmu Islam berlandaskan Al-quran dan bukannya buku-buku teks yang diterbitkan oleh kroni-kronimu wahai pemimpin?jawab dan bertindaklah sekarang daripada kamu,aku dan kita semua menjawab tentang apa yang tidak kita perjuangan untuk Islam di akhirat kelak.

Setakat ini saja P.I dapat kupaskan,P.I pun bukanlah pandai agama sangat,Cuma seorang bekas ‘mat rempit’yang tersedar dipertengahan jalan.Syukur,Allah masih sayangkan P.I dan selagi P.I terdaya P.I akan cuba sedaya upaya mengajak rakan-rakan yang turut sama hanyut satu masa dahulu kembali ke pangkal ajaran Islam agama Allah agama suci.Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!Allahukbar!!!!

"hala tuju Blog Pemuda Insaf"

Assalamualaikum....

Salam suara rakyat,

Blog Pemuda Insaf ini diwujudkan sebagai menyokong perjuangan rakyat dalam memerdekakan diri daripada penindasan pemerintahan pemimpin yang gagal memikul amanah Allah S.W.T berikan.Semua tahu pemimpin adalah khalifah dimuka bumi ini untuk membimbing dan membawa rakyat kearah kesejahteraan,keamanan,keselesaan dan kemakmuran muka bumi ini.

Justeru itu Blog Pemuda Insaf(BPI) ingin menjadi wardah alternatif kepada golongan muda bagi mengimbangi perang saraf media arus perdana untuk memberi kesedaran tentang isu-isu dan fakta-fakta sebenar dan sahih mengenai situasi sebenar kepimpinan negara pada masa ini.BPI mensasarkan golongan muda kerana golongan muda ini adalah pemangkin pemimpin masa hadapan.Masa depan negara bergantung pada golongan ini,namun pada masa ini ianya betul-betul bergantung pada bagaimana golongan ini dididik untuk menjadi pemimpin yang mempunyai jatidiri yang sempurna dan jitu.Kita pastinya tidak mahu di pimpin oleh pemimpin yang penuh dengan korupsi,rasuah dan skandal disini sana.Jadi pentingnya kita buat masa ini menentukan hala tuju corak pemerintahan akan datang.

Persoalannya,adakah corak pendidikan sekarang ini akan menghasilkan golongan pemimpin masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang dari semua aspek terutamanya dalam menegakkan agama Islam agama Allah Swt.Dari sekolah rendah hingga ke peringkat universiti cuba kita lihat,adakah ianya cukup sempurna untk mencapai matlamat melahirkan pemimpin yang memimpin berpandukan teras agama Allah itu sendiri?.Kita hampir setiap hari disajikan dengan berita keruntuhan moral dan akhlak golongan pelapis negara ini.Mengapakah ini terjadi?.

Jawapan yang perlu kita semua akui ialah ianya berpunca dari kelemahan kerajaan membentuk satu institusi pendidikan yang sempurna.Dasar pendidikan yang sering berubah dan tidak berpandukan Al-Quran antara faktor utama terjadinya permasalahan ini.Bagaimana kita mahu melahirkan generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang jika acuan kepimpinan sekarang ini penuh dengan kerosakkan,kekotoran dan permasalhan disini sana.Acuan yang ada pada ketika ini pada zahirnya mengakui memimpin berlandaskan Islam namun realitinya kebanyakkan mereka memerintah dan memimpin langsung tidak berlandaskan Islam.Adakah dengan lahirnya gagasan Islam Hadhari telah membenarkan segala keputusan,kepimpinan dan pemerintahan melupakan panduan kehidupan yang MAHA AGUNG iaitu Al-Quran.Segalanya tertulis didalamnya,hanya tunggu kita untuk melaksanakannya.

Jadi disini adalah menjadi satu kewajipan untuk kita membimbing generasi pelapis ini mengikut acuan yang benar agar tidak terpengaruh dan terjebak kedalam acuan yang sedia ada pada ketika ini.Kita acuan yang sedia ada sekarang ini lah yang memerdekakan negara kita,tapi sejarah telahpun berlalu dan kini terbukti kita perlukan dedahkan golongan muda ini dengan kebobrokan acuan pemerintahan sedia ada ini.

Kerajaan Barisan Nasional dengan dibantu segala saluran media yang mereka ada tidak henti-henti menggula-gula kan rakyat dengan tipu muslihat mereka menyembunyikan fakta sebenar.Semuanya ‘ok’ dan ‘beres’kata mereka kepada rakyat.Rakyat kurang dan tidak mengetahui realiti sebenar situasi negara sekarang ini.Jadi berdasarkan sebab dan alasan ini lah BPI diwujudkan bagi membantu BA serta rakan-rakan blogger pro-pembangkang yang lain menyedarkan rakyat tentang keadaan dan fakta sebenar disamping mengingatkan rakyat tentang pentingnya kita kembali kepada pemerintahan berlandaskan Islam khususnya golongan muda yang bakal menjadi pemimpin kelak.

Harapan untuk melihat kemenangan agama Allah pada suatu hari nanti adalah tidak mustahil dan segala usaha untuk itu perlu dimulakan dari detik ini,saat ini dan minit ini.Marilah bersama kami wahai golongan muda-mudi pewaris kepimpinan negara bersatu demi membawa panji Islam untuk diletakkan ditempat paling tinggi...Allahuakbar!!!!!Allahuakbar!!!!!Allahuakbar!!!!!

“salam suara rakyat”


P.I(pemuda.insaf@gmail.com)
24 Mac 2008

"Antara KJ,DJ dan JJ."



Assalamualaikum..

'salam suara rakyat'
Sebut pasal KJ ramai sudah boleh menangkap siapa kah lelaki yang dimaksudkan ini.Nama sebenarnya ialah Khairy Jamaluddin,adalah menantu kesayangan Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Abdullah Ahmad Badawi.Karier politiknya begitu menarik untuk diperkatakan.Sebelum Abdullah menjadi Perdana Menteri tidak seorang pun mengenali lelaki ini namun selepas kejayaan besar Barisan Nasional dalam PRU 11 2004,sedikit demi sedikit nama Khairy Jamaluddin wujud dalam kancah politik negara.

Bermula dengan memegang jawatan Naib Pemuda Umno,nama pemuda yang kononnya berasal dari Rembau ini mula melebarkan pengaruh politiknya.Kelibatnya lebih menyerlah dari Ketua Pemuda Umno sendiri iaitu Hishamuddin Tun Hussein.Empayar politiknya dilebarkan dengan meletakkan proksi-proksi beliau di segenap ruang yang difikirkan boleh oleh beliau.Dengan itu namanya kian menyerlah di persada politik negara.Namun kenyataannya bahawa beliau ingin menjadi Perdana Menteri termuda di Malaysia pada umur sebelum 40 tahun menyebabkan banyak pihak dalam UMNO terutamanya golongan senior yang turut berpeluang menjadi Perdana Menteri tidak senang dengan kehadirannya dalam UMNO.

Bercakap pasal singkatan DJ pula ramai juga yang tidak tahu siapakah DJ yang sebenarnya.DJ ialah singkatan kepada Deris Jusoh atau nama panjangnya Idris Jusoh iaitu bekas Menteri Besar Terengganu yang memimpin kejayaan besar UMNO/BN dalam PRU12,8 Mac baru-baru ini.Tidak banyak yang diketahui oleh P.I tentang penglibatan awal DJ dalam politik namun namanya mula menjadi perhatian apabila Barisan Nasional berjaya merampas kembali Terengganu dari tangan Pas pada PRU 11 2004.Sejak itu nama beliau melonjak naik.Hampir disetiap daerah di Terengganu memaparkan kejayaan Terengganu dimana diselitkan gambar beliau.

