Monday, March 31

EXCO HANTU wujud di Pulau Pinang




Saya terbaca satu berita dari Bernama "BN Pulau Pinang Wujudkan Exco Bina Negeri..". Apa maksud Exco Bina Negeri? Tentulah maksudknya EXCO BN. Apa yang menariknya EXCO HANTU-HANTU ini hanya diwakili oleh ADUN dari UMNO sahaja kerana calon-calon Gerakan, MCA dan MIC semuanya ditolak rakyat Pulau Pinang. Agihan EXCO ini dicaturkan oleh Koh Tsu Koon yang tewas di kerusi Parlimen Batu Kawan.Apakah UMNO juga akan lakukan seperti yang pernah dibuat di Kelantan dan Trengganu apabila mereka sudah tidak ada kuasa lagi? Tetapi yang nyata tindakan ini hanyalah bertujuan memecahbelahkan pentadbiran Negeri dan Pusat dimana terdapat sejumlah peruntukan tertentu yang sepatutnya diterima oleh Kerajaan Negeri akan diberikan kepada EXCO HANTU UMNO ini untuk mereka belanjakan sesuka hati.
Kabarnya, banyak projek mega yang dirancangkan di Pulau Pinang yang telah diberikan kepada kroni UMNO termasuk anak Abdullah akan disalurkan melalui EXCO HANTU ini.Satu soalan untuk Abdullah. Bagaimana negeri-negeri lain yang terlapas dari genggaman UMNO seperti Kedah, Perak dan Selangor? Tidakkah teringin mewujudkan pentadbiran berasingan seperti yang pernah dilakukan di Kelantan dan Trengganu?Sekarang, sudah terbukti UMNO mempunyai agenda memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan tidak mengamalkan dasar Federalism yang diterima semasa mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu dahulu.http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=323625Am30 Mac, 2008 20:34 PM BN Pulau Pinang Wujudkan Exco Bina Negeri Pantau Pentadbiran Kerajaan NegeriPULAU PINANG, 30 Mac (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang hari ini mengumumkan pembentukan Exco Bina Negeri, khusus bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri gabungan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta menjadi saluran untuk menyampaikan hasrat dan pandangan rakyat.Pengerusinya, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan BN Negeri hari ini bersetuju untuk mewujudkan barisan exco bayangan itu, yang terdiri daripada 11 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.Katanya setiap ADUN berkenaan diberi portfolio yang sama dengan portfolio exco kerajaan negeri ketika ini, dan mereka akan memantau perkembangan setiap portfolio berkenaan, janji-janji kerajaan negeri, serta menjadi saluran untuk menyampaikan pandangan rakyat mengikut portfolio masing-masing di Dewan Undangan Negeri.Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini petang ini, beliau berkata barisan exco itu akan diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim.Katanya ADUN Telok Bahang, Datuk Dr Hilmi Yahaya dipertanggungjawab untuk mengendalikan portfolio Pembangunan Industri & Perdagangan Antarabangsa, Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah; portfolio yang dipegang oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di peringkat pentadbiran kerajaan negeri.Shabudin Yahaya (ADUN Permatang Berangan) pula mengendalikan portfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Datuk Jahara Hamid (Telok Air Tawar-Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Arif Shah Omar Shah (Seberang Jaya-Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar), Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal-Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).Datuk Jasmin Mohamad (Sungai Dua-Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom, Pengangkutan Udara, Laut dan Keretapi), Farid Md Saad (Pulau Betong-Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan), Datuk Mahmud Zakaria (Sungai Acheh-Kesihatan dan Kebajikan, Masyarakat Penyayang), Datuk Azhar Ibrahim (Penaga-Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir).Syed Ameruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas-Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan) dan Zabariah Wahab (Bertam-Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti).Koh berkata setiap anggota Exco Bina Negeri ini akan mengetuai sebuah jawatankuasa yang dianggotai sekurang-kurangnya seorang wakil daripada setiap parti komponen BN yang mempunyai minat, kepakaran serta pengalaman dalam bidang portfolio berkenaan."Kebanyakan mereka ini merupakan bekas exco kerajaan negeri BN suatu ketika dahulu dan mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing. Mereka akan memberikan maklum balas serta cadangan kepada exco Bina Negeri sebagai mewakili semua kaum yang ada di negeri, bagi menyuarakan kehendak, hasrat dan pandangan semua pihak," katanya.Kerjasama ini juga sebagai menyambut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi yang mahu wakil rakyat yang dipilih mewakili semua kaum dalam negeri.Koh berkata jawatankuasa yang dipengerusikan setiap Exco Bina Negeri serta Jawatankuasa BN Negeri akan bermesyuarat lebih kerap untuk mendapatkan maklum balas rakyat serta mengukuhkan jentera parti agar lebih berkesan.Selain itu katanya, BN negeri juga akan mewujudkan laman web untuk membolehkan orang ramai memberi maklum balas melalui internet kepada exco Bina Negeri."Kita akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berjiwa rakyat," katanya.Turut hadir pada mesyuarat hari ini ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA Negeri, Lau Chiek Tuan dan bekas-bekas wakil rakyat BN penggal lalu.-- BERNAMA "

No comments: