Wednesday, April 23

Keliru diantara royalti dan wang ihsan




Apabila di siarkan didalam media-media arus perdana yang menyatakan Menteri Besar Trengganu menuntut semula bayaran royalti minyak yang ditarik balik (= dirampas) oleh kerjaan pusat semasa pemerintahan PAS dahulu maka Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pun berkata, “Pemberian wang ihsan oleh kerajaan pusat kepada Trengganu yang menggantikan royalti minyak telah membawa kebaikan kepada rakyat negeri itu”. Apabila membaca berita-berita itu maka Wohgomok jadi keliru tentang apakah perbezaannya diantara royalti dan wang ihsan. Wohgomok bukanlah “Tak Reti Bahasa”, tetapi kurang arif sangat tentang perbezaan istilah-istilah bahasa moden ni. Namun Wohgomok bernasib baik kerana ada seorang kawan yang terlibat langsung dalam industri seni tanah air temasuk dalam hal-hal menerbitkan album. Lalu Wohgomok bertanya pada beliau apakah perbezaannya diantara royalti dan wang ihsan. Beliau menjawab dengan selamba mengikut bidang yang diceburinya, katanya, royalti itu ialah sejumlah bayaran yang wajib di bayar kepada seseorang pencipta lagu, penulis lirik atau penyanyi mengikut jumlah jualan album yang dihasilkan dari usaha dan bakat yang dianugrahkan Allah kepada mereka, sedangkan wang ihsan ialah seperti yang kita bagi kat penyanyi-penyanyi dan pemuzik-pemuzik tepi jalan yang mencari rezeki atas ihsan orang yang lalu lalang disitu.
Dengan berpandukan penjelasan kawan Wohgomok tadi maka dapatlah Wohgomok menterjemahkan semula apa yang tuntut oleh Menteri Besar (MB) Trengganu dan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia didalam berita-berita tersebut. Rupa-rupanya MB Trengganu menuntut hak yang sebenar-benarnya memang hak rakyat negeri Trengganu, kerana sumber minyak yang sentiasa naik dan masih menunggu masa yang sesuai untuk di naikkan lagi itu adalah barasal dari anugerah Allah kepada rakyat Trengganu. Memang betullah kalau MB Trengganu masih menggunakan istilah royalti pun. Tetapi mengapa pula PM masih mempertahankan istilah wang ihsan, sedangkan ihsan yang sebenarnya telah pun dianugerahkan oleh Allah kepada rakyat Trengganu. Mungkin juga pada fikiran PM bahawa rakyat Trengganu adalah sama dengan penyanyi dan pemuzik tepi jalan, macam yang kawan Wohgomok terangkan tadi. Boleh jadi juga PM sekarang dan PM yang dahulu mempunyai fikiran yang sama dengan menganggap bahawa ihsan yang diberikan Allah itu bukanlah untuk rakyat Trengganu, tetapi untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan keturunan-keturunannya. Sebab itulah royalti 5% yang dibayar kepada kerajaan negeri Trengganu dahulu ditarik balik pada tahun 2000 setelah negeri itu di perintah oleh kerajaan PAS. Mungkin kerana itulah juga PM sekarang masih tidak mahu memulangkan semula ihsan yang dianugerahkan Allah kepada rakyat Trengganu itu dalam istilah royalti.

Apabila memikirkan tentang kerjaan PAS yang memerintah dahulu dan kerjaan Barisan Nasional yang memerintah Trengganu sekarang Wohgomok terkeliru sekali lagi. Jika benarlah PM sekarang juga menganggap ihsan yang telah dianugerahkan Allah kepada rakyat Trengganu itu adalah untuk pemimpin-pemimpin UMNO dan keturunan-keturunannya, tetapi mengapa pula beliau enggan menyerahkan semula ihsan anugerah Allah itu kepada kerajaan negeri Trengganu yang juga sekarang ini diterajui oleh pemimpin dari keturunan UMNO. Apakah PM sekarang menganggap bahawa pemimpin UMNO yang memerintah Trengganu diwaktu ini bukanlah dari keturunan UMNO yang seibu-sebapa.

Wohgomok keliru….keliru dan keliru. Sekarang ini tak tahu lagi nak pikir macam mana, maka “Lu Pikir lah Sendiri” (Sorry Nabil Raja Lawak kerana meminjam sekejap trade mark kamu).

- Salam dari Wohgomokhttp://www.wohgomok.blogspot.com/"


Monday, April 21

NAJIB TIDAK LAYAK JADI PM?


Oleh : pemuda insaf

Assalamualaikum...

‘salam suara rakyat’

Saban hari kita disajikan dengan berita tekanan yang diberi kepada Pak Lah untuk meletak jawatan dan memberi tugas mentadbir negara kepada timbalannya iaitu Najib.Rata-rata dalam UMNO sendiri menyokong Najib mengambil alih tugas memimpin kerana sememangnya terbukti Pak Lah gagal mentadbir dan memimpin dengan baik sehingga UMNO/BN terpukul teruk dengan tsunami PRU12 baru-baru ini.

Namun persoalannya sekarang adakah dengan memilih Najib sebagai pengganti maka akan selamatkah negara daripada tangan- tangan perosak yang akan membinasakan negara pada satu masa kelak?P.I pasti pembaca semua tahu jawapannya.Sememangnya UMNO memerlukan seseorang yang mampu mencabar Pak Lah bagi menyelamatkan masa depan parti itu.

Itu bagi UMNO tapi P.I yakin rakyat tidak akan merelakan orang seperti Najib mentadbir negara.Kenapa dan mengapa?jawapannya cukup mudah.Kerana untuk memilih pemimpin negara kita pasti akan terfikirkan faktor-faktor berikut:-.

1. Adakah Najib tidak kronisme?
2. Adakah Najib tidak korupsi?
3. Adakah Najib memperjuangkan Islam?
4. Apakah sekiranya Najib menjadi perdana menteri nasib rakyat akan terbela?
5. Adakah jaminan bahawa segala masalah yang meruncing pada ketika ini akan dapat diselesaikan?
6. Adakah Najib tidak pernah terlibat dalam skandal terutamanya skandal penyalahgunaan kuasa dan skandal seks?

Secara kasarnya kebanyakkan rakyat tahu jawapannya.Berdasarkan keterampilan Najib sepanjang menjadi wakil rakyat selama ini adalah menjadi kewajipan rakyat untuk menolak pemimpin seperti ini.Segala tingkah laku Najib selama ini telah membuktikan bahawa dia sememangnya tidak layang menjadi PM.

Rakyat mahukan seorang pemimpin yang bersih secara total bukan sekadar luaran sahaja.Cukup lah rakyat tertipu dengan perdana menteri yang nampak bersih namun sebenarnya banyak kekotoran yang tercalit sejak peralihan kuasa 2003 tempohari.

Mungkin rakyat berfikir bahawa sudah lambat untuk bertindak kerana keputusan PRU12 masih memihak kepada BN dan ianya masih membolehkan Najib untuk naik ketampuk pemerintahan.Tapi kita masih ada masa untuk terus berjuang bagi menghalang orang yang rakus mengambil kesempatan demi perut sendiri seperti Najib ini daripada berkuasa.Bagaimana?teruslah membongkar segala kerosakkan mereka,sebarkan sesama rakyat dan teruskan berjuang menentang kemungkaran mereka dan jangan berhenti walaupun diumpan dengan pelbagai janji manis mereka.Buktikan kita rakyat Malaysia tidak lagi bodoh untuk digula-gulakan.Akhir sekali berdoa lah kepada Allah...insya Allah jika tidak dalam tempoh terdekat,lambat laun akan berdirilah sebuah kerajaan yang akan membela nasib rakyat...dan kerajaan itu bukan lah dibawah pimpinan Najib kerana sememangnya manusia bernama Najib Tun Razak ini tidak layak menjadi Perdana Menteri untuk rakyat.

Hayya bil jihad...

Wassalam...

Thursday, April 17

Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam

Assalamualaikum..
Malam tadi P.I ada menerima satu email dari seorang rakan.Ianya berkaitan tentang satu mazhab agama Kristian yang mirip dengan solat agama Islam.Dan demi menjaga kesucian Islam disini P.I siarkan email tersebut berserta 2 keping gambar untuk pembaca semua.Sebarkanlah ia demi Islam tercinta,demi anak cucu kita.
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
BAHAYA BETUL..
Bahaya mazhab Kristian yg 'mirip' Islam - gambar
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir samadengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru?Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabayaitu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib.
Mereka adalah jamaah Kristian Ortodokkristian ortodok, sebuah sektsa dalam agama Kristian.
Boleh jadi,orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan sajaasalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacaraperibadatannya nyaris sama.Tengoklah saat mereka sholat.Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud. Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kalisehari,penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.
Mereka menyebutnya:sa'atulawwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur),sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam). Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orangIslam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal denganshaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan padaRabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.
Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok jugamengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatanGambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru.... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok... hebah kan laaa pada kawan2kiter...Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantungdi rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR............. Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mailini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedayapada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga...tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran......sebenar ayat Biblewallahualammmubissawab........

Wednesday, April 16

EMAIL PEMBACA:"BPI perlu lebih kerja keras,tingkatkan promosi."


Assalamualaikum..

Semalam saya sempat lawati laman BPI secara detail.Syabas wpun baru sebulan diwujudkan tp mencecah 1000 pengunjung.Satu perkembangan yang cukup bagus bagi menyaingi media puak yang kalah tempoahari yang tah pa2…putar belit.
Tidakkah mereka terpikir rezeki mereka yang perolehi hasil putar belit untuk melaga-lagakan orang lain,menabur fitnah serta mengadu domba akan di suapkan ke mulut anak-anak serta isteri mereka.Kesemuanya akan menjadi darah daging??Nauzubillah…

Pada pendapat saya blog BPI ni perlukan lebih promosi kerana saya secara kebetulan saja menyedari kewujudan blog ini setelah melayari tranungkite.Isu-isu yang BPI utarakan memang panas serta ulasan-ulasan yang bagi saya cukup bernas.Harapan saya semoga BPI akan terus success dan dapat menjadi alternatif kepada media puak yang kalah tempohari yang semakin hari semakin rosak lagi merosakkan akhlak pembacanya…

Saya sertakan satu foto.Mungkin BPI dah melihatnya .Salah satu sebab nape puak yang kalah tempohari kena pukulan KO dalam PRU lepas.

Senyum rakan estet saya bila baca ‘PAS 4 ALL’ sbb diaorang ingat PAS utk org islam saja…..

TAKBIRRR….

NAJIB BUKAN CALON POPULAR GANTI PAK LAH


Jawatannya sekarang ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO.Dari segi logiknya dia lah yang akan menjadi pengganti Pak Lah sekiranya Pak Lah meletakkan atau melepaskan jawatan kelak.Segalanya mungkin kerana disebabkan desakan dalaman UMNO,Pak Lah telah pun mengakui bahawa kekalahan UMNO di 5 negeri serta gagal mengekalkan 2/3 kerusi parlimen adalah disebabkan oleh faktor dirinya.

Satu undian telah dibuat di blog ini dengan satu persoalan iaitu “siapakah yang layak menggantikan Pak Lah sebagai Presiden UMNO” baru-baru ini.Antara calon-calon yang tersenarai dalam proses undian itu ialah Najib,Hishamuddin,Mahyuddin,Ku Li dan Khairy.

Selepas 10 hari proses undian dilakukan,Ku Li mengungguli pemilihan itu dengan 56% undi.Diikuti oleh Mahyuddin Yasin dengan 28%,Hishamuddin 7%,Khairy 6% dan Najib hanya berjaya mendapat 3% undi.

Berdasarkan keputusan itu kita dapat lihat kebanyakan suara dari rakyat tidak menginginkan atau berselera untuk memiliki atau mempunyai seorang Perdana Menteri yang bernama Najib Tun Razak.Walaupun almarhum ayahandanya pernah memegang tampuk pemerintahan,namun sejarah lalu bukan lah jaminan untuk Najib mendaki tangga pemerintahan dengan mudah.Begitu juga dengan sokongan terbuka daripada mantan perdana menteri,Mahathir Mohammad belum tentu ahli-ahli UMNO dan rakyat dapat menerimanya.

Bayangkan Timbalan Perdana Menteri mendapat tempat tercorot dengan hanya mampu mendapat 3% undi,adakah ini normal?.Persoalan yang bermain difikiran P.I sekarang ialah mengapa Najib tidak popular dikalangan pembaca BPI untuk dipilih sebagai pengganti Pak Lah?mesti ada sebabnya kan?

BPI akan membongkar sebab musababnya perkara ini berlaku dalam artikel yang akan datang.Artikel tersebut akan diberi tajuk “NAJIB TAK LAYAK JADI PM”. Justeru itu BPI memohon jasa baik pembaca sekiranya mempunyai maklumat sahih tentang segala penyelewengan,skandal dan salah guna kuasa Najib agar dapat di emailkan kepada BPI agar BPI dapat mengukuhkan lagi hujah-hujah P.I dalam menyedarkan rakyat tentang bahaya yang bakal menjelma sekiranya Najib jadi PM dalam artikel akan datang.Pembaca boleh lah menghantar maklumat itu dalam bentuk email kepada pemuda.insaf@gmail.com. Segala maklumat peribadi penghantar email akan dirahsiakan.Itu janji dan polisi BPI.

Diharap pembaca dapat berjuang bersama BPI demi menyelamatkan agama,bangsa dan negara daripada kerakusan golongan yang terlalu menggilai kuasa.Marilah bersama kita semarakkan suara rakyat.”Suara rakyat suara keramat”...

INDAHNYA PERJUANGKAN KEBENARAN.

Dari Dunia Rempit Ke Dunia Blogger

Kala malam terkenang satu kenangan yang sudah lama berlalu dalam hidup aku.Hidup yang hanyut tidak tahu hala tuju.Deruman enjin motor menjadi teman saban malam.Wang saku lebur jika kalah pertaruhan sebaliknya tubuh gebu gadis rempit menjadi habuaan sekiranya menang.Arak,ganja dan syabu menjadi temanku dulu.Aku begitu menghampiri kehancuran dalam hidupku sendiri.

Tersedar dari mimpi yang panjang.Tiada yang kekal abadi.Kelajuan dan kepantasan motorsikal hanya sementara.Gahnya nama hanya sementara.Keseronokan dunia ‘enjoy’juga sekadar pinjaman.Allah masih sayangkan diri ini.Diberikan cahaya keinsafan kepada diriku ini.

Mencari-cari arah mana hendak dituju.Mempelajari ilmu yang dah lama ku tinggalkan.Mengingsafi segala dosa lama.Mencari dimana silapnya diriku.Mencari sebab mengapa golongan belia semakin jauh hanyut.Telah ku temu sebabnya telah ku jumpa....apa yang harus ku lakukan....bagaimana ingin ku bawa rakan-rakan ku yang masih hanyut kembali ke pangkal jalan....

Diatas ada lah petikan dari tulisan yang terdapat didalam diari peribadi P.I.Sebuah hasil tulisan luahan perasaan yang ditulis lebih kurang setahun setengah yang lalu.Dan sekarang P.I berasa cukup tenang apabila menatap dan meng update blog P.I yang bertajuk ‘BLOG PEMUDA INSAF’ ini.Bukan niat mencipta nama atau mengejar glamor namun sekadar membawa segenggam semangat perjuangan ingin mengibarkan kebenaran dibumi tercinta ini.

Sepanjang merintis jalan kembali ini P.I banyak memikirkan apa yang menyebabkan golongan remaja dan belia negara terjerumus ke lembah hina yang kini sudah sampai ketahap menakutkan.Tanya lah golongan ibubapa dibandar-bandar apa yang mereka risaukan tentang anak-anak mereka.Tanya pula golongan yang sama di kawasan luar bandar.Pastinya golongan luar bandar tidak begitu risau kerana bagi mereka tiada masalah yang sebegitu teruk menyerang anak bangsa melayu pada ketika ini.

Bertanya pula pada kerajaan memerintah negara,berapakah kes murtad di negara kita?tanya pula tentang isu permohonan pertukaran agama?juga perlu ditanya isu kelahiran anak bunian(anak tanpa bapa yang sah) dan keruntuhan moral yang begitu meruncing.Masalah ini terlalu nazak sekarang ini.Bagaimana kita perlu mengatasinya?bagaimana?fikir-fikirkan lah wahai saudara seagamaku sekalian....Tergamakkah kita melihat anak cucu kita nanti beragama selain agama Islam yang kita anuti sejak azali lagi?apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah ini?adakah wakil-wakil rakyat yang dalam kad pengenalannya tertulis perkataan Islam boleh diharap memperjuangkan masa depan Islam tercinta ini?Adakah selama ini TV3 laporkan hal ini pada kita?apakah terbit berita ini dari Utusan Malaysia?Mmm....lu pikir la sendiri.....

Dan atas dasar kesedaran itu P.I terjun kedunia blogger ini.Disamping ingin mengimbangi laporan dan serangan berunsur politik terhadap pembangkang.Gelanggang demokrasi sudah lama tidak wujud di Malaysia.hak bersuara rakyat sudah lama terbatas dek kerakusan UMNO/BN memerintah.P.I hanya memikirkan nasib anak cucu P.I nanti.P.I tiada ruang bersuara terhadap isu ini.Mereka(UMNO/BN)tidak mahu mendengar....tekad P.I wujudkan BPI ialah ingin memberi maklumat dan berita sebenar tentang sesuatu isu.Mengimbangi laporan yang diseleweng sewenangnya oleh media arus perdana.Orang kampung P.I sudah rosak teruk mindanya serta rosak hatinya kerana saban hari menerima maklumat dari mereka.Penipu besar jika dikatakan hanya UMNO yang perjuangkan nasib Islam dan bangsa Melayu.Apa yang mereka telah buat kepada kita yang sudah lama mengundi mereka?sedarlah mak...sedarlah ayah....mereka melacurkan agama dan bangsa sendiri demi periuk nasi mereka.Malaysia kini kearah kehancuran....kenapa jadi begini....kenapa?

Jawapannya cukup mudah....adakah kita berpegang pada ajaran Islam yang sebenar?tertuliskah di Al-Quran pesalah khalwat hanya didenda?hukum Islam kah itu?zalimkah hukum hudud itu?adakah yang tak bersalah akan dihukum?adakah yang bukan Islam akan turut dihukum berlandaskan hukum hudud?

Fikirlah secara rasional wahai bangsaku sekalian.Negara ini berbilang kaum dan agama,pelbagai kaedah boleh dilakukan dalam menegakkan islam tercinta.Mengapa tidak 2 sistem keadilan untuk yang beragama Islam dan untuk bukan Islam.Mengapa terikut propaganda pemerintah yang begitu takut ianya dilaksanakan.Mengapa mereka takut?secara logik akal kita dapat faham hanya yang bersalah akan takut...berani kerana benar.....

Sedarlah rakan-rakan dan sahabatku diluar sana....yang masih hanyut dalam dunia keasyikanmu itu...kalian terlalu banyak mendapat maklumat yang salah...mindamu diracun,hatimu ditidurkan dengan jutaan hiburan dalam media mereka(UMNO).AF,Mentor dan banyak lagi menghanyutkan dikau wahai sahabatku.

Kembali lah kepangkal jalan wahai sahabat yang kusayang...aku tidak akan berhenti merayu kepulangan kalian,walau hanya melaui tulisan di blogku ini.Ketahuilah bahawa ketenangan yang ku cari ada disini.Memperjuangkan kebenaran dengan menyuarakan suara rakyat disini demi agama,bangsa dan agama.Kini baru kutahu,bertapa indahnya perjuangkan kebenaran walau banyak rintangan dan halangannya.

Tuesday, April 15

Babi lagi.....

Assalamualaikum..

Maaf lah hari ini sekali lagi P.I menulis tentang binatang paling popular bulan ini iaitu babi.Pagi tadi ketika membaca TKO,P.I tertarik dengan artikel yang dihantar oleh Encik Roslan SMS kepada TKO.

Jadi atas rasa tanggungjawab P.I siarkan artikel tersebut bagi memberi jawapan sebenar kepada isu yang hangat digembar-gemburkan oleh media arus perdana yang tidak habis-habis menghentam kerajaan PR Selangor.

Harap pembaca baca lah dengan teliti,fahami dan nilai lah dengan sebaik mungkin,mana yang benar mana yang tidak,mana yang buruk mana yang baik...akhir sekali tepuk dada tanya hati...

Babi yang sebenar?!

Oleh Roslan SMS

Dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi sahabat lama saya yang bertugas di KWSP telah menghubungi saya, oleh kerana saya sedang memandu beliau berjanji untuk telefon saya kemudian. Beliau kemudian mengirim SMS minta saya baca akhbar The Sun hari ini berhubung isu "ladang babi" di Selangor dan kalau boleh dedahkan untuk pengetahuan umum.

Dalam akhbar The Sun hari ini bekas calon MCA Bukit Bintang yang juga Pengerusi Biro Pertanian Tradisional MCA, Dr Lee Chong Meng (yang kebetulan saya kenali) dilaporkan telah mendedahkan dalam akhbar berbahasa Cina Oriental Daily News berkenaan kisah sebenar disebalik "Projek MPF" atau Modern Pig Farming di Selangor yang telah mencetus kontroversi baru-baru ini.

Bagi saya pendedahan Dr Lee (lebih dikenali sebagai Dr Ayam, kerana beliau pakar veterinar) itu turut mededahkan siapakah yang sebenarnya "babi" dan "membabi"dalam kontroversi ini!
Menurut Dr Lee, kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo dahulu telah merancang menyerahkan projek MPF ini kepada sebuah syarikat Bumiputera yang akan membawa masuk teknologi Jerman melalui dana yang disediakan oleh Program Alam Sekitar PBB (UN). Melalui projek ini syarikat tadi akan mengenakan levi RM50 bagi setiap ekor babi yang dijual oleh penternak bagi menampung kos rawatan sisa babi tadi.



Kerajaan BN Selangor bawah Khir Toyo, kata Dr Lee, telah menghantar delegasi kerajaan negeri ke Jerman utnuk mengkaji dan melihat sendiri teknologi Jerman yang digunakan di ladang babi di sana. Siapakah antara yang menyertai rombongan itu? Dr Karim dan Ketua Kampung Ladang Tumbuk, Mohd Tarmudi Tushiran. Tarmudi inilah yang mengetuai lebih 200 orang penduduk kampung berdemonstrasi depan Bangunan SUK baru-baru ini sedangkan beliau terlibat dalam program ini semasa BN kerajaan dulu!


(Cuba tanya mengapa seorang Ketua Kampung seperti Tarmudi perlu ikut "study tour" ke Jerman itu, jika tidak kerana Umno telah merancang untuk beliau menutup mulut anak-anak buahnya nanti. Bukan senang Ketua Kampung boleh melancong ke Jerman!)

Berikut kenyataan Dr Lee:
Hari ini saya mahu menegaskan bahawa RM100 juta untuk projek ini bukannya dibiaya oleh kerajaan negeri,. Dr Mansor bertanggungjawab membawa sebuah syarikat Jerman untuk berusaha sama (JV) sengan sebuah syarikat Bumiputera untuk maksud itu. Syarikat JV ini nanti akan menggunakan peruntukkan dari UN (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu)


Menurut akhbar The Sun lagi:
At the press conference he (Dr Lee) strongly criticised Karim and Tarmudi who out of personal political interest made an about turn on the project.


Di sidang akhbar berkenaan beliau (Dr Lee) telah mengkritik keras Karim dan Tarmudi kerana tiba-tiba berpaling tadah dalam isu projek ini semata-mata kerana kepentingan politik peribadi
Rupa-rupanya melalui pendedahan Dr Lee ini kita ketahui bahawa terdapat 132 ladang babi berselerak disekitar Selangor. Kedua-dua EXCO MCA di bawah Khir Toyo dahulu iaitu Chng Toh Eng dan Tang Seed Hang, menurut Dr Lee, telah medapat lampu hijau dari Khir untuk memindahkan kesemua ladang-ladang ini ke pusat seluas 460 hektar di Ladang Tumbuk, Kuala Langat itu.


Yang menariknya menurut Dr Lee lagi, pada bulan Januari tahun ini kerajaan negeri Selangor bahawa Khir Toyo telah meluluskan projek ini dan antara yang menyokong kuat perlaksanaan projek ini adalah Mansor! Menurut Lee juga, terdapat minit-minit mesyuarat dan rekod bagi membuktikan perkara ini!

Begitulah al kisah "babi" di Selangor ini. Sekarang baru kita tahu siapa yang penipu, siapa yang berbohong dan siapa yang "membabi"!
Khir Toyo pada mulanya menafikan perkara ini, dan kemudian memberi pelbagai alasan, Khir Toyo jelas berbohong. Mansor pun pembohong besar begitu juga Ketua Kampung Ladang Tumbuk, si Tarmudi, lidah bercabang itu. Saya tertunggu-tunggu juga bila Utusan Malaysia dan TV3 (perkakas jahat Umno dalam kes babi ini) akan menemuramah Dr Lee Chong Meng.
Kalau beginilah sikap dan perangai Umno Selangor sebenarnya, saya yakin, rakyat akan terus menyisihkan parti ini, dan PRU ke 13 nanti, tidak mustahil Umno Selangor ditimpa nasib bagai Umno di Kelantan, hidup segan mati tak mahu, akhirnya "gila babi", "membabi buta" dan entah apa-apa lagi.

Dan tahukah anda siapa teraju disebalik projek ini?
Tidak lain dan tidak bukan, orang kuat Khir sendiri iaitu ADUN Tanjung Sepat, Dr Karim Mansor (bekas SETPOL Khir). Beliaulah yang menjadi orang tengah untuk syarikat Bumiputera tadi serta yang merancangkan penggunaan teknologi Jerman itu. Anehnya Dr Karim jugalah hari ini begitu galak sekali kononnya menentang perlaksanaan projek ini oleh kerajaan Pakatan Rakyat.


Ishh..ishhhh...patut lah beriya-iya buat bantahan...rupa-rupanya projek idaman tak tercapai....tak sempat nak makan hasil babi la nampaknya Dr Karim Mansor...tak pe...bukan rezeki la tu...kepada Dr Karim Mansor patutnya bersyukur sebab tak sempat makan duit babi...

DIA MENTERI KE TIDAK...SAMA JE....


Sebaik sahaja Pak Lah mengumumkan menteri-menteri kabinetnya tidak berapa lama dahulu,nama pertama yang menjadi carian P.I ialah Jamaluddin Jarjis(JJ).Kali ini untuk kabinet 2008 namanya tercicir .Dan serentak dengan itu ada cakap-cakap mengatakan antara sebab-sebab tersingkir adalah kerana dia adalah proksi rapat Najib dan mantan perdana menteri,Mahathit Mohammad.

Dan baru-baru ini P.I sempat pulang ke Rompin untuk melihat suasana selepas pilihanraya disana.Sempat juga P.I berjumpa dengan beberapa kenalan ketika berada di bandar udang galah itu.Dalam satu sesi minum petang di sebuah kedai kopi di Bandar Baru Rompin,P.I sempat bertanyakan satu soalan kepada rakan lama P.I tentang apa perasaan orang Rompin bila ahli parlimen mereka tidak dilantik jadi menteri.Jawapannya agak mengejutkan P.I kerana menurutnya kebanyakkan orang Rompin langsung tak kisah JJ jadi menteri atau tak.

Bagi mereka JJ jadi menteri atau tidak,keadaanya sama sahaja,tiada apa pun yang berubah.Kuala Rompin tetap macam ni,tiada apa yang boleh dibanggakan walaupun ahli parlimennya jadi menteri pun.Nyata orang kat sini tak kisah nampaknya,tidak timbul perasaan marah pada perdana menteri langsung,tidak seperti ditempat-tempat lain.Mengapa keadaan disini berbeza?

Menurut kenalan P.I lagi,sejak JJ jadi menteri dulu pun dia jarang melawat Rompin.Boleh dikira dengan jari sebelah tangan sahaja jumlah dia datang ke Rompin bertanyakan masalah rakyat Rompin.Kemudahan yang ada di Rompin pun sekadar ada sahaja.Tiada apa yang boleh dibanggakan di Kuala Rompin ini,dengan hanya memiliki sebuah Klinik Desa yang hanya mampu menempatkan tidak sampai 10 orang pesakit dalam satu-satu masa.Jika berlaku kes-kes serius,ianya akan dirujuk ke HTAA Kuantan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam ataupun Hospital Muadzam.Dulu ada ura-ura akan dibina sebuah hospital di Kuala Rompin namun disebabkan satu peristiwa bilamana UMNO Rompin telah membuat undi tidak percaya terhadap JJ,projek tersebut telahpun dipindahkan ke Muadzam Shah.Di fahamkan undi tidak percaya itu berlaku kerana orang Rompin lebih menyenangi Dato’ Hassan Ariffin sebagai wakil rakyat mereka namun disebabkan dicantas oleh JJ nama Hassan Ariffin hanya tinggal sejarah.

Walaupun proses undi tidak percaya itu sudah beberapa tahun berlalu,namun masih segar diingatan penyokong-penyokong Hassan Ariffin apabila ramai diantara mereka berpaling tadah pada saat saat akhir apabila telah mengundi JJ dalam proses itu.Mengapa mereka berpaling tadah disaat akhir?jawapannya memerlukan juga jawapan jujur dari JJ sendiri.Dari manakah sumber kewangan yang JJ dapat untuk menyogok ahli-ahli UMNO Kuala Rompin dengan jumlah RM250 bagi mengundinya dalam undi tidak percaya itu?

Bermula dari detik itu lah orang Rompin sudah tidak yakin lagi dengan JJ namun disebabkan ketaatan yang melampau pada UMNO mereka tidak dapat lari dari mengundi UMNO dalam pilihanraya.dan antara sebab itu lah orang Rompin tidak begitu kisah JJ jadi menteri atau tidak kerana kalau dia menteri pun rakyat dapat apa?duit rakyat dah banyak dia habiskan dengan dihantar ke Russia melalui projek ISS tahun lepas.Pelik kan proksi-proksi Mahathir ni suka sangat habiskan duit dengan menghantar ke Russia.Macam-macam urusan jual beli dan projek Malaysia dengan Russia ni.....terfikir jugak...berapa komisen JJ dapat dalam misi ISS dulu tu....tapi apa boleh buat,hati orang Rompin ni kalau dibelah,rendam dengan clorox pun warnanya tetap biru(warna BN)....

Teringat P.I kata-kata seorang pakcik di stesen bas Rompin baru-baru ini kepada P.I...”mu orang muda..mu tak tahu mende...dulu orang UMNO lah yang merdekakan Malaysia ni...mu takdok lagi masa tu...jadi yang mu cerita keburukkan UMNO pada aku wat mende...aku tetap sokong UMNO sampai bila-bila...UMNO banyak duit...Pas apa ada?”

Wow...bisa juga pakcik ni......lalu P.I pun jawablah macam ni...
”saya tak nafikan UMNO yang berjuang memerdekakan Malaysia ni...tapi tu 50tahun dulu...sekarang ni cuba pakcik tengok apa yang UMNO buat dalam memperjuangkan Islam?isu murtad apa tindakan UMNO?gejala sosial apa tindakan UMNO?”

Lalu pakcik tu jawab balik...

“yeke ada isu murtad?napa dalam berita dengan surat kabo tak dok tulih pun semua tu?”

P.I pun bertanya kepada pakcik tu semula.

“Pakcik tengok berita tv berapa?baca surat khabar ape?”

Pakcik tu sekali lagi menjawab.

“aku tengok berita TV3 la....baca Utusan Malaysia...”

Mendengar jawapan pakcik itu,P.I tersenyum sendirian...dalam hati P.I berkata sendiri,patutlah hati pakcik ni rendam clorox pun warna biru tak akan luntur rupanya dah sekian lama minda dan hatinya telah diracun dengan sarapan pagi Utusan Meloya,makan tengahari dan malam dengan TV3 suku.....Malaysia...oh...Malaysia...sungguh indah demokrasimu Malaysia......

Monday, April 14

Mufti Perlis nasihat pemimpin bertaubat, mohon maaf pada rakyat


oleh :Azamin Amin


KUALA LUMPUR, 13 April (Hrkh) - Pilihan raya lalu membuktikan bahawa rakyat mengundi untuk kebaikan negara malah mahukan perubahan ke arah yang lebih positif, adil dan telus. -->-->
Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin berkata usaha-usaha ke arah hasrat tersebut kelihatannya sedang giat dilakukan di mana kerajaan pusat juga telah merangka berbagai cadangan dan gagasan agar ketelusan dan keadilan dapat dilaksanakan.
"Begitu juga sesetengah kerajaan negeri yang baru dan yang lama. Sokonglah usaha-usaha yang baik serta berikanlah kritikan yang membina," katanya dalam rencana Pena Mufti yang disiarkan Mingguan Malaysia.
"Politik bukan untuk membalas dendam atau ruang mencurahkan emosi yang tidak sudah-sudah. Sebaliknya, berpolitiklah untuk keadilan dan kebahagiaan kehidupan manusia di dunia dan akhirat," katanya.
Dalam pada itu beliau turut mengingatkan peristiwa pilihanraya yang lepas, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh pihak pemerintah bagi mengeluarkan diri dari krisis dan kegawatan politik yang saban hari mengganggu rakyat adalah dengan cara bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha.
"Segala kesalahan, ketidakadilan, ketidaktelusan, kecuaian atas tanggunjawab yang Allah amanahkan selama ini hendaklah benar-benar insaf dan memohon ampun daripada Allah.
Kata Dr Asri, pasca politik kini adalah ujian untuk kepimpinan negara dan bukan masa untuk menunjukkan ego, atau mencari-cari kesilapan pihak lain sebaliknya melupai dosa-dosa politik yang pernah dilakukan.
"Kita ingin mendengar kepimpinan memohon kemaafan kepada rakyat di atas segala kesilapan yang pernah berlaku sepanjang pentadbiran yang lalu. Inilah yang akan mendatangkan keberkatan dan menimbulkan rasa hormat rakyat.
Dalam laman web drmaza.com beliau juga menjelaskan bahawa para pemimpin adalah contoh untuk sekelian rakyat dan diperhatikan malah kemewahan yang tidak betul cara akan menimbulkan tanda tanya.Ini termasuklah sikap dan perwatakan para pemimpin yang dipersoalkan, kata Dr Asri.
"Demikian jugalah anak isteri mereka. Gaya yang berlebih-lebihan membuat rakyat merasa jelak. Ada yang sehingga ketika artis hindustan datang ke Malaysia yang terlebih Bollywood dari Bollywood. Sedangkan dia isteri orang besar," katanya dalam laman web terbabit.
Ramai pemimpin seketika dulu merasakan mereka manusia kebal yang tidak mungkin ditumbangkan sedangkan mereka lupa bahawa rakyat sedang merasa mual,katanya.
Malah jika pemimpin bercakap soal Islam, hendaklah dibuktikan menerusi percakapan, pendekatan, sikap dan juga pakaian anak isteri.
Sementara itu beliau mengakui banyak perkara yang patut diberi komen berhubung konsep Islam Hadhari namun menangguhnya terlebih dahulu dan akan menjelaskan dalam buku yang bakal di tulisnya.
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang 'seribu kekeliruan itu'.
"Saya akan menulis tajuk khas mengenainya, insya-Allah. Apa yang penting banyak perkara perlu dibetulkan. Bertaubat!," katanya. - mks.


Saturday, April 12

Isu Babi =Kita lihat siapa yang kena

Oleh Radenjowo



Orang Morib memang dah tak boleh tahan dengan bau babi dan pencemaran pantai di sana. Kawasan sekitar pendudukan kaum Melayu dan Cina terutamanya dan kawasan Pantai Tanjung Sepat. Beberapa tahun dahulu, sudah di hebohkan di TV3. Tapi ianya tiba tiba senyap terus dari media sehingga hari ini. Bila isu RM100 juta kandang babi moden timbul, semua orang dipaksa melonjak. Yang sudah lama hilang, sudah mula kedengaran kembali. Pihak pihak berkenaan meloncat sampai lupa pekung siapa yang sedang dibongkar. Media pun tiba tiba rajin dedah itu dan ini. Tujuannya tidak lain untuk mempertikaikan tindakan kerajaan baru.



ISU BABI: KITA LIHAT SIAPA YANG KENA











BUSUK... Ketua Kampung Tumbuk, Sepang, Mohd. Tarmudi Tushiran (baju hitam) bersama penduduk kampung terpaksa menutup hidung kerana tidak tahan bau busuk sisa najis babi yang dibuang terus melalui pembetung ke Pantai Morib, semalam. Sisa kumbahan itu boleh mengancam industri dan projek pelancongan di pesisiran pantai sekitar Sepang. Laporan lanjut Utusan Meloya KLIK



Imej diatas menjelaskan betapa kawasan Sepang dan Morib sudah lama tercemar. Ia terhasil bukan di dalam 3 hari atau 3 minggu tetapi bertahun tahun yang laluYang kelakarnya ...... Pilihanraya pada 8 Mac yang lalu, TS Khalid Ibrahim pegang jawatan 13 Mac dan anggota exco baru sahaja angkat sumpah pada 24 Mac, tidak sampai sebulan dan isu babi yang diwar-warkan pada sekitar minggu ini seolah olah Kerajaan PR sudah lama memerintah. Pilih kasih atau menolak kehendak rakyat. Itu kata media dan NGO.