DJ juga dikatakan sebagai ‘Bapa Pembangunan Terengganu’oleh sesetengah pihak di Terengganu.Dibawah pemerintahan Deris Jusoh lah Terengganu menjadi sebuah negeri yang bertambah maju.Monsoon Cup,Pengistiharaan Terengganu Sebagai Bandaraya dan pembinaan Masjid Kristal yang menelan jutaan ringgit ‘wang rakyat’ antara kejayaan cemerlang Deris Jusoh yang sememangnya dihargai oleh rakyat Terengganu.Oleh sebab itu lah Barisan Nasional beroleh kejayaan cemerlang pada pilihanraya baru-baru ini.Walaupun terdapat khabar-khabar angin bahawa DJ menjadi MB boneka kepada Patrick Lim dan Mr KJ namun nyata rakyat Terengganu terlalu sayangkan DJ dengan mengundi beliau pada pilihanraya umum baru-baru ini.

Pasti ramai yang tahu siapakah yang memiliki gelaran Dato’JJ ini melainkan orang-orang di negeri Pahang terutamanya kawasan Parlimen Rompin.Nama penuhnya ialah Jamaluddin Jarjis.Juga tidak banyak yang boleh diperkatakan terhadap latar belakang politik JJ di dalam UMNO.Mula mencipta nama apabila memegang jawatan penting dalam TNB dan diatara pencetus idea asal penubuhan Univertiti Tenaga Nasional(UNITEN).Nama beliau tidak begitu popular di peringkat Nasional jika dibandingkan di peringkat parlimen diwakilinya.Masih segar di ingatan rakyat Rompin tentang berita skandal mencantas calon pilihan rakyat Rompin iaitu Dato’Hassan Ariffin.
Namun diera Pak Lah menjadi Perdana Menteri namanya mula meningkat naik apabila memegang portfolio Kementerian Sains Teknologi dan Komunikasi.JJ lah watak penting dalam menjayakan misi Pak Lah untuk menghantar angkasawan ke ISS bagi tujuan ‘mencari Ayah Pin’ yang masih gagal ditangkap.Dari hasil lawatan Sheikh Muzaffar ke ISS didapati pemimpin Kerajaan Langit itu tiada disana.P.I mengatakan misi tersebut begitu kerana misi ke ISS itu walaupun nampak baik untuk tujuan penyelidikkan dan pembelajaran namun pada saat kadar ekonomi negara yang kian menurun ianya lebih kelihatan sebagai satu pembaziran wang rakyat.Selepas kejayaan misi itu nama Dato’ JJ kian melonjak naik dan tidak hairan lah rakyat Rompin ‘terlalu’sayangkan JJ dengan memberi undi padanya dengan majoriti yang kian bertambah berbanding 2004.Mungkin jasanya membawa UNITEN ke Rompin,pembinaan Politeknik(yang masih belumsiap)dan pembinaan trek Drift dan Drag untuk golongan belia berlumba kereta dan motosikal begitu dikenang oleh rakyat Rompin.

Selepas 2minggu pilihanraya berlalu,nasib KJ,DJ dan JJ begitu berbeza sekali.JJ walaupun memenangi pertandingan dengan majoriti yang banyak sekali namun masih gagal untuk memikat hati Pak Lah untuk terus melantiknya sebagai menteri.Namanya tersingkir untuk kabinet pada tahun ini.Akhirnya peganglah beliau title “ahli parlimen”semata-mata tanpa dapat mengaut untung atas angin lain.Begitu juga dengan DJ,walaupun berjaya memastikan kejayaan BN di Terengganu namun sehingga artikel ini ditulis Terengganu terus mencipta rekod apabila menjadi negeri paling lama tidak mempunyai Menteri Besar.Perlantikan MB terpaksa di tangguhkan kerana dikhabarkan bahawa Sultan tidak memperkenankan DJ menjadi menteri besar.Akhirnya jadilah DJ sebagai exco negeri yang biasa tanpa ‘untung atas angin’ yang dapatnya dirompaknya pada kali ini.

