Friday, May 9

BAYANGAN PAKATAN RAKYAT HANTUI MAHATHIR

Oleh : pemuda insaf

Baru semalam kita dapat lihat di Buletin Utama bekas PM,Mahathir menyeru kerajaan UMNO/BN supaya tidak memandang remeh tindakan pembangkang(Pakatan rakyat).Mengapa orang se-Gah Mahathir begitu bimbang dan cuak dengan kemenangan PR dibeberapa negeri dalam PRU12 baru-baru ini?

Bukan faktor beliau sayangkan UMNO sebenarnya yang memaksanya mendesak Pak Lah segera berundur.Itu cuma sekadar alasan yang cuba mengaburi mata rakyat sebenarnya.Beliau tidak sayangkan UMNO tetapi Mahathir kini tidak lena tidur memikirkan sekiranya Pak Lah lambat melepaskan jawatan,bimbang menjadi kenyataan 30 MP BN melompat ke PR,dan sekiranya ini berlaku maka orang yang layak jadi PM ialah Ds Anwar Ibrahim,insan yang dibunuh politiknya oleh Mahathir dengan keadaan yang cukup mengaibkan.

Maka seperti dibayangi kezaliman dirinya dimasa lampau,Mahathir begitu terdesak menggerakkan panglima-panglimanya bagi menjatuhkan Pak Lah secepat mungkin bagi mengelakkan kerajaan UMNO/BN tersembam kemuka bumi.Namun panglima yang diharapkan semuanya telah dikunci rapi oleh kuncu-kuncu Pak Lah.Najib telah dikunci dengan kes Altanthuya,Jamaluddin Jarjis pula dengan isu raba-meraba,manakala Mukhriz tidak dapat bertindak seorang diri tanpa sokongan seseorang yang dianggap core didalam UMNO.Pak Lah tidak akan mudah menyerah begitu sahaja.Belum cukup harta rakyat dirompaknya.Jika Mahathir boleh memerintah 22 tahun,cukuplah baginya jika dapat berkuasa sepenggal dua lagi sebelum kuasa diserahkan kepada menantunya.

Ini lah merungsingkan Mahathir.Segala perancangan liciknya dapat dibaca Pak Lah(lebih tepat lagi Khairy Jamaluddin) pada kali ini.Di atas peperangan sesama sendiri didalam UMNO ini dapat dilihat semakin mudahnya perjalanan Pakatan Rakyat ke Putra Jaya.Nescaya ahli-ahli didalamnya sudah tidak dapat bertahan lama melainkan terpaksa meng’katak’kan diri untuk melompat ke PR.Buat apa ditunggu dan disokong lagi golongan yang ternyata terpesong perjuangannya.

Buat masa ini,bagi Mahathir,terbayang olehnya bayangan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dimana segala fail-fail penyelewengan dan penipuannya dibuka kembali.Nasib yang sama seperti bekas Presiden Indonesia,Suharto.Makan Mahathir sudah tidak kenyang lagi,tidurnya sudah tidak lena lagi dan mandinya juga sudah tidak basah lagi....

“setiap perbuatan baik akan dibalas baik begitu juga sebaliknya”

PDRM... OH....PDRM....

Oleh :Pemuda insaf.

Sejak kebelakangan ini didada akhbar terpapar berita bahawa pihak polis telah menahan editor Malaysia Kini iaitu Raja Petra Kamaruddin(RPK) atas dakwaan menghasut.Apapun dakwaan yang dikenakan terhadap Raja Petra harus kita fikirkan apakah relevannya penahanan beliau dan dakwaan di bawah ISA jika hanya berdasarkan hasil tulisannya dalam blog beliau itu.Apakah kesannya kepada negara?Apakah berlaku demontrasi haram dan rusuhan disebabkan tulisan Raja Petra itu.

Persoalannya kenapa pihak polis lebih cepat dan pantas bertindak terhadap pihak-pihak yang dikatakan merbahayakan negara(sebenarnya kepada UMNO/BN) ini?.Selepas PRU12 kita sendiri betapa cemasnya UMNO berhadapan dengan Pakatan Rakyat walaupun kadang-kadang itu melibatkan isu yang remeh temeh.UMNO/BN sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri.Membayangkan bahawa jika Pakatan Rakyat maka mereka akan ditindas,ditelempak,disepak,diterajang seperti mana ketika mereka gah berkuasa.Dalam hal ini PDRM lah yang menjadi “anjing pemburu” buat juak-juak UMNO yang semakin cuak itu.

Dapat dilihat betapa pantasnya mereka dalam isu perhimpunan Black 14 baru-baru ini.Disusuli dengan penahanan Raja Petra.Jelas sekali dimata kita semua bahawa pihak polis akan bertindak pantas terhadap sesiapa yang cuba mengganggu gugat kedudukan juak-juak UMNO/BN ini.

Namun kita dapat lihat bertapa tidak endahnya pihak polis dalam isu keselamatan rakyat.Bermula dengan kes penculikkan dan pembunuhan adik Nurin Jazlin yang dibunuh dengan begitu kejam.Sampai ke hari ini(hari artikel ini ditulis)belum ada penjenayah yang didakwa atau tuduhan pembunuhan kejam itu.

Belum pun reda kes tersebut,berlaku pula satu kes penculikkan kanak-kanak.Kali ini mangsanya ialah adik Sharlinie Mohd Nashar.Sejak Januari lalu,belum ada jejak yang dapat dilihat terhadap pencarian kanak-kanak tersebut.Malah pihak polis sendiri pun telah mengumumkan penangguhan/pemberhentian operasi menjejaki Sharlinie secara besar-besaran.

Maka fahamlah oleh kita rakyat marhein,jika sesuatu yang malang berlaku kepada kita,pihak polis hanya akan menerima report kita tersebut tanpa bertindak secara pantas melainkan kita ini sebahagian juak-juak UMNO/BN tersebut.

Kepada PDRM,fikir lah kembali,semak semula apa tugas dan tanggungjawab anda yang sebenarnya?.Adakah berkhidmat menjaga keselamatan rakyat dan negara atau berkhidmat menjaga keselamatan periuk nasi juak-juak UMNO/BN?Fikirlah wahai polis-polis sekalian....darimana datangnya sumber rezeki anda semua itu?halal atau haramkah ia?Memang ianya datang dari gaji bulanan anda,namun adakah anda semua memegang amanah yang diberikan ketika menjalankan tugas?renung-renungkan dalam diri,betapa hinanya seseorang itu sekiranya telah mengetahui keburukan sesuatu pekerjaan seseorang itu namun masih rela bersekongkol dengannya...fikir-fikirkan lah wahai manusia yang bernama PDRM....