Tuesday, March 25

'PRU12:-KAMI TOLAK BN BUKAN KERANA ISU BONUS'

Selalunya pada setiap hujung tahun menjanjikan kegembiraan kepada penjawat awam diseluruh negara.Namun pada hujung tahun 2007,ianya tidak mendatangkan ceria kepada golongan ini.Bonus yang biasanya menjadi imbuhan paling dinanti tidak menjelma.Ditambah desas desus ianya akan menjelma sebelum pilihanraya 2008 menjelma,namun ianya tetap tidak hadir.

Isu bonus dikatakan menjadi sebab utama ramai penjawat awam menolak BN dalm PRU baru-baru ini menyebabkan BN/UMNO tersingkir dibeberapa negeri.Adakah faktor bonus menjadi faktor penolakkan utama penjawat awam terhadap BN.

Seorang penjawat awam di Selangor yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz memberitahu P.I menerusi emailnya bahawa isu bonus ini bukanlah faktor utama tetapi terdapat beberapa faktor yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan menyebabkan mereka berpaling arah.Antara faktor itu ialah,isu kenaikan petrol dan harga barang,isu ekonomi negara,keselamatan keluarga disamping kerajaan yang cuba menyembunyikan beberapa faktor dan perkara membuatkan mereka berfikir kerajaan tidak telus.

“Bila kerajaan kelihatan menyembunyikan faktor sebenar tahap ekonomi negara dari kami,ianya kelihatan tidak telus.Pada zaman ini rakyat sudah semakin bijak,banyak sumber media alternatif boleh didapati di internet untuk mengetahui fakta sebenar”jelas Hafiz kepada P.I

Disamping itu,’kerahan tenaga’ dalam menjayakan sesuatu tujuan untuk kepentingan sesetengah individu antara sebab utama penjawat awam dari unit beruniform mengundi calon pembangkang.Isu ‘tragedi batu burok’,tindakan polis ketika perhimpunan BERSIH menyebabkan anggota unit beruniform tertekan dengan kerja mereka sekarang.Cemuhan dari rakyat cukup melunturkan hati mereka.Begitu lah pula antara kandungan sms yang diterima dari salah seorang anggota polis dari Terengganu kepada P.I baru-baru ini.

Nyata BN silap jika post moterm yang dilakukan mengatakan penjawat awam hanya menolak mereka kerana isu pemberian bonus.Tidak dinafikan itu adalah antara faktornya namun BN perlu memandang keputusan PRU 2008 ini adalah gelombang penolakkan rakyat secara total kepada BN yang kelihatan sudah tidak relevan lagi pada detik ini.Untuk terus kekal dan kembali memenangi rakyat,satu pembaharuan perlu dilakukan secara menyeluruh dari akar umbi ke pucuk pimpinan parti.Buang lah dahan-dahan yang rapuh,dan jika perlu,tebanglah pokok itu,tanam je yang baru....

“salam suara rakyat”

Pemuda Insaf(http://pemuda-insaf.blogspot.com)

No comments: