Sunday, June 22

Chegu Bard cabar Khairy kosong kerusi parlimen Rembau..

Artikel ini P.I sunting dari blog http://chegubard.blogspot.com/ .Untuk pengetahuan semua,P.I sememangnya menyokong dan kagum dengan perjuangan chegu bard dalam menghalang menantu pak lah daripada menguasai negara.



"Menantu di cabar kosong kerusi Rembau dan letak jawatan Pemuda jika misi 16 September berjaya... "

Berikutan rasa cemas yang amat sangat menantu Perdana Menteri Malaysia cuba perbagai cara untuk meyakinkan saki baki ahli parlimen supaya menyokong terus kepimpinan bapa mertuanya yang sudah sedia lemah. Terbaru dia telah mencabar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua umum jika tidak ada apa yang berlaku sehingga 16 September dan dalam kenyataan yang sama dia cuba meyakinkan dirinya dan penyokong dia bahawa tidak akan apa yang terjadi. sila klik untuk baca Kenyataan ini dikeluarkan selepas dia melawat Sabah dan memastikan tidak ada apa yang akan berlaku.
Sehari selepas mengeluarkan kenyataan tersebut ternyata menantu itu sedang tersentak kerana SAPP sebuah parti komponen BN telah mengumumkan akan memulakan langkah atau pasti akan menyokong sesiapa sahaja yang memulakan langkah mengemukakan undi tidak percaya kepada bapa mertuanya.
Kenyataan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang menasihatkan menantu PM ini supaya kena banyak belajar lagi mungkin merupakan nasihat terbaik buat dia. sila klik untuk baca.
Sebenarnya menantu ini sedang cemas kerana semuanya yang tidak disangka terjadi begitu pantas. che'GuBard bersama barisan PAKATAN di Rembau dengan ini membalas cabaran menantu PM kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat dengan mencabar beliau untuk meletakan jawatan sebagai ahli parlimen Rembau dan jawatan dalam Pemuda Umno jika ' sesuatu ' berjaya berlaku sebelum 17 September 2008. Tetapi seperti biasa menantu yang hanya berani berkokok sendirian dan didepan penyokongnya ini pasti tidak berani menjawab cabaran ini seperti cabaran debat yang che'GuBard laungkan sejak pilihanraya lepas.
Seperti yang telah dijangka juga semua agensi kerajaan pasti akan diperkudakan sepenuhnya untuk menyelamatkan nyawa politik Abdullah Badawi dan BN itu sendiri, kerana ini bukan setakat kerana Abdullah dan keluarga sahaja tetapi untuk semua penjenayah lolar putih di Malaysia. Tun Dr Mahathir dan keluarga contohnya seminggu ini dan mungkin beberapa minggu mendatang sudah pasti akan mengurangkan serangan terhadap Abdullah serta pentadbiranya kerana takut jika seranganya akan menyebabkan BN itu sendiri tumbang dan dia serta keluarganya juga dalam bahaya.
Secara tiba - tiba selepas pengumuman yang menyentak jantung Abdullah oleh SAPP, BPR telah membuka kertas siasatan ke atas Yong Teck Lee yang kononya terbabit dengan rasuah bernilai RM 5 juta dan semalam juga Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menyatakan BPR tidak pernah bertindak bermotifkan politik. Ini satu pembohongan.... BPR sememangnya bertindak dengan motif politik kerana BPR tidak bebas dan berada di bawah ketiak Perdana Menteri.
Jika bercakap soal rasuah di kalangan pemimpin di Sabah kenapa tidak diangkat kes Musa Aman ? sila baca :
kes rasuah 1
kes rasuah 2
81 dalil Musa Aman
25 tuduhan rasuah Musa Aman
ditegaskan che'GuBard tidak membela sesiapa yang terpalit amalam korupsi cuma nak buktikan di sini betapa BPR itu hanya berkuasa menangkap ikan bilis dan jadi alat politik dalam isu kes kes besar.
Contoh lagi dalam kes kertas siasatan BPR yang diserahkan kepada peguam negara yang mengesahkan bahawa Rahim Thambi Chik (kini MKT Umno) didapati cukup bukti mensabitkan dia dengan tuduhan korupsi yang membenarkan dia mengumpulkan harta hampir RM 40 juta sehingga 31 Mei 1993. Namun dalam ruangan kesimpulan kertas siasatan itu dalam para 6.3menyatakan bahawa betapa dicadangkan kerana keselamatan negara (baca ; keselamatan BN) tuduhan boleh digugurkan jika Rahim Thambi Chik bersetuju meletakkan jawatan dalam kerajaan dan politik.
Perubahan kepimpinan sudah tidak boleh ditangguhkan, ia perlu diusahakan supaya benar terjadi. Semua harus menainkan peranan. Rakyat sudah tidak boleh ditipu lagi. Ketika rakyat diminta berjimat cermat dan ada yang hidup terhimpit derita pemimpin terus kaya raya. contohnya MB Negeri Sembilan hidup terus mewah dengan elaun hampir RM 30 ribu sebulan itu hanya yang sah yang bawah meja tak tahu lagi. sila klik untuk membaca lanjut
Bersama kita turun beramai - ramai pada 6 Julai 2008, Padang Timur,PJ(hadapan Amcorp Mall). Secara aman dan meriah tunjukkan kuasa rakyat !!!

Friday, June 20

Syed Hamid Albar bakal ganti Pak Lah???

Terkejut jugak P.I bila membaca artikel dari Dato'Ruhanie Ahmad di blog beliau.P.I bukan apa,sekadar mencari maklumat dan berita sahih dari dalam UMNO sendiri kerana ingin mengetahui situasi sebenar yang berlaku didalam UMNO.

Memang P.I ada mendengar desas-desus dimana Pak Lah ada menerima tekanan dari 'orang luar' untuk melantik Syed Hamid sebagai penggantinya dan bukannya Najib pada peralihan kuasa nanti.

Disini P.I siarkan artikel yang dipetik dari blog Dato'Ruhanie Ahmad iaitu http://kuda-kepang.blogspot.com/
untuk bacaan pembaca sekalian.

ABDULLAH HADAPI TSUNAMI POLITIK FASA DUA?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kena segera bangkit daripada sindrom penafiannya dan bertindak decisive mulai sekarang. Beliau wajar membuat keputusan muktamad terhadap pelbagai persoalan berikut:

1. Adakah Abdullah insaf bahawa PRU12 telah memberikan isyarat bahawa rakyat jelata Malaysia sudah hilang keyakinan kepada beliau?

2. Jika insaf, syukur alhamdulillah. Jika tidak, bilakah proses peralihan kuasa kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilaksanakan oleh Abdullah? Akhir bulan ini? Tahun depan? Atau peralihan kuasa yang sudah diwar-warkan kebelakangan ini tidak akan jadi kenyataan sama sekali?

3. Adakah hasrat Abdullah untuk mengekalkan jawatan Presiden UMNO Malaysia akan diteruskan? Atau, adakah Abdullah akan dengan sukarela mengundurkan diri daripada persada politik tanahair dengan seberapa segera?

4. Benarkah desas-desus bahawa sebuah kuasa asing tertentu telah berjaya mempengaruhi Abdullah supaya tidak memilih Najib atau Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pewaris tampuk kekuasaan negara dan UMNO? Benarkah ura-ura yang mengatakan bahawa kuasa asing berkenaan, demi menjaga kepentingannya di Malaysia, mahukan Datuk Seri Syed Hamid Albar dijadikan pengganti Abdullah? Kalau benar, harap sahkan ura-ura ini. Jika tidak, harap nafikannya dengan seberapa segera.

Saya senaraikan soalan-soalan di atas sebagai reaksi kepada ura-ura komponen BN – SAPP – akan membawa satu usul undi tidak percaya terhadap Abdullah di Dewan Rakyat Isnin depan. Ura-ura ini adalah satu daripada manifestasi kehilangan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Abdullah mutakhir ini.

Lantas, banyak pihak pun mula tertanya-tanya, kenapakah Abdullah seolah-olah tidak langsung sensitif terhadap perasaan rakyat jelata di era pasca PRU12 ini? Kenapakah Abdullah langsung tidak memikirkan kesejahteraan UMNO mutakhir ini? Adakah Abdullah masih menunggu ketibaan Tsunami Politik Fasa Dua untuk melanda beliau sehingga tersingkir daripada persada kekuasaan negara secara hina? - Ruhanie Ahmad

Hampir Semua Anggota MT SAPP Hadir Mesyuarat Tergemparnya

KOTA KINABALU, 20 Jun (Bernama) -- Hampir kesemua 35 anggota Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) menghadiri mesyuarat khas di ibu pejabatnya di sini hari ini bagi membincangkan hala tuju parti itu berikutan kritikan presidennya Datuk Yong Teck Lee terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat itu yang bermula pada 10 pagi dijangka membuat keputusan sama ada parti itu akan kekal sebagai anggota komponen Barisan Nasional (BN) ataupun sebaliknya.

Yong dan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan, yang dilaporkan mempunyai pendirian berbeza dalam isu itu, turut hadir pada mesyuarat itu.

Satu sidang akhbar dijangka diadakan selepas mesyuarat itu.

Ekoran kritikan Yong itu, Dewan Tertinggi BN semalam mengadakan mesyuarat tergempar dan membuat keputusan untuk tidak mengambil tindakan terhadap SAPP buat sementara kerana kenyataan yang dibuat oleh Yong itu dianggap bersifat peribadi dan bukan pendirian SAPP.

Pakatan Rakyat: menunggu wisel ditiup?

Seperti yang diwar-warkan Malaysia yang kita cintai ini bakal beralih teraju pemerintahan insyaAllah pertengahan september ini.Rakyat dalam debar meunggu tarikh tersebut dengan pelbagai persoalan dan spekulasi.Apakah benar satu peralihan akan terjadi?Di kalangan mereka ada yang percaya dan ada yang mempertikaikannya.Bagi saya berdasarkan perkembangan terkini tidak mustahil ianya boleh berlaku.Apa yang saya mahu sentuh ialah kesediaan Pakatan Rakyat bagi mengambil-alih kuasa seandainya ia benar-benar berlaku.Biarlah kita berpandangan realistik dan mengambil langkah yang perlu daripada sekadar bercakap tanpa melakukan gerakerja yang mantap ke arah itu.

Setakat manakah persediaan yang telah dilakukan?Sejauh manakah kesepakatan Pakatan Rakyat dalam berkongsi kuasa ini?Perlu ada formula bijak yang boleh di terima pakai agar kerajaan yang ditubuhkan kukuh dan bersatu atas satu prinsip/dasar.

Peralihan kusa yang bakal berlaku mestilah lancar tanpa berlaku suasana ‘hang’ dalam sistem pentadbiran.Walaupun barangkali perbincangan mengenai ini sudah berada di tahap akhir namun perlu diingatkan agar pihak pakatan bersedia sementara rakyat menilai gerakerja kita sekarang.Jangan sampai mitos negara akan kucar-kacir jika tidak diurus BN menjadi kenyataan.
Berkenaan pengisian jawatan-jawatan di kabinet contohnya,siapakah yang sesuai memegang satu-satu jawatan amatlah penting.Kita tidak mahu kelemahan pentadbiran sesuatu kementerian seperti yang berlaku sekarang berterusan.Perkara ini sebenarnya sudah boleh dibayang kan kepada rakyat agar kesungguhan kita dilihat serius.Rakyat perlu diyakinkan dengan gerakerja yang bijak/’smart’ bagi mengelakkan sebarang kekalutan mahupun provokasi jahat musuh.

Begitu juga dengan dasar-dasar kerajaan yang akan dijalankan perlu di’highligt’kan kepada rakyat.Pakatan tidak boleh bermodalkan penurunan harga minyak semata-mata jika mahu rakyat menerima kerajaan baru ini.Perlu ada manifesto/visi yang yang jelas yang mana mestilah dinilai dan dibincang berdasarkan pandangan-pandangan rakyat.

Yang Di Pertuan Agong juga mestilah diterangkan dengan jelas mengenai peralihan ini.Baginda perlu difahamkan peralihan ini akan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.Begitu juga dengan pihak keselamatan yang menjaga ketenteraman negara.Alangkah baik jika proses peralihan ini dikawal dan mendapat kerjasama yang baik daripada mereka.Sudah tentulah huru-hara atau provokasi lawan dapat dipatahkan dengan mudah demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Pada hemat saya semua perkara ini mestilah bergerak sekarang tanpa perlu menungu detik peralihan menjelang september ini.Jika benar berlaku peralihan kuasa biarlah ia berlaku dengan lancar dan licin disambut gembira oleh rakyat tanpa ada pihak yang dipinggirkan.
Sebaliknya jika ia tidak berlaku setidak-tidaknya pihak Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk barisan alternatif yang betul-betul mantap dan diyakini rakyat.Pencapaian dalam muafakat untuk membentuk kerajaan adalah satu kejayaan yang amat besar.Setidak-tidaknya rakyat sudah melihat ada kerajaan alternatif yang boleh memerintah dengan lebih adil dan berhemah.

ini sekadar pandangan penulis...
Jemhid kecil..blog pemudamuadzam.blogspot.com

sumber: http://pemudamuadzam.blogspot.com

SURAT TERBUKA KEPADA DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 25 Mac 2008
Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip
No KP : 660622-04-5355
No Ahli UMNO : 03468736
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala Puji Tertumpu Kepada Allah SWT, Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.
Ya Murakbalin (YMb) Abdullah Badawi,
Sukacita saya memaklumkan kepada YMb bahawa surat ini saya tulis secara terbuka kerana segala apa yang akan saya sampaikan di sini bukan lagi suatu rahsia, malah ianya sudah menjadi bualan umum di kalangan rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli UMNO di mana sahaja mereka berada.
Sebagai orang UMNO dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya memilih untuk berterus terang di dalam surat ini. Bukankah selama ini YMb pernah menjerit mencabar rakyat dengan menyatakan “beritahu saya perkara sebenar – tell me the truth”. Agaknya selama ini YMb sentiasa di beritahu perkara-perkara palsu sekadar penyedap telinga sahaja. Walaupun saya sedar pada hakikatnya – you cannot accept the truth – tetapi demi menyahut cabaran YMb dan dengan izin Allah, saya akan beritahu YMb perkara yang sebenarnya.
Saya sedar, yakin dan percaya, selepas surat ini bertaburan di muka bumi ini, akan ada panglima-panglima tempang dari kalangan anjing kurap yang mahu menjadi pengampu setia YMb yang akan tampil untuk menyerang saya.
Sesungguhnya, saya dan seluroh rakyat Malaysia turut ingin melihat siapakah pengampu pertama yang akan muncul untuk menyerang saya secara terbuka.
Sudah menjadi tradisi, anjing-anjing kurap ini akan muncul mempertahankan YMb dari segala bentuk kritikan dan teguran. Lihat sahajalah apabila Tun Dr Mahathir mengkritik dan menyarankan agar YMb bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan atas keruntuhan Barisan Nasional di enam negeri, sekali gus menyaksikan Barisan Nasional gagal memperolehi majoriti 2/3 di Dewan Rakyat, maka anjing-anjing kurap inilah yang satu ketika dahulu pernah makan di atas tapak tangan Tun Dr Mahathir, hari ini membelasah Tun Dr Mahathir siang, malam, pagi dan petang.
Bila Saudara Dato’ Mukhriz Mahathir menyarankan perkara yang sama, beliau juga menjadi mangsa kecaman dan serangan anjing-anjing kurap ini. Ada yang mengatakan “Mukhriz mendengar cakap bapanya”.
Pada hemat saya, adalah lebih mulia menjadi seorang anak yang mendengar cakap bapanya dari hina dan bodoh menjadi bapa mertua yang dayus yang menjadi Pak Turut menuruti cakap menantu.
Justeru saya tidak hairan dan tidak gentar dengan salakan anjing-anjing kurap ini kerana bagi saya, anjing kurap menyalak bukit, bukit tak kan runtuh. Semakin kuat anjing kurap ini menyalak, maka semakin meluatlah rakyat kepada YMb dan semakin dekatlah kehancuran UMNO dan Barisan Nasional.
Untuk pengetahuan YMb, pendapat Tun Dr Mahathir bahawa YMb patut berambus dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, kini sudah pun menjadi pendapat umum.
Pada kesempatan ini, dengan berterus terang dan tanpa berselindung – demi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional supaya UMNO dan Barisan Nasional tidak menjadi pembangkang selepas pilihan raya umum yang akan datang, saya menyarankan, merayu dan mendesak supaya YMb berundurlah dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Kita kalah di Kelantan, kita tumpas di Selangor, kita kecundang di Perak, kita tewas di Kedah, kita tersungkur di Wilayah Persekutuan dan kita melingkup di Pulau Pinang.
Di banyak kawasan majoriti kita merosot dengan bilangan yang besar. Di kawasan YMb sendiri di Kepala Batas, majoriti kemenangan YMb merosot sehingga 8 ribu undi.
Tunggu apa lagi? Apakah setelah UMNO dan Barisan Nasional kehilangan beberapa negeri lagi dan kalah di Dewan Rakyat baru YMb mahu berundur?
Saya cabar YMb meletakkan jawatan jika YMb anak jantan yang masih punya kehormatan, maruah dan harga diri. Apa guna menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang menjadi bahan lawak jenaka dan di tertawakan.
Pesan orang tua-tua, biar miskin jangan bangsat. Biar tidak ada jawatan asalkan ada kehormatan, maruah dan harga diri.
Terlanjur menyebut tentang maruah dan harga diri, saya rasa Dato’ Seri Ong Ka Ting, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Dato’ Seri S Samy Vellu – mereka ini lebih bermaruah, lebih ada integriti, lebih ada harga diri dan lebih bertanggungjawab berbanding YMb. Awal-awal lagi mereka sudah memilih untuk menolak jawatan kabinet kerana mahu menumpukan usaha memperbaiki kelemahan dan kesilapan parti mereka.
Cuba YMb fikir baik-baik, bagaimana boleh YMb menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang hebat memimpin UMNO dan mentadbir Malaysia sedangkan Pulau Pinang negeri sendiri di jajah orang? Tak malu ke? Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi.
Bukankah YMb adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang? Tidakkah YMb ada rasa untuk bertanggungjawab atas kekalahan di Pulau Pinang? Kalau sayalah pada kedudukan YMb, nescaya saya tahu malu kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab untuk berundur dengan terhormat.
Rupa-rupanya, YMb lebih sayangkan kedudukan, pangkat dan darjat dari mencintai parti. Sudah terang lagi bersuloh, jelaslah sekarang, kata-kata yang sering YMb ucapkan bahawa kepentingan parti melebihi kepentingan diri sendiri hanyalah sekadar retorik murah dan omong kosong belaka.
Apa yang menyebabkan YMb begitu sayang untuk melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Kerana sayangkan rakyat atau kerana ingin terus mengkayakan anak dan menantu?
Percayalah, parti tidak akan hancur dengan pengunduran YMb, malah parti akan lebih berjaya pada masa hadapan dengan mendapat dukungan dan keyakinan baru dari rakyat.
Persoalannya sekarang, bagaimana YMb mahu membela nasib umat Melayu di negeri-negeri lain sedangkan nasib umat Melayu di Pulau Pinang pun YMb tidak mampu membelanya?
Waktu ada kuasa, ada pernah YMb ambil peduli nasib Melayu? Projek-projek besar di Pulau Pinang ada YMb serahkan kepada Melayu? Tolong jawab kepada Melayu Pulau Pinang.
Hari ini bila dah hilang kuasa di Pulau Pinang, pandai pulak kumpulkan Melayu berdemonstrasi dan mengadakan perhimpunan aman. Dahulu bila pembangkang mengadakan perhimpunan aman, YMb mengutuk tindakan mereka dengan sombong dan angkuh.
Jangan YMb baling batu sembunyi tangan dalam hal perhimpunan aman ini kerana Timbalan YMb iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang sendiri yang mengepalai perhimpunan itu. Sudah tentu perhimpunan itu di adakan atas persetujuan YMb jua.
Patutlah buat pertama kali pihak polis begitu bersabar menghadapi para peserta perhimpunan aman itu. Suatu hari nanti, takdirnya jika pihak polis terpaksa bertindak menyembur gas pemedih mata kepada Melayu yang menyertai perhimpunan aman itu, sudah tentu Menteri Dalam Negeri akan menjadi sasaran kemarahan. Sebab itu YMb menyerahkan jawatan Menteri Dalam Negeri kepada Dato’ Seri Syed Hamid supaya YMb terlepas dari menjadi sasaran api kemarahan peserta perhimpunan aman.
Sementara YMb masih berkuasa, tolong pastikan jangan ada kacau bilau yang membolehkan YMb menubuhkan MAGERAN. Cukuplah episod malang yang melanda negara pada tahun 1969 dahulu. Jika ini berlaku, percayalah sejarah akan mengutuk YMb sehingga kiamat dan jangan marah jika sejarah menuduh YMb lah perancang utama kepada kacau bilau itu.
Saya melihat sekarang ini sekali lagi media cetak dan elektronik arus perdana di peralat dan di gunakan semahu-mahunya untuk membina dan membakar perasaan kesal di hati rakyat khususnya orang Melayu kerana mengundi pembangkang. Percayalah Melayu tidak mudah terpedaya.
Media juga dengar khabar telah di arah untuk membantu membina dan membangkitkan rasa simpati dan kasihan rakyat kepada YMb.
Saya ingin memberitahu YMb, bahawa strategi ini tidak akan berkesan sama sekali. Rakyat bukannya bodoh macam YMb. Mereka boleh berfikir dan celik maklumat. Semakin menggila media cuba mempromosi YMb, maka semakin benci dan meluat rakyat kepada YMb.
Kepada media saya mohon untuk berpesan, dalam mempromosi si Murakbalin ini, biarlah berpada-pada, tolong jangan sampai membakar dan meniup api perkauman. Saya faham tugas rakan-rakan media yang terpaksa menulis menyokong YMb, tapi hakikatnya rakan-rakan media juga tahu antara punca besar kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional ialah kerana kebencian dan rasa meluat rakyat kepada YMb dan menantunya yang angkuh dan sombong bodoh.
Laporan mengenai kenyataan menyokong kepimpinan YMb oleh badan-badan NGO dari yang besar hingga yang kecil yang mendapat liputan yang besar di dada-dada akhbar, telah di sambut dengan rasa meluat oleh sebahagian besar rakyat.
Kepada rakyat saya berpesan, bagi mengelak kita semua terjebak dan terpedaya dalam isu perkauman sempit dan propaganda murahan si Murakbalin ini, yang mungkin di bawa oleh media, maka hendaklah kita memasang niat terlebih dahulu sebelum membaca akhbar. Niatnya, sahaja aku membaca, tapi belum tentu aku percaya. Dengan tulus ikhlas, saya ijazahkan niat ini kepada seluruh rakyat Malaysia. Amalkan, InsyaAllah selamat kita dari terpedaya.
Majlis Tertinggi UMNO konon katanya sokong penuh. Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga sokong penuh. Sokongan ini menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada YMb dan pimpinan UMNO. Inilah yang di katakan sokong bawa rebah.
Apakah sokongan MT UMNO ini menggambarkan sokongan rakyat dan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi?
Apakah MT sedar atau tidak, siapakah yang telah merosakkan kertas-kertas undi dan siapakah yang telah memenuhkan tong-tong undi dengan mengundi pembangkang? Siapakah mereka kalau bukan ahli-ahli UMNO sendiri. YMb sendiri tak kan tidak tahu perkara ini? Atau YMb sengaja buat-buat tak tahu.
Mengenai syor YBM Tengku Razaleigh Hamzah supaya satu Perhimpunan Agung Khas di adakan bagi membincangkan kelemahan parti dan menyusun langkah-langkah yang perlu bagi memantapkan UMNO, saya di beritahu YMb tidak bersetuju. Kenapa YMb begitu takut untuk berdepan dengan perwakilan UMNO? YMb tidak boleh lari dari kebenaran.
Sepatutnya usaha memanggil Perhimpunan Agung Khas ini datangnya dari YMb bukannya dari Tengku Razaleigh. Ku Li terpaksa mengambil langkah ini kerana YMb terlalu lembab bertindak. Dengar kata anak dan menantu YMb yang beriya-iya benar tidak bersetuju di adakan Perhimpunan Agung Khas ini. Betul ke?
Secara terus terang saya katakan bahawa rakyat bukan marah kepada YMb, tetapi rakyat sudah BENCI. Kalau rakyat marah, kita boleh sabarkan rakyat, kita boleh pujuk rakyat, tetapi kalau rakyat sudah benci, kebencian ini akan menular dan menjalar ke akar umbi. Pada akhirnya UMNO dan Barisan Nasional akan tersungkur menyembah bumi pada pilihan raya yang akan datang.
Rakyat juga sangat benci kepada kerakusan, kebongkakkan, kesombongan dan keangkuhan menantu YMb. Gandingan antara bapak mertua dan menantu dalam hal pentadbiran parti dan kerajaan, jelas menimbulkan kemarahan dan keresahan rakyat. Rakyat percaya YMb bukannya cerdik sangat, rakyat percaya menantu YMb merupakan orang yang menjadi PM de facto yang menguasai parti dan kerajaan.
Walaupun penjelasan demi penjelasan di buat oleh YMb bahawa menantu YMb tidak terlibat dalam mencampuri urusan pentadbiran, hakikatnya rakyat tetap tidak percaya. Sangat hina menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila cakapnya tidak di percayai dan di anggap bohong serta di persendakan.
Rakyat bukan bodoh, rakyat melihat bagaimana menantu diberi pinjaman RM 9 juta oleh Patrick Badawi untuk membeli saham-saham ECM Libra yang kemudiannya ECM Libra mengambil alih anak syarikat kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan Avenue Capital Resources.
Bila hal ini terdedah, YMb telah membuat kenyataan yang di anggap bodoh dan cuba memperbodohkan rakyat dengan menyatakan bahawa YMb tidak tahu menahu tentang urus niaga itu. Bukankah YMb adalah Menteri Kewangan? Apakah YMb tidur semasa urus niaga itu berlaku?
Rakyat melihat urus niaga ini sebagai rompakan di siang hari. Rakyat juga jijik melihat bagaimana Patrick Badawai di anugerahkan projek-projek besar bernilai lebih RM 20 Billion di Pulau Pinang dan Terengganu. Rakyat juga melihat dengan hati yang terguris apabila syarikat Scomi yang di ketahui umum di miliki sebahagian besar sahamnya oleh anak lelaki YMb turut terlibat dalam projek-projek besar.
Inikah contoh dan tanda serta cara-cara membela nasib rakyat?
Rakyat juga jijik melihat kebodohan Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan pemimpin-pemimpin UMNO yang berlumba-lumba mengampu dan menyambut menantu YMb, seolah-olah takut dengan kehebatan pengaruh menantu YMb. Pemimpin UMNO percaya, menantu boleh mengatur perjalanan parti.
Sebahagian besar ahli-ahli UMNO percaya, menantu YMb sedang bergerak cergas menyusun dan mengatur langkah untuk menggantikan YMb sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sekali gus menyingkirkan Dato’ Sri Najib dengan apa cara sekalipun.
Dengar khabar, perancangan sedang di atur oleh menantu YMb dengan menggunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk terus menyerang Dato’ Sri Najib dengan mengaitkan beliau dengan skandal dan rasuah.
Saya juga mendengar khabar satu gerakan sedang di buat kononnya oleh budak-budak “tingkat 4” untuk membina persepsi di kalangan ahli-ahli UMNO bahawa Dato’ Sri Najib memang tidak layak menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri menggantikan YMb.
Saya juga mendengar satu tekanan dan ugutan akan di buat menggunakan pelbagai saluran perundangan termasuk laporan polis dan BPR bagi menekan Dato’ Sri Najib meletakkan jawatan.
Gerakan itu juga konon katanya sedang memburuk-burukkan Datin Sri Rosmah dan sedang cuba melaga-lagakan Dato’ Sri Najib dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Konon katanya, YMb memang mahukan Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Predana Menteri sejak dulu lagi. Saya ingin bertanya, apakah semua ini betul? Saya juga ingin bertanya apakah memang ada perancangan seumpama ini oleh menantu YMb dan di restui oleh YMb sendiri? Sama ada YMb terima atau tidak, inilah antara lain yang sedang di bicarakan di kalangan ahli UMNO dan rakyat di bawah.
Saya ingin bertanya, betulkah ada perjanjian antara YMb dengan Tun Dr Mahathir bahawa YMb hanya akan menjawat jawatan Perdana Menteri untuk satu penggal sahaja? Hanya Allah SWT, Qaraman Qatibin, YMb dan Tun Dr Mahathir sahaja yang tahu. Kalau YMb sudah berjanji, munafik kalau mengingkarinya.
Apa sudah jadi dengan Islam Hadhari? Ternyata imam masjid di kampung-kampung belum faham lagi walaupun ia telah di perkenalkan 3 tahun yang lalu.
Rakyat meluat melihat gambar YMb merangkul erat pinggang seorang artis berbangsa Cina yang tersebar semasa pilihan raya yang lepas. Saya sungguh tidak menyangka YMb sebagai pemimpin Islam Hadhari termasuk dalam gulungan jantan miang yang pandai mengambil kesempatan. Kesian saya melihat jentera Barisan Nasional terkial-kial mencari idea untuk menepis dan menjawab mengenai gambar tersebut. Akhirnya mereka sesama mereka duduk dan memaki hamun YMb. Padan dengan muka YMb, tak fasal-fasal kena maki.
Kenyataan menantu YMb bahawa dia tidak akan menyertai kabinet selagi YMb masih menjadi Perdana Menteri di sambut dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT. Hakikatnya – hanya Perdana Menteri yang bodoh sahaja yang akan melantik dia dalam Jemaah Menteri. Apa hebatnya dia ni? Dia ni laksana melukut di tepi gantang - masuk tak tambah, keluar tak kurang, tak ada lagi baik.
Sebagai Presiden UMNO ternyata YMb tidak tahu menghargai dan menghormati struktur dan sayap parti. Kenapa Wanita UMNO tidak di lantik dalam Jemaah Menteri? Bukankah Wanita UMNO adalah tulang belakang kekuatan UMNO selama ini? Kalau YMb tidak mahu melantik Dato’ Seri Rafidah dan tidak boleh melantik Dato’ Seri Shahrizat kerana beliau kalah, apa pula dosa dan salahnya Dato’ Halimah Siddiq? Adakah kerana budak-budak “tingkat 4” tidak suka kepada Dato’ Halimah, maka YMb tidak melantik beliau?
Sebagai ahli parti saya faham benar betapa pentingnya Pergerakan Wanita UMNO dalam menjayakan program dan agenda parti. Saya terkilan, keikhlasan mereka YMb balas demikian rupa. Madu diberi, tuba yang di balas.
Kepada Wanita UMNO sedarlah, puan-puan sudah di anggap menopause dalam era politik UMNO oleh Presiden yang tidak ada hati perut ini. Barangkali Presiden yang Puan-Puan sokong ini sudah nyanyok. Atas nasihat “tingkat 4”, Presiden yang puan-puan sokong ini, sedang mengatur dan mencatur untuk meletakkan Dato’ Azalina Othman Said sebagai Ketua Wanita UMNO yang baru. Dalam kamus perjuangan, saya akui Azalina memang hebat dari puan-puan, beliau berjuang seratus peratus sepanjang masa 24 jam sehari, sehingga tidak pernah terfikir untuk berkahwin. Bukan macam puan-puan, ada anak dan ada suami. Tahniah buat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia kerana bakal mendapat Azalina sebagai Ketua Wanita yang baru.
Saya amat hairan dengan perlantikan Dato’ Seri Shahrizat sebagai Penasihat Perdana Menteri bertaraf Menteri dalam hal Pembangunan Wanita Dan Keluarga, walhal pada masa yang sama sudah ada Menteri yang bertanggunjawab. Pada saya perlantikan ini merupakan satu penghinaan buat Dato’ Seri Shahrizat dan persendaan buat Wanita UMNO selurohnya.
Kepada Dato’ Seri Shahrizat saya cadangkan tolak saja perlantikan ini. Tunjukkan solidariti dan semangat setia kawan kepada Wanita UMNO. Buktikan bahawa Dato’ Seri sanggup bersama Wanita UMNO di waktu susah dan di waktu senang.
Kepada sahabat saya Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, syabas saya ucapkan kerana menjadi lelaki sejati yang bertanggungjawab, bermaruah dan punya harga diri dengan meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional Selangor. Bukan macam Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang masih tidak tahu malu dan mahu terus menongkat langit.
Kepada YB Dato Anifah Aman dan YBM Tengku Azlan, sekalung tahniah buat kalian berdua kerana mencipta sejarah di tanah air kita apabila menolak jawatan Timbalan Menteri yang diberikan. Seingat saya inilah kali pertama dalam sejarah perkara seumpama ini berlaku. Kalaulah saya Perdana Menteri, sudah tentu saya akan turut meletakkan jawatan sama kerana malu dengan penolakan ini. Walau apa pun alasan, yang pentingnya kalian berdua terselamat dari berketuakan si Murakbalin ini.
Menyentuh mengenai perlantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu, saya kesal kerana YMb gagal berfungsi sebagai Ketua Parti. Sepatutnya YMb sendiri merafak sembah Ke Bawah DYMM Raja Perlis dan DYMM Sultan Terengganu. Baginda adalah Raja kita bukannya musoh kita. Kalau dengan Tuanku pun YMb gagal menyelesaikan soal perlantikan Menteri Besar dengan teratur dan sempurna, bagaimana dengan hal yang lebih rumit dan besar? Sebab itu YMb kena berambus dengan segera.
Baru-baru ini, saya mendapat khabar bahawa salah satu dari sayap parti yang paling junior telah membuat satu ketetapan di dalam mesyuarat Exconya mendesak YMb berundur meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Konon katanya, keputusan mereka telah “di black outkan” oleh semua media atas arahan pejabat YMb. Betul ke?
Pada kesempatan ini saya ingin menegur YMb mengenai angka 13. Umum mengetahui angka ini merupakan angka kegemaran YMb. Tidak ada salahnya dengan angka ini. Tetapi ada orang memberitahu saya, bahawa angka ini diberikan oleh seorang tukang tilik kepada YMb. Betul ke?
Kalaulah betul angka 13 ini diberikan oleh tukang tilik dan YMb mempercayainya, saya amat kesal. Kepercayaan kepada sesuatu angka itu boleh mendatangkan tuah adalah di larang sama sekali di dalam Islam dan hukumnya syirik. Sebagai cucu kepada seorang ulama Falak dan pemimpin agung Islam Hadhari, saya berharap YMb tidak terpedaya dengan kepercayaan karut seperti ini.
Tetapi barang di ingat, kerana angka ini, segala tindak tanduk YMb sudah boleh di hidu dan di baca. Sebab itu tarikh pembubaran parlimen pada 13 Feb tidak ada kejutan, hampir semua rakyat telah mengetahuinya terlebih dahulu. Cuma saya ingin menasihatkan YMb, kalau sudah terlalu seronok dengan angka 13 ini, tolong letakkan jawatan pada 13 May 2008 ini. Barulah angka ini akan membawa seribu kenangan kepada YMb secara peribadi.
HASRAT YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH UNTUK MERAWAT UMNO –BERTANDING JAWATAN PRESIDEN
Dalam mengulas hasrat YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk merawat UMNO yang sedang sakit dengan menawarkan kesediaannya bertanding jawatan Presiden UMNO, saya kira ini satu perkembangan yang amat menarik.
YMb kena akui, rakyat sudah benci dengan YMb dan menantu. YMb dan menantu bukan lagi aset kepada UMNO dan Barisan Nasional, tetapi sudah menjadi biawak hidup atau laibiliti di dalam UMNO dan Barisan Nasional.
Sungguhpun begitu, saya faham YMb dari jenis muka tembok memang cukup sayangkan jawatan ini demi anak menantu dan keluarga. Kalau sudah terlalu sayangkan jawatan, buatlah sesuatu. Justeru, ikutlah nasihat saya ini. Nasihat ini kalau di ikut, pasti YBM Tengku Razaleigh tidak akan dapat satu pun pencalonan untuk jawatan Presiden. Bukan niat saya mahu mendabik dada pulak tetapi idea ini memang first class. Budak-budak “Tingkat 4” sendiri pun tidak pernah terfikir mengenai idea ini.
Apa yang perlu YMb buat, ialah :
1 ) Panggil seorang demi seorang Ketua Bahagian. Kemudian, minta mereka menandatangani akujanji bahawa mereka akan menyokong YMb sampai mampus sebagaimana yang di lakukan oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. Selepas itu, pastikan juga mereka mendapatkan tandatangan semua AJK Bahagian dan semua Ketua-Ketua Cawangan bahawa mereka juga menyokong kepimpinan YMb sampai mampus juga.
2 ) Selepas selesai tandatangan, surohlah mereka buat kenyataan akhbar dan kutuk Tengku Razaleigh habis-habisan. Semua media mesti menyiarkan acara ini sebagai berita utama.
3 ) Kemudian, YMb sendiri turun ke negeri-negeri, arah negeri-negeri mengadakan sambutan besar-besaran dengan sepanduk dan kain rentang yang tertulis kata-kata menyokong, memuja dan memuji YMb. Kalau dulu kita sediakan bas dan elaun RM 10 kepada rakyat untuk datang menyambut pemimpin, tetapi kali ini elaun mesti di naikkan kepada RM 100, barulah mereka boleh menjerit dengan penuh semangat dan kuat menyokong YMb sebagaimana yang di buat di Seri Perdana baru-baru ini.
4 ) Dalam masa yang sama, media hendaklah berperanan menyiarkan berita lawatan YMb ini. Kalau yang hadir 3,000 orang, ia mesti di tulis 30,000 orang, baru nampak grand.
5 ) Media juga mesti “black outkan” kenyataan Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh dan sesiapa juga yang sinis terhadap YMb. Kenyataan-kenyataan mereka yang menyokong YMb pula, wajib hukumnya di perbesar-besarkan.
6 ) Media juga mesti memainkan isu perpecahan UMNO akibat pertandingan 1987. Jangan pulak media terlajak menulis bahawa YMb juga terlibat melawan Presiden UMNO pada tahun 1987. Tumpukan hanya membelasah Tengku Razaleigh sahaja.
7 ) Lupa nak pesan, Ketua-Ketua Bahagian yang di panggil di peringkat awal tadi, jangan lupa hulur sikit atau janjikanlah apa-apa peruntukan. Penting tu. Kalau perlu pujuk, YMb pujuk. Kalau perlu ugut, YMb ugutlah mereka. Dalam masa yang sama aturlah langkah SUPAYA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DI CALONKAN MELAWAN DATO’ SRI NAJIB UNTUK KERUSI TIMBALAN PRESIDEN. Saya rasa Tan Sri Muhyiddin juga dah lama mengidamkan jawatan itu. Jangan lupa, kepada mereka yang di gugurkan dari kabinet, janjikanlah kedudukan lain yang istimewa supaya mereka juga akan bekerja keras menyokong YMb dan turut sama membelasah Tengku Razaleigh. Kepada Tan Sri Muhyiddin belajarlah serta-merta memberikan senyuman manis kerana kadang-kadang saya melihat mukanya masam seolah-olah ada tahi kucing di hidungnya.
8 ) Kemudian, panggil mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan buat ketetapan hanya jawatan Presiden sahaja tidak boleh di tandingi. Manakala jawatan Timbalan Presiden ke bawah BOLEH di tandingi. Mana-mana bahagian yang mencalonkan orang lain selain YMb, arahkan Setiausaha Agung cari kesalahan teknikal dan gantung terus bahagian itu. Pastikan juga pemilihan UMNO di semua peringkat di tangguhkan ke tahun 2009. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan biar Tengku Razaleigh letih.
9 ) Kemudian, atur orang untuk lapur kepada Jawatankuasa Disiplin bahawa Tengku Razaleigh dan penyokong-penyokongnya menggunakan wang. Jawatankuasa Disiplin pula jangan tunggu lama-lama, pecat sahaja mereka ini. Kalau ada laporan politik wang yang melibatkan penyokong-penyokong YMb, Jawatankuasa Disiplin jangan pecat, memadai dengan amaran sahaja.
10) Dalam masa yang sama Pengerusi-Pengerusi Perhubungan wajib memainkan peranan memastikan Tengku Razaleigh tidak mendapat satu pun pencalonan.
11) Pastikan panglima-panglima YMb yang handal-handal yang sangat di sayangi dan di hormati oleh ahli UMNO seperti Reezal Marican, Dato’ Othman Desa, Menantu YMb, budak-budak tingkat 4, Kalimullah dan Patrick Badawi turun berkempen di bahagian-bahagian.
12) Jangan lupa peralatkan badan-badan NGO seperti GPMS, Gerakan Belia 4B dan Majlis Belia Malaysia (MBM) membuat kenyataan menyokong YMb dan arahkan mereka membelasah Tengku Razaleigh dengan teruk. Selain NGO, YMb juga boleh memperalatkan sesiapa juga yang sedang lapar mencari peluang perniagaan untu berbuat perkara yang sama.
13) Gunakan juga pemimpin-pemimpin parti kompenan Barisan Nasional menyuarakan ketetapan berdiri teguh di belakang YMb. Kalau boleh, gunakan juga agensi dan jentera kerajaan untuk menabur fitnah dan menyebarkan propaganda bahawa negara akan hancur punah ranah kalau Tengku Razaleigh menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
Saya yakin, dengan menggunakan taktik-taktik ini, YMb akan terus mengekalkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila dan hajat budak-budak “tingkat 4” untuk melihat Tan Sri Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri akan tercapai jua akhirnya sebelum UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan pada pilihan raya umum yang akan datang.
Kerana tidak mahu UMNO dan Barisan Nasional di kebumikan maka surat ini saya tulis dengan titisan air mata dan dengan penuh emosi. Air mata saya menitis kerana sayangkan agama kita Islam, Bangsa dan negara – apa akan jadi kepada Islam? Apa akan jadi kepada UMNO? Saya beremosi kerana saya yakin dan percaya YMb lah punca UMNO dan Barisan Nasional jadi begini.
Selama 4 tahun saya dan teman-teman telah berusaha menyampaikan cadangan dan pandangan demi Islam tercinta, bangsa dan negara, dengan bahasa yang berlemah lembut kepada YMb melalui pegawai-pegawai dan mereka yang rapat dengan YMb, namun cadangan dan pandangan kami dengan bahasa yang berlemah lembut, di sambut sinis dan terkadang kala kami di anggap sebagai musoh.
Sebab itu jangan salahkan saya jika bahasa yang kesat dan keras saya gunakan di dalam surat ini kerana saya sudah jemu untuk berkias dan berlemah lembut dengan gulungan yang sombong dan bongkak seperti YMb dan orang yang berada di keliling YMb.
Ada rakan-rakan menganjurkan kepada saya “mari bersatu bersama Pak Lah” – jawapan saya, “apa guna bersatu bersama Pak Lah kalau dengan bersatu itu UMNO akan runtuh – ada lebih baik tumbangkan sahaja Dollah Badawi demi menyelamatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara”.
Terus terang saya katakan YMb tak ubah umpama bisul di lengan, kita tidak akan potong dan buang seluruh lengan, apa yang kita buat ialah kita pecahkan bisul, keluarkan nanah, bisul baik, lengan pun selamat.
Ada kawan-kawan yang mengingatkan saya kemungkinan di tahan ISA dan di pecat dari UMNO kerana surat ini. Saya jawab kepada mereka kalau inilah harga yang perlu saya bayar untuk memartabatkan Islam, UMNO, bangsa dan negara, insyaAllah saya redha.
Tapi ingat baik-baik, saya bukan mengancam keselamatan negara dan UMNO bukan milik mak bapak diaorang dan bukan milik mak bapak saya. UMNO adalah milik kita bersama.
Ini bukan surat terbuka saya yang pertama kepada seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Dahulu, saya pernah beberapa kali mengutus surat terbuka kepada YABhg Tun Dr Mahathir sewaktu beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, menegur dan mengkritik beliau dengan nada dan bahasa seperti ini – semuanya kerana sayangkan Islam, UMNO, bangsa dan negara.
Prinsip saya mudah, kamu buatlah apa pun. Tetapi apabila Islam, UMNO, bangsa dan negara tergugat seperti sekarang ini, saya akan bangkit menyatakan kebenaran. “berkata benar walaupun pahit”. Saya sayangkan negara saya. Saya bukan barua Singapura dan menjadi ejen asing.
Sesungguhnya, tidak ada cara lain untuk kita menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional dari terus pupus dan tidak releven di muka bumi Malaysia ini melainkan kita menuntut Abdullah Bin Ahmad Badawi berundur dengan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Berambusnya si Murakbalin ini bermakna berambus jugalah menantu kesayangannya dari arena politik Malaysia.
Sebelum saya mengakhiri surat ini, saya ulangi cabaran saya supaya kamu, ABDULLAH BIN AHMAD BADAWI bertanggungjawab penuh dengan meletakkan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia atas kekalahan Barisan Nasional di lima negeri dan di Wilayah Persekutuan serta kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Atas nama maruah, kehormatan dan harga diri, saya MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP, ahli UMNO dan warganegara Malaysia mencabar kamu berbuat demikian.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan taufiq dan hidayah untuk kamu segera berundur.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP


sumber:http://antikhairy.wordpress.com

Thursday, June 19

Blog antikhairy dimusnah konco-konco KJ

Petang ini P.I cuba melayari blog yamg telah lama P.I tak layari iaitu antikhairy.blogspot.Terkejut P.I apabila mendapati blog itu telah dimusnahkan.Namun P.I menemui blog yang dibangunkan oleh orang yang sama memperjuangkan matlamat untuk menghalang menantu Pak Lah itu dari berkuasa iaitu Anak Jati Rembau.

Disini P.I siarkan kenyataan yang dibuat oleh Anak Jati Rembau didalam blog barunya yang mengantikan blog antikhairy.blogspot yang telah pun dimusnahkan oleh konco-konco KJ.

Dahulu ketika kami mulakan blog Anti Khairy dengan menggunakan Blogspot.com, sengaja kami spare kan satu lagi alamat Anti Khairy di WordPress.com. Kami telah menjangka, sudah pasti menantu PM akan membelanjakan berjuta-juta RM untuk mengupah sesiapa sahaja yang boleh menghentikan blog Anti Khairy.

“Pencuri” blog Anti Khairy mendakwa kami menulis semata-mata diatas kebencian kepada menantu PM. Ya, ingin saya tegaskan disini, bahawa kami memang bencikan menantu PM. Mengapa? Mudah sahaja. Menantu PM menggadai negara kepada Singapura demi untuk mencapai cita-cita politiknya.

Kepada moderator baru blog Anti Khairy di Blogspot, anda boleh hijack blog tersebut, tetapi anda tidak dapat menghentikan kami untuk terus mendedahkan agenda jahat menantu PM. Andai kata blog ini juga berjaya di Hijack, tidak ada masalah. Kami sentiasa boleh mewujudkan laman blog yang baru.

Asalkan agenda kami untuk menyekat kemaraan menantu PM yang telah menyebabkan BN hilang kuasa dua-pertiga di Parlimen daripada terus menggadai nagara.


Blog www.antikhairy.blogspot.com telah berjaya dimusnahkan oleh konco-konco menantu PM, oleh yang demikian, kami meneruskan perjuangan dengan menggunakan alamat baru, http://antikhairy.wordpress.com. Kepada yang terbaca notis ini, sila beritahu kepada rakan-rakan yang lain. Jika anda ada "link" kan blog Anti Khairy yang lama, sila tukarkan kepada alamat baru ini.
Sekian,
Anak Jati Rembau.


Minyak oh minyak

Baru-baru ini P.I ada menerima email yang memberi fakta tentang harga minyak dan meminta P.I menyiarkannya untuk tatapan pembaca sekalian.

Antara kandungan email tersebut:

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 16 tahun - sejak 1990 )

TIME TUN DR MAHATHIR

sebelum 90 - RM 0.89

tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21 )

01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)

20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)

01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)

31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)

01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02 )

TIME DOLLAH BEDAWI

01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)

01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)

05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)

31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)

04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)

Nota : (ayat - ayat standard)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan .

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI .

Saudara / Saudari,

Pertama sekali abang Perdana Menteri kita ia itu Ibrahim bin Badawi menerusi syarikatnya SkyChef menjadi supplier makanan kepada syarikat penerbangan MAS yang sekarang mengalami kerugian RM900 juta untuk sembilan bulan pertama 2005. Abang PM kita jual sebotol air mineral kepada MAS dengan harga RM30 setiap botol. Kenapa kita hairan MAS rugi ?

Menteri Besar terengganu Idris Jusoh telah mengadakan lumba kapal layar Monsoon Cup yang menelan duit rakyat sebanyak RM300.0 Juta.

Duit ini di bayar kepada seorang taukeh bernama Patrick Lim dan kekawannya termasuk Khairy Jamaludin menantu Perdana Menteri. Perlumbaan kapal layar tak sampai lima hari makan duit rakyat RM300.0 Juta. Sudah tentu duit RM300.0 Juta itu ditelan oleh orang yang sungguh bertuah dapat kontrak RM300.0 Juta itu.

Untuk menutup kehilangan duit sebesar ini sekarang sabsidi minyak di potong dan harga minyak naik 30 sen satu liter.

Telekom Malaysia pula rugi lebih RM700 Juta duit rakyat sebab terpaksa bayar ganti rugi kepada syarikat telekom German ia itu Deutsche Telekom.. Terpaksa bayar ganti rugi RM700 Juta sebab Telekom Malaysia tak tahu buat kontrak.

Nak tutup rugi ini pula kerajaan potong sabsidi minyak.

Sekarang lebih murah naik kapalterbang Air Asia pergi balik dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Tambang pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu tak sampai RM300 bagi tiga orang sekeluarga.

Air Asia diurus oleh orang yang tidak rasuah dan yang tahu buat bisnes tanpa menyusahkan rakyat.

Sekarang dengan harga minyak yang sudah naik, belanja minyak sahaja nak pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar sudah naik hingga RM220 (kereta Proton Waja). Bayar tol pula lebih RM120. Belanja makan dan minum (nasi campur dan teh kosong) bagi sekeluarga enam orang tambah lagi RM40. Ini bermaksud jumlah belanja minyak, tol dan makan minum pergi balik dari Kuala Lumpur ke Alor Setar hampir RM400.

Negeri lain bukan macam negara kita. Walaupun harga minyak di Thailand lebih mahal daripada harga minyak di Malaysia tapi di Thailand tak ada bayar tol.

Dari Bukit Kayu Hitam ke Bangkok jauhnya lebih 1,100 batu (bukan kilometer) naik lebuhraya enam lorong tanpa bayar TOL (bukan empat lorong macam Lebuhraya Utara Selatan kita).

Di Thailand tak ada rasuah AP. Harga kereta Honda Civic 1.5 di Thailand tak sampai RM40,000. Lebih murah daripada harga kereta Perodua Kelisa 1.0 di Malaysia. Inilah kelebihannya di Thailand - tak ada AP di sana .

Di Malaysia pula ada AP. Sebenarnya harga AP yang perlu di bayar kepada Kerajaan (MITI) tak sampai RM250 sahaja. Tapi AP boleh di jual sehingga RM40,000 sekeping kepada Dato Dato yang kaya yang di kenal sebagai "AP King". Rasuah AP ini telah berlanjutan selama lebih 30 tahun. Akhir kata rakyat Malaysia yang terpaksa tanggung rasuah AP ini.

Oleh yang demikian kereta Honda Civic 1.5 yang dijual dengan harga RM40,000 di Thailand naik harga sehingga RM110,000 di Malaysia. Rakyat Malaysia rugi. Kerajaan pun hilang wang. Bila kerajaan tak cukup wang - maka potonglah subsidi minyak. Maka naik lah harga minyak 30 sen satu liter.

Malaysia Boleh!!!!

Sekian. Salam.

* Tolong hantarkan informasi ini kepada kawan kawan yang anda kenali. Tolong print dan sebarkan kerana hanya 1% penduduk Malaysia yg celik IT.... 99% memerlukan informasi ini sebagai langkah pertama untuk transformasi negara.... Sedarlah sudah 50 tahun kemerdekaan negara kita, tapi kita masih di takuk lama.... HAPUSKAN PENTADBIRAN ASAS RASUAH!!!

Adakah kita harus menjadi mangsa dalam kejadian sedemikian?

Orang lain hutang duit,kita sebagai rakyat Malaysia pula kena membayar ?

Yang penting sekali, bukan setakat bayar sahaja, manakala nak bayar sampai bila ? Adakah ini akan berhenti ?........... .

Wednesday, June 18

UMNO dan Pendekar Bujang Lapok

Dalam sibuk melayari blog-blog berunsur politik tiba-tiba P.I tertarik pada satu ko0men yang diberikan terhadap satu artikel di blog tersebut.Selepas membaca komen tersebut,P.I tersenyum sendirian....

Disini P.I siarkan komen yang disunting dari salah satu blog yang P.I baca untuk berkongsi kisah lucu ini dengan pembaca.

baby shower soap said...

Dalam cerita PENDEKAr BUJANG LAPOK lakonan P.Ramlee, Aziz Sator dan S Samsudin ada satu part di mana ketika mereka sampai ke Kampung Pinang Sebatang dan melintasi sekolah.

Masing-masing tidak tahu membaca. Kaitan dalam cerita ini dengan PANDANGAN ketiga-tiga SENIMAN AGONG ini terhadap UMNO adalah ketika Aziz Satar cuba Membaca...

"Alif Mim Nun TENDANG Wau....Sarkis!!!"
Perasankah saudara semua Seniman Agong Aziz Satar berkata
Alif + Mim + Nun + Wau = UMNO
Dan beliau menyamakan UMNO = Sarkis.
Dan sekarang kepala Pak Badot adalah Pak Lah dan Najib.
Terfikir saya, kenapa Seniman Agong sejak dulu tidak suka dengan UMNO.

Abdullah dan Najib

1. Kita di beritahu oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa dia dan Dato Seri Najib Tun Razak telah bersetuju dengan peralihan kuasa. Tetapi tidak pula disebut bila tarikh itu.

2. Najib pula berkata dia mahu kuasa (Presiden UMNO dan Perdana Menteri) diserah kepadanya diwaktu parti dan Kerajaan berada dalam keadaan sihat walafiat sepertimana yang kononnya pengganti Presiden dan Perdana Menteri dahulu semuanya menerima peralihan kuasa apabila parti dan Kerajaan sudah dipulihkan dan berada dalam keadaan sihat.

3. Sebenarnya semasa saya mengambilalih daripada Tun Hussein Onn ekonomi negara sedang merosot. Sebab itu langkah pertama yang diambil oleh saya ialah memotong gaji Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai tinggi sebanyak 10%.

4. Saya mengambil masa hampir tiga tahun untuk pulih semula ekonomi negara.

5. Keadaan UMNO pun lebih kurang sahaja. Tidak lama selepas itu Timbalan saya letak jawatan dan mencabar saya.

6. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak juga mengambilalih parti dan Kerajaan semasa keadaan tidak begitu sihat; Tunku selepas Dato Onn Jaafar keluar dari UMNO dan Tun Razak setelah rusuhan kaum berlaku dan Perikatan tidak bermaya.

7. Harapan Najib dia hanya akan terima jawatan Presiden dan Perdana Menteri di atas talam perak (silver platter) adalah alasan supaya dia tidak perlu bertanding pada Disember ini untuk jawatan Presiden. Mengetahui sifat suka senang Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah janji untuk melepas kuasa pada tarikh yang tidak ditentukan. Sekaligus Dato Seri Abdullah berjaya untuk melenyapkan kemungkinan dia akan dicabar oleh Dato Seri Najib. Dia (Abdullah) akan menang tanpa bertanding Disember ini. Dengan itu dia akan dakwa bahawa seluruh UMNO menyokong kepimpinannya. Oleh itu tidak ada sebab dia patut letak jawatan.

8. Jika setelah kalah teruk di lima buah negeri dan satu wilayah dia masih dakwa dia menang, mustahil apabila menang tanpa bertanding jawatan Presiden dia akan letak jawatan. Dia akan melegakan hati UMNO dengan berjanji dia akan kerja kuat untuk pulihkan semula UMNO dan Barisan Nasional dan selepas itu dia akan serah kuasa pada Dato Seri Najib.

9. Saya percaya diwaktu ini ramai orang Dato Seri Najib sedang menentukan berapa ramai bahagian yang akan mencalonkan Dato Seri Najib. Dengan kenyataan Dato Seri Abdullah orang Dato Seri Najib akan dapati banyak bahagian-bahagian yang tidak lagi akan calon Dato Seri Najib. Tanpa mendapat 60 pencalonan Dato Seri Najib tidak akan isytihar kesanggupannya untuk bertanding. Kalau dapat pun dia tidak akan berani mencabar kepimpinan Dato Seri Abdullah selepas janji yang dibuat oleh Abdullah.

10. Bilakah kita akan tahu hasil usaha pemulihan UMNO oleh Dato Seri Abdullah? Kita akan tahu dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Saya percaya kali ini UMNO dan Barisan Nasional akan hancur langsung. Dato Seri Abdullah tidak akan jadi Perdana Menteri dan dianya tidak akan dapat serahkan jawatan Perdana Menteri kepada mantan Timbalannya, Dato Seri Najib Tun Razak.

12. Saya bukan nujum dan saya tidak dapat teka apa yang akan berlaku lima tahun dari sekarang. Tetapi saya boleh ramal memandangkan prestasi buruk UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12 dibawah pimpinan UMNO Dato Seri Abdullah Badawi yang di pengaruhi oleh anak dan menantunya. Selain daripada memberi gula-gula kepada Bahagian dan Cawangan, dan berbillion Ringgit kepada Sabah dan Sarawak tidak ada usaha yang menepati kehendak dan mesej pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-12. Hanya dengan meletak jawatan barulah Dato Seri Abdullah dapat pulih UMNO dan prestasi Kerajaan Malaysia. Tetapi ini tidak sanggup dibuat oleh Dato Seri Abdullah. Oleh itu tidak ada harapan yang UMNO akan dipulihkan dan Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.

13. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Rais Yatim akan terkapa-kapa tidak tahu nak buat apa. Apakah Tan Sri Muhyiddin akan bertanding Timbalan melawan Dato Seri Najib atau bertanding Presiden melawan Dato Seri Abdullah? Apakah jawatan yang hendak ditandingi oleh Dato Seri Rais? 14. Sesungguhnya dengan pengisytiharan persefahaman antara dirinya dengan Dato Seri Najib, Dato Seri Abdullah telah berjaya mematahkan segala cabaran terhadap dirinya. Disember ini Dato Seri Abdullah tetap menang tanpa bertanding.



Sumber: http://www.chedet.com/

Bantah konsert 'ego orang agama'

Jimadie Shah Othman Jun 17, 08 4:59pm


Komposer terkenal Roslan Aziz menyifatkan tindakan Pemuda PAS Selangor membantah konsert penyanyi terkenal Ella dan Mas Idayu sebagai tindakan "ego" golongan agama dan bermotifkan politik.

"Orang yang tahu fasal agama, ego dia lebih tinggi. Cuba kita pergi pada seorang ustaz dan kata pada dia, hadis ustaz salah, sanad tak betul. (Awak) ingat dia boleh terima? Mereka ini hendak tunjuk suci," katanya.

Beliau diminta mengulas rancangan Pemuda PAS negeri mengadakan perhimpunan membantah konsert tersebut yang dijadual 6 Julai di Shah Alam.

Konsert itu, yang dilaporkan bersempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, diadakan sebelum perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor antara Singapura dengan pasukan negeri.

Menurut Roslan, bantahan itu terjadi disebabkan PAS sendiri yang ingin menggunakan agama untuk tujuan politik."Secara peribadi saya tidak setuju guna Islam untuk tujuan politik. Saya fikir (tindakan) ini salah. Biar orang kata Umno itu jahat tapi ia tidak guna Islam untuk tujuan politik.

"Masalahnya pada keseluruhan PAS itu sendiri. Sebab itu di Datuk Keramat, saya tidak pernah mengundi. Masalahnya nak mencari orang yang betul dalam parti yang betul.

Dalam Umno yang baik ada orang-orang senget. Orang-orang alim, lebai-lebai yang baik pula dalam parti senget," tambahnya.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim lalu ini juga berkata campur tangan ahli politik seumpama Pemuda PAS Selangor itu sebagai sejenis "buli" akibat kegagalan seniman sendiri.

"Ia berpunca artis kita juga. Ada yang bongok, oleh kerana tak pandai belajar, jadi artis. Jadi, mereka tidak proaktif, tidak ada pengetahuan. Sebab itu orang suruh potong rambut pun tak apa. Kena buli pun tak apa.

"Dulu masa (menteri penerangan) Mohamad Rahmat nak potong rambut pun, saya tak bagi. Jangan potong, saya kata. Saya bukan beruk. RTM tak bagi tak apa," katanya.



berita dipetik dari : http://www.malaysiakini.com/news/84615





Mmmm...bagi P.I sebenarnya tidak wajar Roslan mengeluarkan kenyataan sebegini kerana sebenarnya pada pandangan P.I isu ini bukan masalah isu yang dipolitikan tetapi isu hukum agama.

Islam tidak melarang untuk kita berhibur tetapi janganlah sampai melalaikan.Namun dalam situasi ini apa yang P.I nampak ialah apabila menjemput Ella dan Mas Idayu menyanyi adakah hiburan ini menjadi hiburan yang melalaikan atau sebaliknya?.Pada pendapat P.I,pasti ramai yang terkinja-kinja melompat,menjerit,terpekik terlolong apabila Ella yang digelar sebagai 'ratu rock' sedang menyanyikan lagu-lagu rock.Begitu juga pasti ramai yang meleleh air liurnya apabila melihat aksi Mas Idayu 'bergelek' ketika menyanyikan lagu-lagu dangdutnya.

Inilah yang melalaikan dalam hiburan.Ianya banyak membawa kesan negatif dalam kehidupan sosial masyarakat.Lebih baik dijemput artis-artis nasyid untuk menghibur pengunjung dengan lagu-lagu berunsur dakwah.

Jadi pada pendapat P.I,tidak salah tindakan Pemuda Pas membantah konsert ini kerana umum mengetahui wadah perjuangan Pas ialah memperjuangkan Islam.Yang dilarang oleh Islam tetap dilarang.Kita sebagai umat Islam patut memperjuangkannya.Tidak timbul soal isu yang berunsur politik atau dipolitikkan.Islam itu suci dan ia tidak boleh dipisahkan dengan apa pun perbuatan kita.

Kepada Roslan,seandainya membaca artikel ini dan tersinggung dengan tulisan P.I,maaflah...tapi ini lah kenyataannya.P.I pun bukan lah alim sangat,P.I juga jahil satu ketika dulu,namun P.I bersyukur di beri cahaya oleh Allah untuk kembali kejalanNYA.Andai kita telah jauh tersesat,kembali lah....selagi pintu taubat itu terbuka,selagi itu kita berpeluang untuk kembali...


Tuesday, June 17

Minyak naik...Khairy makin kaya....

Artikel ini dipetik daripada http://chegubard.blogspot.com



Minyak naik.... kemudian kononya bayar rebet tunai melalui POS Malaysia. Tahu tak setiap rebet tunai yang dibayar melalui POS Malaysia dikenakan caj perkhidmatan ? Tahu tak POS Malaysia perkhidmatan milik negara yang telah diswastakan dan baru baru ini sahamnya telah dimiliki oleh sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan menantu PM sedang menikmati keuntungan hasil dari pada mekanisma pembayaran subsidi baru ini...?
Tahukah anda, setiap plan yg diperkenalkan oleh Pak Lah mesti ada motif rasuah atau salahguna kuasa. CONTOH untuk kenaikan harga minyak ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah syarikat berkepentingan menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4. Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada menantu
Kenyataan che'GuBard penuh ada dalam Suara Keadilan yang akan terbit. (pagi tadi temuramah melalui telefon oleh Zul wartawan SK)
sama juga dengan kenaikan lalu sebanyak RM0.30. Kononya selamatkan RM 4.4 billion atas nama untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam. Wang subsidi yang diselamatkan itu sudahpun habis tetapi adakah pengangkutan awam negara meningkat ? Siapa untung... buat badan bas Scomi dapat ...servis gerabak keretapi scomi dapat.... monorail scomi dapat......


sumber: http://chegubard.blogspot.com

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Artikel Oleh husamjr

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.

2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur

3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002.

Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Thursday, June 5

Semakin banyak barang naik,semakin tinggi harapan rakyat pada PR

oleh: pemuda insaf

Lewat petang semalam negara dikejutkan dengan pengumuman kenaikkan harga petrol dan diesel oleh mamanda Perdana Menteri kesayangan ramai,Abdullah Ahmad Badawi.Selepas mendengar berita ini dari rakan-rakan serta Berita Terkini di TV3,P.I terus terkedu bila mengetahui pengumuman tersebut.

Baru 2 hari lepas P.I,melalui artikel P.I yang bertajuk "Alahai..minyak mungkin naik lagi" mengatakan bahawa kemungkinan harga petrol dan diesel akan naik pada Ogos depan.Apa yang P.I tulis pada hari itu adalah berdasarkan sidang akhbar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Dato' Shahrir Abdul Samad.Namun ternyata kerajaan pimpinan Pak Lah kesayangan ramai ini gemar menipu rakyat dengan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Bila harga minyak melambung,maka khabar-khabar angin bahawa teori domino akan berlaku bila-bila masa sahaja.Bila teori ini berlaku,maka yang makin terseksa dan sengsara ialah rakyat marhein termasuk P.I sendiri.Hampir pasti banyak barang yang akan turut serta naik nilainya.

P.I percaya,semakin teori domino menghampiri negara kita,semakin besar harapan rakyat yang mahukan perubahan segera.Semalam ketika menunggu giliran memenuhkan tangki minyak kereta,P.I banyak mendengar keluh resah rakyat kebanyakkan yang menyesali kenaikkan harga minyak ini.Ada yang bersuara menyesali memilih Barisan Nasional pada PRU12 baru-baru ini.

Ada yang menyuarakan betapa tingginya harapan untuk melihat kerajaan akan bertukar dengan seberapa segera bagi menyelamatkan rakyat dari terus ditindas dengan pelbagai isu.Harapan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin tinggi selepas harga minyak melambung tinggi.Terima kasih Pak Lah kerana tindakan beliau semakin menghapuskan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Bagi P.I sendiri,andai Allah berkehendakkan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan,ianya akan tetap berlaku,cuma waktunya yang tidak diketahui.Sama-samalah kita berdoa agar ianya cepat berlaku kerana doa orang teraniaya akan dimakbul.Selain itu Pakatan Rakyat perlulah lebih bersedia untuk mentadbir kerana segala kemungkinan boleh berlaku.-BPI-

Ta’aruf Bersama Islam Liberal

Dewasa ini isu mengenai Islam Liberal menjadi topik utama perbahasan dalam masyarakat oleh ahli akademik, para pemikir bebas, dan ahli agama. Ramai yang memberi hujah yang sangat bernas dan mempengaruhi masyarakat umum terutama kepada mereka yang langsung tidak mempunyai pengetahuan yang sebenar tentang Islam Liberal. Perkara ini sedikit sebanyak menjadi faktor penerimaan unsur-unsur Islam Liberal dalam masyarakat tanpa disedari.