Penduduk Tanjung Sepat yang wak temui bersyukur. Mereka Sedar, pekung siapakah yang media sedang buka sekarang. Betul atau tidak, jadi atau batal, yang penting rakyat sudah kembali buka mata. Pantai Tanjung Sepat sudah hampir 15 tahun menyepi. Semuanya gara gara air kotoran najis babi mengalir ke sana. Kalau dulu Tanjung Sepat tempat ikan mendarat dan bersiar siar, tetapi ia sekarang sekadar laluan bot dari laut. Tidak boleh beriadah atau berlepak lepak kerana kawasan sudah lama rosak.



Kerajaan Negeri Yang lalu, cuba membuka pantai MORIB yang baru untuk mengganti kawasan tersebut dan menjauhkan jarak dari kekotoran sebenar. Sehingga sekarang, yang penduduk jati pantai Morib tidak berani bermandi manda di pantai sana. Bilik air disediakan. Sabun pun ada dijual. Semuanya untuk digunakan oleh pengunjung luar yang tidak tahu cerita sebenar. Kalau ada yang mandi dan berkumur kumur dengan air laut diMorib sebenarnya Najis babi sudah masuk ke mulut mereka. Orang kampung hanya melihat sambil tersenyum penuh rahsia.Kini harapan timbul kembali. Sudah lama BN tutup kisah ini, dan sekarang tanpa sedar bantahan NGO terhadap kerajaan Negeri yang baru, serta data data bersangkutan untuk dijadikan bahan cerita media arus Pedana.Kita buat sedikit perbandingan. Akibat mahu pilihanraya, isu Babi di Melaka ditutup. DS Najib, Timbalan PM kata ianya sudah selesai. Tapi hakikatnya babi tidak berkurang, malah sampai sekarang ia masih membiak dan membiak. Tanah kerajaan turut digunakan secara haram. Tapi semua ini tidak lagi menjadi isu kerana media dikawal oleh Kerajaan BN.



Tutup semua cerita dan rakyat pun tutup mata. Karam Singh Walia pun dilarang kesana. Dihantar keluar negeri untuk buat liputan tentang lain cerita.Kerajaan negeri Selangor tidak sampai 3 bulan ditubuhkan, serangan bertali arus terus dilakukan. Yang penting kritik dan terus kritik. Inilah dinamakan serangan membabi buta. Baling batu bertubi tubi, tapi tidak tahu batu jatuh ke mana. Kita lihat kesudahannya. Kalau ditanya pendapat, wak akan kata tidak setuju biar cerita berpanjangan. Biar semua aib Kerajaan BN didedahkan. Lagi panjang tempoh, lagi banyak cerita. Mungkin ada yang bertepuk dahi sekarang kerana sedar keburukannya sudah di dedahkan. Rancangannya lain, jadinya lain. Serang sana tapi sini yang kena.



SUMBER: http://www.tranungkite.net/

Khir Toyo pinjam RM 100 juta untuk Universiti Industri Selangor?




Khir Toyo (kerajaan Selangor dahulu) telah meminjam RM100 juta untuk diberikan kepada unisel tapi unisel hanya dapat RM15 juta. Khir Toyo perlu jawab!Beberapa minggu selepas pilihanraya umum lalu, PAS dan PKR kawasan Machang, Kelantan telah mengadakan majlis kesyukuran dan ceramah atas kemenangan PAS/PKR. Penceramah pada majlis tersebut antaranya ialah YB Saifuddin Nasution, ahli Parlimen Machang, Kelantan.
Dalam ceramah tersebut, YB Saifuddin Nasution telah mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor di bawah Khir Toyo telah membuat pinjaman sebanyak RM100 juta dengan Affin Bank. Alasannya ialah untuk diberikan kepada Universiti Perindustrian Selangor iaitu universiti milik kerajaan negeri Selangor. Tetapi malangnya Khir Toyo menyerahkan hanya RM15 juta sahaja kepada Universiti Industri Selangor. Persolannya, ke manakah perginya RM85 juta lagi? Hanya Khir Toyo sahaja yang tahu.
Mana buktinya? Buktinya ada. Dokumen bank sudah berada di tangan Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang.
Menurut YB Saifuddin Nasution, beliau akan mendedahkannya dalam sidang parlimen akan datang.
Persoalannya, ke manakah perginya RM85 juta? Sekiranya saudara mengetahui ke mana perginya duit tersebut, sila dedahkan kepada umum. "


Friday, April 11

PETIKAN BERITA:-"Modern Pig Farming" Atasi Pencemaran Alam | Selangor



pemuda insaf : Diharap pelawat dan pembaca dapat menilai sendiri dimana kebenarannya.Jangan terlalu mempercayai kenyataan dan berita dari sumber media arus perdana kerana selama ini mereka memang terbukti berbohong.Sebagai langkah alternatif,P.I siarkan disini petikan berta dari TV Pas.com.

Email Pembaca:-PRU 12,pengalaman yang sukar dilupakan


Assalamualaikum..


Hari ini P.I ada menerima email dari seorang pembaca yang ingin berkongsi cerita mengenai PRU12 baru-baru ini.Bagi pihak BPI,jutaan terima kasih P.I ucapkan kerana sudi melawat blog ini serta mengirim email kepada BPI.


Sebagai janji,disini P.I menyiarkan email tersebut untuk berkongsi cerita dengan pelawat dan pembaca-pembaca sekalian.Selamat membaca....


Pertama kali saya masuk ke blog saudara rasa seram sejuk ..apa tak nye tgk gambar pemuda menutup muka cam kat negara tok arab.Persepsi saya ialah saudara memang seorang pejuang politik PR.Tahniah dan syabas kerana orang cam anda lah yang membantu kemenangan besar PR dalam PRU lepas.

Sekadar berkongsi cerita..

Saya berasal dari Kulim,Kedah.DUN Merbau Pulas( N33),Parlimen Padang Serai(P17).
Kawasan kubu kuat puak yang kalah tempohari.(Maaf sbb saya tak suka sebut nama puak tu..)
Selepas parlimen bubar tempohari UPU kami cukup sibuk..cam PRU sebelumnya.Apa tak nyer sejak tahun 1962 UPU kami tak pernah menang .Setiap malam selepas solat isyak tak kurang 20 pemuda kg (samada yang boleh ngundi @ tak )sama-sama bergotong royong pasang bendera/poster hingga 3 pagi hampir sepanjang tempoh kempen.

Apa yang saya nak berkongsi di sini adalah…pada malam sebelum hari ngundi saya tak boleh lelap mata hingga jam 5 pagi.Rasa semangat semacam.Meremang bulu roma saya .Saya ditugaskan sebagai PACA keesokan harinya.Tanpa rasa segan/malu saya mengenakan long sleeve&tali leher bersama 3 orang lagi rakan.Terkebil - kebil biji mata SPR hari tu.Orang kampong cam kami ni pakai tali leher ..he..he..he.( cuma nak provokasi SPR kat dalam bilik tu supaya buat kerja betul-betul )Jam 5.55 ptg barong kami jadi cam pesta rakyat bila keputusan pertama di umumkan.Parlimen P17 Padang Serai di menangi oleh YB Gobalakrishnan.Bertempik sorak macam menang bola lagaknya.Jam 6.30 petang keputusan N33 Merbau Pulas di umumkan kali ni kami menangis beramai-ramai kerana hasil usaha kami berbaloi menang lagi di peringkat UPU kerana sejak 1962 UPU kami tak pernah menang.

Malam tadi sempat kami berbincang langkah untuk hari ni…melawat kampong untuk semak jalan yang perlu di turap(tak termimpi saya sebelum ni )serta lampu-lampu jalan yang perlu di adakan.
Kekadang rasa mcm tak percaya …PAS yang tak pernah menang N33 boleh pimpin Kedah..
Tabik pada YB Siti Aishah kerana komitmennya pada kami selepas PRU ini..inilah pemimpin yang di cari.

Takbirr….

( maaf kalau tersilap masuk blog ni)
pemuda insaf : terima kasih diatas perkongsian saudara.Jika ada cerita dan pengalaman yang
ingin dikongsi lagi sila lah email kan lagi.Saudara tidak tersalah blog
sebenarnya,kerana memang matlamat BPI untuk memperjuangkan suara rakyat
tidak kira apa pun jua ceritanya.

ISU BABI...MARI KE BATANG BERJUNTAI

Oleh gman68

Kini media massa begitu hebat membangkitkan isu kelulusan ladang ternakan babi di sepang selangor.Terdapat dua kenyataan yang berbeza dari dua orang no. 1 dan bekas orang no.1 di Selangor.Seorang dari bekas MB Selangor dan seorang dari MB Selangor yang baru. Kenyataan dari bekas MB ialah beliau tidak pernah meluluskan projek babi pada "skala yang besar"... dan MB Selangor pula menyatakan projek ternakan babi itu telah diluluskan oleh bekas MB Selangor yang terdahulu. Beliau berkata projek itu adalah dari kesinambungan kerajaan terdahulu. Persoalan nya ialah siapa yang meluluskan??? Bukan kecil atau besar skala projek yang dipertikaikan. Kenapa pelbagai pihak menuding jari kepada kerajaan yang baru berusia sebulan?? Apakah kerajaan yang telah berkuasa selama 50 tahun itu tidak pernah melakukan sebarang kesilapan? Apakah projek tersebut tiada kena-mengena dengan kerajaan dalulu?Isu babi sememangnya begitu sensitif bagi umat islam keseluruhannya.Bukan hanya orang UMNO saja yang sensitif.