Antara mereka bertiga yang paling bertuah nasib badan ialah KJ.Selain menantu kesayangan PM,KJ menang pilihanraya Parlimen Rembau dengan majoriti yang banyak,walaupun pada kiraan pertama dikatakan tewas dengan majoriti tipis sehinggalah datangnya peti-peti undi ajaib membantu beliau.KJ tidak disenaraikan sebagai Menteri kerana terdapat tentangan dari banyak pihak namun KJ tetap tersenyum puas kerana selagi Pak Lah berkuasa dia lah ‘Perdana Menteri’ yang sebenarnya.Dengan meletakkan ramai ‘orang-orangnya’dalam kabinet 2008 yang baru diumumkan KJ makin berkuasa dan segala urusan penjualan Malaysia kepada Singapura akan berjalan lancar.Apabila semuanya lancar,keuntungan yang diperolehi beliau dari hasil rompakan hak rakyat akan dinikmatinya sendirian.Mungkin ada dua tiga kerat warga Rembau yang memperolehi imbuhan kerana memastikan kemenangannya di Rembau baru-baru ini.

Begitulah nasib KJ,DJ dan JJ dalam ‘survivor’politik mereka didalam UMNO.DJ dan JJ sudah pun melalui zaman gemilang mereka dan kini mereka diambang kejatuhan pula.Semetara KJ baru mengecapi zaman gemilang dan kita tunggulah pula zaman kejatuhannya kerana ramai yang menantikan saat itu kerana sikap KJ yang begitu ‘merendah diri,menghormati pemimpin senior,tidak sombong,jujur,bukan samseng dan tidak suka bercakap besar’.Itulah kisahnya KJ,DJ dan JJ yang begitu taksub dengan keduniaan tanpa sesekalipun ingatkan kekuasaan Allah.Dua dah tersungkur,lagi satu menunggu masa je lagi tu.





Wednesday, March 19

"Sempena Maulidurrasul 12 Rabiulawal 1429 Hijrah"


Assalamualaikum...



Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Menjadi kelaziman bagi rata-rata masyarakat malaysia, untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran seseorang. Pelbagai aktiviti dibuat untuk memeriahkan sambutan itu. Dan kelangsungan dari itu juga,menjadi kelaziman bagi masyarakat islam di malaysia, untuk meyambut hari keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. pada 12 rabiul awal pada setiap tahun walaupun tidak semeriah sambutan hari kemrdekaan, tapi cukup untuk mengingatka kita bahawa baginda adalah rahmatan lil aýlamin.

Sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh junjungan besar kita untuk menyambut hari lahirnya, tetapi disandarkan diatas beberapa pendapat ulamaý bahawa sambutan maulidur rasul dapat menyedarkan semula ummah ini tentang perjuangan rasulullah, maka ia diharuskan. Beberapa contoh pendapat ulama'

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.
Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.
Justeru itu, penting bagi kita umat akhir zaman ini untuk melihat kembali diri kita yang kadang kala lari dari syariat islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mengerjakan amal seharian kita. Melalui AlQuran dan sunnah serta sirah perjuangan rasulý kita menilai kembali betapa peri pentingnya kita meletakkan semula islam ditempat yang sepatutnya. Dan melalui maulidul rasul kita mengingati rasulullah dan menghayati islam itu dari perspektif yang sebenar. Mari kita sama-sama jadikan 12 rabiul awal 1429 h bersamaan dengan 20 mac 2008 sebagai satu titik tolak untuk berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada lebih bagus. Bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kita kepada rasulullah selain daripada melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah melalui rasulNya, cuba mengikuti segala sunnahnya, mahu mengkaji segala sirahnya, dan berkehandak mencontohi segala akhlaknya. Insan agung yang namanya banyak dirakamkan di dalam Aquran dan penghulu segala nabi dan rasul. Ummatnya umat terbaik di kalangan semua umat. Marilah kita semua menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar; semoga apa yang kita lakukan mendapat redho Allah dan rasulNya. InsyaAllah.


Eksklusif Dan Terkini:Lima Ahli Parlimen UMNO “Memberontak”


Assalamualaikum..