Tetapi mengapa kah isu ini begitu sensasi?? Kerana ianya mempunyai agenda yang tersembunyi dan ingin menuduh parti yang memerintah sekarang menghalalkan babi.Apa yang ingin dibawakan disini ialah sedarkah wahai orang-orang yang mendakwa kononnya prihatin tentang pencemaran babi bahawa di Batang Berjuntai(kini Bestari Jaya) terdapat sebuah pusat pemprosesan babi yang terbesar di Asia? Siapa yang meluluskan agaknya pembinaan pusat memproses babi itu??Apakah kerajaan yang ada sekarang?Ianya telah beroperasi sekian lama.Bukan kah pembinaan pusat memproses babi itu mesti mendapat kelulusan dari kerajaan negeri pada masa itu?Apa yang ingin diutarakan, kita bukan mempertikaikan tentang pembinaan pusat memproses babi tersebut,akan tetapi lokasi tempat tersebut yang di kira tidak sesuai dan boleh mendatangkan kecurigaan kita.

Untuk makluman,pembinaan pusat memproses babi itu adalah berhampiran dengan Sungai Selangor...dan dihilir sungai kira-kira 3 kilometer,terdapat 4 buah Loji Pembersih Air yang membekalkan air kepada penduduk Selangor dan sebahagian dari Kuala Lumpur.Persoalannya mengapakah kerajaan selangor dibawah pimpinan Khir Toyo meluluskan pembinaan pusat memproses babi tersebut pada masa itu?Apakah beliau benar-benar yakin bahawa air sisa kumbahan dari pusat babi tersebut tidak akan mencemar sungai selangor..dan sekaligus mencemar kan sumber air untuk bekalan penduduk selangor???Jarak yang terlalu hampir dengan Loji Air boleh dibuat pusat memproses babi??Kenapa tidak dibuat pusat memproses babi tersebut dihilir sungai dan jauh dari Loji Air?Apakah telah dikaji dari berbagai sudut tentang risiko yang bakal dihadapi? Siapa yang nak jawab?Khir Toyo?atau TS Khalid?

Andai kan lah sisa kumbahan tersebut mencemar sungai yang menjadi sumber air kita..sanggupkah kita meminum air dari sisa kumbahan babi??Memandangkan jarak antara Loji Air dengan pusat babi tersebut terlalu hampir,tidak mustahil ia akan berlaku.Mana mereka-mereka yang berdemo di Sepang???? Kenapa tidak berdemo di Batang berjuntai??? Adakah kita tahu pusat babi tersebut tidak mencemar sungai yang menjadi sumber bekalan air di Selangor?Adakah segala aktiviti pusat babi itu dipantau dengan sebaiknya???Jangan kita hanya pandai menuding jari atau baling batu sembunyi tangan.Sepatutnya kes ini lah yang diperjuangkan oleh anda..dikuatiri sumber air minum kita pada bila-bila masa saja boleh dicemari oleh sisa babi. Apa hukumnya meminum air dari sisa kumbahan babi seperti najis dan darah babi?? Siapa nak jawab?"

SUMBER: www.tranungkite.net

Cerita sebenar disebalik kisah babi di Selangor


Oleh boloqaroq

SHAH ALAM 7 April - Semua tiga Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari parti Pas tidak menghalang pelaksanaan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta di Sepang. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali berkata, Pas menyokong projek itu selagi ia tidak mencemarkan alam sekitar. "Kita tidak ada masalah, kita sokong. Kita orang Islam hanya diharamkan daripada memakan daging babi tetapi orang bukan Islam pula mereka makan babi. Itu hak mereka. Kita sangat rasional untuk kegunaan mereka," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Pusat berkata demikian ketika ditemui sewaktu mengiringi pertemuan antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini hari ini. Dua lagi Exco Selangor dari Pas ialah Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali yang memegang potfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam manakala Iskandar Abdul Samad ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan. Menurut Dr. Halimah, pihaknya menyokong semua projek yang baik serta menepati piawaian antarabangsa dan keadaan itu berbeza dengan penternakan babi di Melaka yang mencemarkan alam sekitar. "Masalahnya sentimen orang Melayu seolah-olah babi lebih besar dosanya daripada rasuah dan jenayah, pada hal kita tidak boleh makan sahaja, pegang pun boleh tetapi nak kena samak," katanya.

Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok yang mengesahkan kerajaan Selangor meluluskan projek itu pada mesyuarat Exco, Rabu lalu. Teresa berkata, Selangor berhasrat untuk menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden. Sementara itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menyokong semua aktiviti pertanian di negeri ini sekiranya menepati syarat-syarat. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu esok.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari dalam nada berbeza menjelaskan, projek penternakan babi itu adalah kesinambungan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan masih belum diluluskan oleh kerajaan negeri sekarang. Katanya, ketika ini projek itu yang pernah ditolak oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar mengusahakan ladang babi sahaja menyertai program penternakan moden berpusat itu.

"Saya diamanahkan untuk mengkaji balik isu ini bagi memastikan semua penternak babi di Selangor terlibat dan selepas ladang moden ini diluluskan, tidak ada lagi ladang ternakan babi lain di mana-mana kawasan di Selangor," katanya. Sehubungan itu, beliau akan menemui semua penternak babi di Selangor dan membawa perkara berkenaan ke MTES untuk diluluskan sebelum dibawa ke mesyuarat Exco. Menurutnya, pelaburan berjumlah RM100 juta termasuk kos pengambilan tanah, disediakan oleh pelabur tanpa melibatkan wang kerajaan negeri manakala babi yang diternak pula hanya untuk keperluan di Selangor dan bukan dieksport. "


Wednesday, April 9

Jawapan kepada isu b*** di Selangor


Assalamualaikum....

Selepas membaca beberapa artikel dari blog proUMNO,P.I rasa sudah menjadi tanggungjawab P.I untuk memberi penerangan yang samarata kepada golongan rakyat mengenai isu ini.Disini P.I sertakan satu artikel dari blog proUMNO iaitu http://suaralantangjejaka.blogspot.com/ mengenai isu ladang b*** ini.


PAS Dicemari Isu Babi?
Oleh: ANAKomak
Jika dahulu PAS begitu lantang membicarakan isu babi di Melaka, bagaimana pula dengan isu rampasan tanah yang dilakukan oleh sekutu mereka, PKR dan DAP yang kini semakin rakus untuk berbakti kepada tanah dengan memperluaskan lagi ternakan babi di Selangor.

PAS dengan mudah menabur janji, bahkan PAS kini sudah lupa pegangan dan perjuangan mereka sebenarnya.Tanpa sedar, hari ini kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim telah meluluskan rm100 milion dana bagi ladang penternakan babi di negeri ini.Relevannya, jika PAS masih berpegang kepada prinsip Negara Islam mereka, mengapa tidak diserang sahaja Khalid yang bertindak sedemikian? Apakah PAS dibawah kuasaan Hadi Awang sudah hilang taring terhadap ‘pakatan rakyat’ mereka ini?Sesungguhnya kita tidak hairan jika PAS bacul untuk menindas perbuatan keji Khalid kerana PAS di Selangor umpama melukut ditepi gantang sahaja.

Masakan tidak! Sedangkan kita tahu Anwar Ibrahim kini telah memujuk PAS agar hentikan sahaja niat menubuhkan Negara Islam dan jawapan yang diterima ialah anggukkan Hadi Awang.Keperibadian PAS sendiri diconteng oleh pemimpin mereka dan mustahil dalam hal terbaru di mana kerajaan campuran Selangor kini sedang mengganas dengan merobohkan premis-premis milik orang melayu tanpa usul periksa tetapi rundingan damai pula dilakukan terhadap penternak-penternak babi.Di manakah suara perjuangan PAS ketika ini? Adakah sudah ditenggelami dengan sogokan PKR yang ternyata berbeza ketika PAS gah dan lantang mengutuk, memaki dan menyalahkan kerajaan Melaka satu ketika dahulu?

Pas sudah tidak relevan dan sudah tidak sepatutnya wujud lagi di arena politik kerana perjuangan mereka adalah perjuangan palsu dan sia-sia.PAS kini mengikut telunjuk Anwar Ibrahim agar PAS menamatkan manifesto kebajikan, melupakan matlamat sebuah Negara Islam dan menyokong penuh ladang babi diperluaskan.Di manakah hala tuju PAS yang sebenar? Kebiadapan PKR dan DAP yang menyelar niat murni PAS untuk mewujudkan Negara Islam telah dipandang remeh dan dihina secara terang-terangan.Jika begini kesudahan PAS, wajarlah kita menolak sahaja kewujudan PAS di Negara ini kerana tiada sekelumit pun nawaitu mereka mempertahankan hak Melayu dan Islam.Jika begini persepsi PAS di Selangor, sia-sialah rakyat memberi mandat kerana hanya bertuankan Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim maka Pas Selangor perlu dikuburkan..

posted by Suara Jejaka Lantang @
4/08/2008


Dan disini P.I sertakan pula jawapan kepada isu itu yang P.I petik dari http://www.harakahdaily.net/ agar rakyat jelata dapat menilai dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak.



Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor mengenai projek ternakan babi



Harakahdaily Wed Apr 09, 08 7:04:10 am MYT
Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu. -->-->
Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Dato' Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008.
Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.
Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.
Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming.
Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.
Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar 'one stop' yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.
Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.



Jadi setelah membaca,pembaca nilai lah sendiri.....


RENUNGAN BERSAMA:Hati hati selepas melawat orang meninggal

Oleh speedganu

assalamualaikum...

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan.

Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. "

Sumber : www.tranungkite.net

Tuesday, April 8

RENUNGAN BERSAMA:Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..


Assalamualaikum..


Disini P.I postkan satu email yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca kepada BPI.Bacalah sepenuh hati dan renung-renunglah sedalam-dalamnya...Selamat membaca.....


Assalamualaikum....