"salam suara rakyat"




Selesai makan tengahari sebentar tadi,P.I sempat membuka blog Datuk Ruhanie Ahmad iaitu http://kuda-kepang.blogspot.com/ untuk membaca berita dan artikel terkini daripada beliau.P.I gemar melawati blog beliau kerana beliau selalunya membawa berita dan khabar-khabar angin dari sumber yang dipercayai dalam UMNO sendiri.P.I telah mengikuti perkembangan artikel beliau "the toyol code" sejak dari mula lagi dan serba sedikit P.I mempercayai apa yang terkandung dalam teori itu.




Disini P.I bukan nak mengulas tentang "teori" tersebut sebaliknya ingin berkongsi maklumat daripada blog beliau.Disini P.I postkan artikel tersebut:




"Blog ini menerima satu panggilan telefon pada awal pagi, 19 Mac 2008, yang mengatakan bahawa lima Ahli Parlimen UMNO, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, memang sedang “memberontak” kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan ke atas diri mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada 18 Mac 2008, tetapi tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam PRU12.Bagaimanapun, dua daripada mereka pula dijangka menolak perlantikan daripada Abdullah dan mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC esok, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia.Kesemua Ahli Parlimen yang “memberontak” ini dikatakan menudingkan jari kepada Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.Kata mereka, sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni Khairy.Pokok persoalannya pada saat dan ketika adalah seperti berikut:Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?Mungkinkah “pemberontakan” ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO?Mungkinkah Ahli Parlimen UMNO yang “memberontak” tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?Dan, jika berlaku “exodus” Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat? – Ruhanie Ahmad "



Apa yang terdetik di minda P.I apabila membaca artikel dari Datuk Ruhanie Ahmad ini ialah sesuatu “swing” daripada pemimpin UMNO sendiri untuk menolak kepimpinan Pak Lah.Ianya merupakan satu tamparan hebat kepada Pak Lah untuk meneruskan ‘survive’ politik beliau.Pelbagai langkah perlu diambil oleh beliau untuk menyelamatkan karier politiknya terutama menantu kesayangannya yang begitu ‘berkuasa’pada ketika ini.

Namun P.I tidak mahu memikirkan sangat mengenai isu permasalahan didalam UMNO/BN kerana bagi P.I sendiri ialah sejauh manakah kita di BA bersedia untuk ‘angin perubahan’ yang bakal berlaku bila-bila masa sahaja,tidak kira cepat atau lambat.Kita juga perlu memikirkan sejauh mana rakyat jelata sedar akan kebaikkan perubahan kuasa pusat sekiranya ianya benar-benar berlaku.Pada pandangan P.I,bagi golongan intelektual dan yang tinggal dibandar-bandar yang sentiasa terdedah dengan media alternative,mudah mereka untuk memahami dan menerima perubahan yang bakal berlaku ini dengan positif tetapi bagaimana dengan golongan rakyat di luar bandar yang terlalu jauh ketinggalan mengikuti perkembangan semasa dari media alternative.?Mereka diberi sarapan pagi dengan Berita Harian dan Utusan,di beri makan tengahari dengan RTM dan makan malam bermenukan TV3 dan media prima.

Persoalannya sekarang,sekiranya Allah mengkehendakan “BARISAN RAKYAT”memerintah Malaysia kelak,sejauh mana kita perjuang-perjuang suara rakyat bersedia untuk menyedarkan rakyat luar bandar betapa pentingnya perubahan ini dan perubahan ini adalah ”BAIK” untuk negara dan yang akan merasai kesan baiknya adalah keseluruhan rakyat jelata tidak kira di Bandar atau di desa.

Akhir kata,kepada pemimpin-pemimpin BARISAN RAKYAT sekalian,andai Allah mentakdirkan kita berkuasa,jalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin bekerja lah kepada rakyat dan berjuanglah ke jalan Allah agar perjuangan kita akan sentiasa di berkati.

“salam suara rakyat”