Mak.....Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,

Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa laginih....

Mak tau tak.....

itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiterdewasa.....

dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....

nak tinggal kan anak2 mak.....

nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu.....

mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....

Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....

tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....

kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .....

kengkadang siaran indonesia ...

mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak kekuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....

pastu mak jemur karpet-karpet. ..

pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..

mak biarkan ruang tu kosong..

rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....

ada kat dalam dalam beg.....

ada dalam ASB.....

ada kat dalam Tabung Haji..

mak cakap tak berapa cukup lagi....

ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...

kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...

mak cuma gelak jer...

eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....

bila malam tu kiter sampai dari KL.....

mak dah dalam kesakitan

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....

mak tetap takmau pi hospital.... .

dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....

tapi kiter berkeras juga pujukk..

nanti di hospital ada doktor...

ada ubat untuk mak..

kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..

mak memang degil..

tak salah,

anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....

mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit

kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital....

Mak.....

amponkan kami semua...

kami nak mak sehat...

kami sayang mak...

kami tak mau mak sakit...

kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....

ampon kan kami yer mak....

Mak......

Malam itu abang bawa mak ke hospital

dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...

Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,

kiter kata nak beli kereta....

Mak asyik tanya ajer..

cukup ker duitt..

kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...

mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....

mak buat kenduri kesyukuran.. ...

Dan kiter masih ingat lagi...

bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....

Punya la kiter takut...

kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......

Bila balik sahaja kampong....

kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....

Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...

mak tanya kenapa...?

Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...

Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...

mak,

kiter menipu mak kan ...

ampon kan kiter....

Mak.....

Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006

Bila tiba aja kat hospital....

nurse tengah balut mak dengan kain putih.....

mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...

Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....

Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak.....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...

mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaanseparuh sedar...

Adik kat sebelah diam melayan perasann...

Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...

jalan di depan terasa makin kelam.....

airmata dah tak mampu di tahan....

Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...

Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..

kosong. ...sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.......

terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....

Kiter masih ingat lagi...

Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...

Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....

Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....

Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....

Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buatgitu...jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...

lagi laaaa laju airmata ni..

tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....

kiter nangis ni.....

Ni kat dlm bilik...

baru pukul 4.00 pagi....

Takder orang yang bangun lagi.....

kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...

kiter rindu kat mak..!

Takpa la.....

nanti bila kita selesai sembanyang subuh,

kiter baca yassin untuk mak...

mak tunggu ya..!

Mak..

Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...

menatap wajah mak buat kali terakhir....

Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...

Mak rasa tak....

masa tu kiter sentuh dahi mak....

kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......

Kiter tak mampu nak cium mak...

kiter tak daya....

kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....

Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...

tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....

Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...

badan akak terasa panas...

makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...

cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanahperkuburan.. .

Mak.....

Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...

Begitu terasa kehilangan mak....

boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...

Dan sampai satu tahap....

masa tu malam jumaat selepas maghrib...

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....

entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...

tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan...

memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...

Kiter rasa nak telefon mak...

nak cakap dengan mak....

anak mak yang ni dah tak betul kan ...?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...

Kiter cakap dengan kakak..

kiter nangis lagi...

Puas la kakak memujuk kiter...

Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..

di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...

rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....

Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...

hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....

cukup la sampai sini dulu....

kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....

kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...

selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....

kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...

esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....

Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...

pastu kawan kiter bgtau...

simpan je buat kenangan..

Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...

kiter kasi orang lain baca...

Kiter stop dulu...

sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...

akhir kata untuk mak,

I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...

memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..

sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...

boleh rasa duduk kat negara orang...

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Yang Benar

Anak mak yang dah tak degil


surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasaibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusahadalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2( bg yg sudah memiliki cahaya mata) supayaanak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini,insyaAllah. Terima kasih saudara umar zahrawi kerana menghantar surat inikepada Kami. Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup .... di KolejYayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.


oleh:hamba Allah


pemuda insaf :Mmmm...semua sudah selesai membaca kan?kesat lah airmata dipipi anda tu dulu...yang masih ada ibu tu,masih belum terlambat untuk menelefon dan bercakap dengan ibu anda.Jika anda ada salah dan silap atau perselisihan faham dengan ibu anda,peluang untuk memohon ampun masih terbuka untuk anda...ayuh....hubungi mereka sekarang sebelum terlewat waktu...

Media cuba keruhkan hubungan Pakatan Rakyat

Oleh IbnuQayyim

KOTA BHARU, 7 April (Hrkh) - Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Dato' Ahmad Yakob melahirkan rasa kesal di atas laporan akhbar yang dianggap menyimpang daripada kenyataan asalnya mengenai isu Pakatan Rakyat. Katanya, beliau tidak bermaksud mahu parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat dipaksa menerima PAS sebagai tunjang kepada pakatan yang baru dibentuk.
"Pakatan itu masih lagi di peringkat awal yang dipersetujui semua parti pembangkang termasuk PAS, KeADILan dan DAP. Jadi soal siapa yang perlu mengetuai pakatan itu belum diputuskan.
"Sesiapa pun boleh mengetuai pakatan tersebut apabila ia dipersetujui semua ahli dalam pakatan yang dibentuk," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kota Darulnaim, hari ini.
Sebelum ini akhbar melaporkan Ahmad menyebut PAS wajar menjadi tunjang Pakatan Rakyat yang dibentuk parti-parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuh sebuah negara Islam.
Bagaimanapun kenyataan itu disifatkannya ditulis mengikut persepsi wartawan itu sendiri dan bukannya menulis apa yang dicakap.
Menurutnya dalam kenyataannya sebelum ini tidak pernah pun disebut soal negara Islam sebagaimana dilaporkan.
Kata beliau apa yang diutarakan sebenarnya mahu memberi masa kepada mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat faham mengenai konsep pentadbiran berteras Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu.
"Tidak dinafikan kita memerlukan masa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak mengenai konsep pentadbiran Islam yang dibawa PAS.
"Buat masa ini biarlah semua ahli dalam pakatan faham sebelum sesuatu itu dilaksanakan. Ini kerana pakatan yang dibentuk dilihat sudah diterima rakyat," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Haji Anual Bakri Harun berkata, isu pertelagahan di antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat sengaja ditimbulkan media massa bagi menenggelamkan perpecahan dalaman Umno yang berlaku sekarang.
Katanya, media harian milik Umno dan BN sengaja membesar-besarkan isu pertelagahan dalam Pakatan Rakyat, sedangkan pada hakikat ia tidak berlaku.
Buat masa sekarang tidak timbul siapa yang akan menerajui Pakatan Rakyat kerana ia masih baru dan di peringkat awal lagi. Ahli-ahli parti hendaklah menyerahkan perkara itu kepada pemimpin atasan. "Belum sesuai lagi kita mahu mengutarakan pandangan peribadi masing-masing mengenai Pakatan Rakyat. Sekarang adalah masa untuk bekerja selepas diberi mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu," ujarnya. - "

SUMBER : www.tranungkite.net

Siri Sejarah Perjuangan Politik PAS


PAS Di Bawah KepimpinanTuan Haji Ahmad Fuad Hassan (Ogos 1951 – Sept. 1953)


SEBELUM memimpin PAS, Tuan Haji Ahmad Fuad bin Hassan merupakan salah seorang ulama yang menjadi ahli UMNO. Beliau terlalu sikap ghairah dan cemburu kepada ketinggian mutu amalan agama lslam dan kesuciannya serta cenderung kepada soal-soal politik tanahair dan kemerdekaan negara.
Atas sifat cemburu dan kecenderungannya kepada ketinggian lslam inilah yang menyebabkan beliau dan beberapa rakannya dalam UMNO ketika itu menentang keras beberapa usaha yang dilakukan oleh pemimpin UMNO yang bercanggah dengan nilai-nilai dan kesucian lslam seperti menganjurkan loteri, mengadakan ‘fun-fair’ dan sebagainya. Malah beliau sanggup meninggalkan perjuangan UMNO sekiranya perkara-perkara mungkar tersebut terus diamalkan oleh parti sekular itu.
Dalam situasi ini, beliau telah mengemukakan pandangan untuk menubuhkan sebuah kesatuan ulama yang bertujuan untuk menyatukan seluruh alim ulama serta mewujudkan satu perikatan di kalangan umat lslam yang berani menasihati dan menegur pucuk pimpinan UMNO atau sekurang-kurangnya mengurangkan keleluasaan UMNO daripada melakukan amal usaha yang melanggar batas-batas hukum syarak serta peradaban lslam itu. Dan di waktu itu, beliau adalah merupakan Pengerusi Badan Agama UMNO. Tulisan beliau dalam Suara UMNO yang bertajuk “Ulama Malaya Belum Bersatu & Belum Mempunyai Organisasi” telah menarik perhatian umum.
Atas inisiatif beliau, akhirnya pada 15hb Ogos 1951, satu persidangan alim ulama telah berjaya di adakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan tuntutan tersebut serta merangka perlembagaannya. Seterusnya pada 24hb. November 1951, Muktamar Ulama Kali Ke-3 telah di adakan di Seberang Prai (Bangunan UMNO Bagan) dan persidangan ini telah berjaya menubuhkan Persatuan Ulama Se-Malaya dan seterusnya ditukarkan kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) atas persetujuan ramai.
Menjelang persidangan tersebut, UMNO sedang bergolak - menghadapi krisis kepimpinan dan perpecahan mengenai isu kewarganegaraan dan penyertaan orang bukan Melayu di dalam UMNO yang dicadangkan oleh Datuk Onn Jaafar. Datuk Onn telah mengambil jalan dengan keluar daripada UMNO apabila gagasan yang dicadangkannya itu telah ditolak oleh UMNO. Tuan Haji Ahmad Fuad yang berasal daripada Terengganu telah dicalonkan sebagai Yang Dipertua Agung UMNO bagi menentang Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Sungguh pun kecenderungan masyarakat pada masa itu ada bersama-sama Islam, namun kepimpinan UMNO dapat dirampas oleh kepimpinan sekular yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman. Mungkin salah satu sebab kemenangan Tunku Abdul Rahman itu ialah sentimen orang Melayu kepada raja ketika itu atau kepintaran penyokong-penyokongnya dalam mengatur strategi politik yang berkesan untuk mempastikan kejayaannya.
Penubuhan PAS – yang dipimpin oleh Tuan Haji Ahmad Fuad telah mendapat sokongan daripada rakyat khasnya masyarakat Melayu ketika itu. Majalah Qalam yang diterbitkan di Singapura ketika itu telah menyuarakan harapan agar PAS dapat mempertahankan hak dan kemuliaan agama sama ada dalam perkara siasah/politik mahupun hal ehwal umum.
A.Samad Said dalam satu tulisannya pernah menyebut bahawa penubuhan PAS (yang diilhamkan oleh Tuan Haji Ahmad Fuad) pada tahun 1951 adalah agak menarik. Pertama kata A.Samad Said, PAS berjaya ditubuhkan walaupun suasana negara ketika itu sedang dilanda pergolakan dan gelora darurat Dan kedua, penubuhan PAS ketika itu telah direstui sendiri oleh UMNO.
Akhbar-akhbar terkemuka ketika itu juga turut mengalu-alukan penubuhan PAS. Walaupun berlaku perdebatan mengenai baik buruknya golongan ulama menubuhkan sebuah parti politik Islam daripada hanya sekadar menubuhkan sebuah pertubuhan yang terkhusus kepada golongan ulama sahaja, namun fikiran umum ketika itu lebih cenderung mendorong ulama menubuhkan sebuah parti Islam yang bercorak politik dalam mengisi kekosongan untuk menuntut kemerdekaan negara.
Di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad, PAS telah mula berkembang. Terdapat beberapa cawangan PAS yang berjaya ditubuhkan – antaranya termasuklah cawangan pertama, iaitu Butterworth pada 9hb. Mac 1952, Kuala Kangsar (10hb. April 1952), Perlis (2hb. Mei 1952), Kerian (6hb. Julai 1952) dan Kuala Lumpur – Selangor (13hb. Julai 1952). Sehingga Disember 1952 sahaja, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangan di seluruh Malaya dan Singapura.
Cawangan pertama PAS di kawasan Pantai Timur juga telah ditubuhkan di zaman kepimpinan beliau. Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus dan Ahmad Yatim telah berjaya menubuhkan cawangan PAS di Pasir Mas pada 23hb. Julai 1953.
Pada 4hb. Januari 1953, PAS telah mengadakan satu persidangan di Kepala Batas, Seberang Perai bagi membincang dan menetapkan arah tuju perjuangan politiknya. Dalam persidangan tersebut PAS telah memutuskan untuk berjuang bagi menegakkan sebuah negara yang merdeka menurut aspirasi Islam. Antara matlamat lain yang dicapai termasuklah:
1. Berusaha dengan kuat untuk memperkenalkan kepada rakyat akan kemerdekaan yang tulin serta menanamkan ke dalam jiwa mereka semangat kemerdekaan itu sambil menunjukkan cara-cara untuk mencapainya.
2. Berusaha dengan kuat memperkenalkan demokrasi yang sejati dan menyatakan faedah-faedahnya kepada negara dan umat Islam serta berusaha menanamkan semangat demokrasi tersebut ke dalam jiwa masing-masing sambil menunjukkan cara-cara bagi mencapai demokrasi.
3. Mengatur dengan kemas cita-cita merdeka PAS dan menjalankan tanggung jawab yang berkaitan dengan Agama Islam.
4. Berikhtiar memperkenalkan diri PAS (sebagai mewakili umat Islam Melayu) kepada alam Islamiah dan badan-badan kebajikan Islam seluruh dunia serta membuat perhubungan dengannya, sama ada dalam perkara-perkara kebajikan bagi Malaya khasnya dan dunia amnya.
5. Berikhtiar melaksanakan hukum-hukum Islam.
Pada 26hb. Ogos 1953, Muktamar Agung PAS Kali Ke-2 telah diadakan di Madrasatul Ulum, Bagan Datuk, Perak. Dalam muktamar tersebut, Tuan Haji Ahmad Fuad sekali lagi telah diberi mandat oleh lebih 600 ahli untuk terus memimpin PAS.
Di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad juga, PAS telah dijemput untuk menghadiri dua persidangan yang dianggap penting pada negara ketika itu, iaitu persidangan yang dikenali sebagai National Conference yang ditaja oleh Datuk Onn Jaafar bersama tujuh orang Menteri Besar dan National Convention yang ditaja oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj (UMNO – MCA).
Tujuan persidangan ini diadakan ialah untuk menyelaraskan usaha bagi mencapai kemerdekaan negara serta mencari satu formula dalam menyelesaikan beberapa perkara berbangkit seperti status kerakyatan, hak untuk mengundi dan sebagainya.
Ekoran daripada itu, satu Mesyuarat Agung Khas PAS telah diadakan di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada 23hb. September 1953 bagi menentukan sikap PAS dalam menghadapi kehendak-kehendak Ahli Jawatankuasa Agung pada masa itu yang berbeza-beza di antara yang menyokong National Convention dengan yang menyokong National Conference.
Hasil daripada mesyuarat tersebut, PAS telah menerima saranan yang dikemukakan oleh PAS Pasir Mas menerusi wakilnya Amaluddin Darus. Cadangan PAS Pasir Mas itu ialah mengambil sikap menyokong National Convention, tetapi tidak terikat kepadanya sekiranya langkah-langkah National Convention itu pada pendapat PAS akan merugikan bangsa Melayu amnya dan umat Islam khasnya. PAS telah menolak gagasan yang ditaja oleh Datuk Onn itu kerana pada pandangan PAS ia mengiktiraf kerakyatan dan persamaan hak bagi seluruh kaum yang ada di negara ini pada waktu itu.
Dengan itu, PAS bertegas tidak akan menyertai persidangan National Conference yang ditaja oleh Datuk Onn, tetapi akan menghadiri dan menyatakan pendapat di dalam persidangan National Convention yang ditaja oleh UMNO-MCA (Tunku Abdul Rahman).
Mesyuarat Agung Khas pada 23hb. September 1953 itu juga telah bersetuju untuk membebaskan PAS daripada dipengaruhi oleh mana-mana unsur/pihak – mengekalkan PAS sebagai sebuah organisasi yang bebas dan berdikari. Dengan itu, undang-undang tubuh PAS telah dicadangkan supaya dipinda bagi menentukan tidak ada orang yang menjadi anggota parti politik lain dibolehkan untuk dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Agung PAS atau pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan PAS.
Semasa di bawah kepimpinan Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, PAS masih berada pada tahap lemah dan kekurangan dari segenap segi. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan adalah merupakan rakan dan penyokong kuat kepada Datuk Onn Jaafar. Krisis UMNO-IMP (Independence of Malaya Party) sedikit sebanyak telah menjejaskan kepimpinan beliau di dalam PAS. Percubaan beliau untuk membawa PAS bekerjasama dengan IMP telah ditolak oleh ahlinya - menyebabkan kepimpinan beliau telah mula dipersoalkan dan dengan demikian juga telah memberi kesan terhadap perjuangan politik PAS.
PAS ketika itu juga telah diibaratkan seakan-akan ‘pucuk ru atau daun lalang’ yang sedia rebah ke mana sahaja angin bertiup.
Ekoran kegagalan beliau membawa PAS untuk bersama-sama dengan IMP pimpinan Datuk Onn Jaafar, Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan telah meninggalkan perjuangan politik PAS secara rasmi pada 26hb. September 1953 - seterusnya beliau menyertai IMP dan Parti Negara apabila IMP dibubarkan.

Gambar Lucu: Jawatan baru Samy Vellu...


Boikot Produk Dari Belanda/Dutch


Assalamualaikum…

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube. Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks. Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu. Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel . Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!! Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya. Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka. Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya. Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.


Antara produk-produk keluaran dari negara Belanda yang perlu diboikot:-


BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH

1. Dutch Lady - Susu

2.. Ferrero Roche - Coklat

3. Wall’s - Ais Krim

4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin

6. Lady’s Choice -Magerin

7. Lipton -Teh

8. Shell -Minyak

9. Knorr -Perisa Makanan

10. Dove -Mandian 1

1. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

12. Radiant -Deodoran

13. Rexona -Deodoran

14. Ponds -Produk Kecantikan

15. Kieldsens -Coklat

16. Slimfast -Produk Pelangsing

17. Lego -Kismis

18. Philips -Barangan Elektrik

19. Duyvis -Makanan Ringan

20. Gouda -Keju

21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

24. Labello -Lip Balm

25. Pickwick -Teh

26. Venz -Mentega Coklat

27. Kinder Bueno -Coklat

28. Unilever -Syarikat

29. Dumex -Susu Tepung

30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo

32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan

33. Lux -Mandian

34. Vaseline -Lip Balm

35. Cif -Pencuci Lantai

36. Surf -Pencuci Kain

37. Wishbone -Pencuci Kain

38. Doriana - Keju Krim

39. Bertolli -Minyak Masak

40. Clear -Shampoo

41. Breeze -Pencuci Kain

42. Sun -Pencuci Kain