Malah kehidupan kita hari ini dikelilingi oleh produk-produk Islam Liberal bermula dari cara berpakaian, cara bersosial sesama masyarakat hinggalah kepada cara beribadat. Lebih sukar lagi apabila masyarakat umum sudah menerima semua unsur Islam Liberal ini sebagai tatacara hidup ‘Islam’ tetapi hanya berdasarkan kefahaman akal mereka sahaja tanpa merujuk dua sumber pegangan Islam yang asas; al-Quran dan al-Sunnah.


Siapa Islam Liberal?

Rata-rata kita keliru dengan istilah Islam Liberal yang sebenarnya. ‘Liberal’ membawa maksud ‘pembebasan’ atau ‘pelonggaran’. Golongan Islam Liberal juga selalu mentafsir istilah ‘liberal’ sebagai ‘pencerahan’.

Pendukung Islam Liberal menganggap diri mereka sebagai penyelamat umat Islam susulan Islam itu sendiri membawa masalah kepada umatnya seperti undang-undang syari’ah yang kononnya menindas masyarakat menurut dakwaan mereka. Golongan ini juga sering menyalahkan sebahagian besar ulama’ kerana terlalu berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Maka pembebasan atau pelonggaran yang ingin mereka lakukan adalah untuk jauh dari kefahaman Islam yang sebenar iaitu Islam yang dibawa oleh baginda Rasulullah s.a.w sejak 1400 tahun dahulu. Pendukung Islam Liberal mendakwa perlunya reformasi dalam Islam supaya bersesuaian dengan keadaan semasa serta memenuhi semua keperluan dan kehendak manusia menurut peredaran zaman serta perkembangan akal fikiran.

Oleh sebab itu, banyak hujah mereka yang menggunakan ideologi-ideologi barat terutamanya, untuk menentang Islam secara diam-diam dan halus. Ideologi-ideologi ini hanyalah bersandarkan logikal akal semata-mata, maka ideologi ini mudah diterima oleh masyarakat yang kurang faham Islam sebenar dan longgar pegangan akidahnya.

Lebih menakutkan lagi, semua umat Islam berpotensi untuk menjadi pembawa Islam Liberal akibat mentafsir ajaran Islam mengikut kefahaman akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah menerusi para alim ulama’ yang sahih. Tidak hairanlah jika ada di antara golongan Islam Liberal tidak akan mengaku mereka ini membawa fahaman Islam Liberal atas dasar mereka tidak mengenali antara satu sama lain walaupun fahaman yang dibawa adalah sama dari segi konsep asasnya.


Sejarah Liberal Agama

Sejarah bermulanya liberal dalam agama adalah di Eropah sewaktu cengkaman pihak gereja terhadap masyarakat di sekeliling mereka. Keilmuan golongan saintis ketika itu meningkat berdasarkan penemuan-penemuan baru yang kebanyakannya bercanggah dengan pegangan ajaran Kristian.

Maka pihak gereja menghalang sama sekali para ilmuan ini untuk mengesahkan penemuan mereka dan mereka ini dilabel sebagai pembawa ajaran sesat. Contohnya, pihak gereja sudah lama memegang kepercayaan bahawa bumi ini berbentuk rata dan mendatar. Apabila golongan saintis cuba membuat dakwaan bahawa bumi ini berbentuk sfera mengikut kajian yang telah dilakukan, golongan ini ditentang oleh pihak gereja atas alasan menentang fahaman Kristian secara terang-terangan. Maka terjadilah pergolakan sehingga Kristian berpecah kepada dua; Katolik dan Protestan. Golongan yang tidak bersetuju dengan pihak gereja ketika itu adalah Kristian Protestan.

Tragedi ini berlaku akibat ajaran Kristian itu sendiri telah diseleweng daripada ajaran Nabi Isa a.s oleh Tarsus yang juga dikenali sebagai Saint Paul atas kepentingan peribadi. Maka segala kepercayaan yang dipegang bukanlah suruhan Tuhan tetapi lebih kepada logikal akal manusia setempat dan semasa sahaja. Dengan itu ajaran Kristian telah berlawanan dengan hakikat kejadian alam dan perkembangan akal manusia.

Golongan saintis yang menentang pihak gereja sewaktu era pembaharuan di Eropah hanyalah ingin menyatakan kebenaran dan bukanlah menentang Kristian itu sendiri. Apabila kebenaran yang dibawa oleh golongan ilmuan berlawanan dengan kepalsuan yang dibawa oleh golongan agamawan, terjadilah pergolakan dan perpecahan.


Mengapa Islam Perlu Liberal?

Tidak ada langsung alasan yang kukuh golongan Islam Liberal untuk membebaskan ajaran Islam sekarang seperti apa yang telah berlaku dalam Kristian. Ajaran Islam sudah pun lengkap dan sempurna syari’atnya kepada umat manusia hingga ke Hari Kiamat. Ajaran Islam juga tidak menindas mana-mana pihak malah menjaga kesejahteraan manusia tanpa mengira umur, bangsa, adat, dan negara.

Golongan Islam Liberal juga mempunyai agenda tersembunyi dalam melonggarkan pegangan akidah umat Islam atas dasar dibayar dengan lumayan oleh beberapa pihak tertentu yang anti-Islam. Perencanaan ini dilakukan dengan teliti dan menggunakan media massa sebagai alat utama menyerang pemikiran umat Islam dalam merosakkan akidah serta memusnahkan pegangan terhadap al-Quran dan al-Sunnah.

Di Indonesia sudah wujud satu agama baru iaitu Islam Liberal yang didukungi oleh Jaringan Islam Liberal (JIL). Jaringan ini sangat berpengaruh dalam membahas isu-isu Islam Liberal sehingga garis yang jelas di antara Islam sebenar dan Islam yang sesat itu samar kelihatan. Situasi ini harus dijadikan iktibar dan amaran kepada umat Islam di Malaysia dalam menjaga kesucian dan ketulenan Islam itu sendiri hingga ke akhir hayat kita.


Saranan Golongan Islam Liberal

Golongan Islam Liberal membawa agenda merosakkan pegangan akidah umat Islam secara sedar atau pun tidak melalui media massa, program tertutup dan terbuka, drama atau filem yang disuntik idea liberalisasi Islam, dan sebagainya. Kebanyakan saranan golongan Islam Liberal ini bersifat halus dan sukar dikesan akibat sebahagian besar isu yang diketengahkan sudah sebati dalam masyarakat.

Antara saranan utama golongan ini adalah mempertikaikan pandangan serta kenyataan para alim ulama’ yang benar. Mungkin kita kurang sedar tentangan golongan Islam Liberal terhadap alim ulama’ akibat pendedahan media massa yang lebih menyebelahi mereka dan kurang menekankan pandangan serta kenyataan alim ulama’ terhadap sesuatu isu. Situasi ini sangat berbahaya di mana masyarakat sudah berani mengkritik mufti-mufti atas fatwa yang dikeluarkan dengan pelbagai alasan logikal semata-mata.

Golongan Islam Liberal juga mengajak masyarakat kebanyakan supaya berani memberi pendapat terhadap sesuatu isu agama mengikut pandangan sendiri tanpa merujuk kepada ahli agamawan yang berkeutamaan dalam membincangkan isu tersebut. Situasi ini jelas bilamana perbincangan dalam isu-isu agama seperti poligami dibincangkan dalam media massa dengan menjemput artis-artis serta ahli korporat sebagai panel undangan. Mengapa para alim ulama’ diketepikan? Ini kerana isu yang dibincangkan hanyalah untuk memenangi agenda golongan Islam Liberal ini.

Usah terkejut jika ada di antara golongan Islam Liberal ini mempertahankan hak golongan gay serta lesbian. Atas alasan kebebasan individu untuk memilih pasangan, golongan Islam Liberal membuka ruang kebebasan kepada umat Islam supaya melangkah setapak lagi menjauhi akidah Islam yang dipegang selama ini. Antara liberalis Islam yang lantang mempertahankan hak ini ialah Raquel Evita Saraswati, Koordinator Projek Ijtihad dibawah kelolaan Irshad Manji.

Di Malaysia, golongan Islam Liberal ini sangat rakus menghentam institusi Mahkamah Syari’ah atas alasan mengiktiraf Mahkamah Sivil sebagai jalan keluar menyelesaikan segala permasalahan undang-undang yang utama. Kebanyakan kes yang digunakan oleh golongan Islam Liberal untuk menentang institusi Mahkamah Syari’ah ialah perceraian, hak penjagaan anak, hak untuk murtad, penentangan terhadap poligami, dan sebagainya.


Mari Banteras Islam Liberal

Tidak ramai orang yang sanggup menumpukan tenaga dan usaha untuk membanteras Islam Liberal hingga ke akar umbi. Puncanya ialah kurangnya pendedahan terhadap penyelewengan Islam yang dilakukan secara halus dan licik. Malah gaya hidup masyarakat Islam di Malaysia sudah dibelenggu dengan unsur-unsur liberal tanpa kita sedari. Hasutan dan propaganda yang dibuat oleh golongan Islam Liberal ini juga sangat halus sehingga kawan sendiri juga berpotensi menjadi lawan.

Risiko membanteras Islam Liberal terlalu besar namun tidak ada yang lebih besar dari kekuasaan Yang Maha Esa. Semoga usaha membanteras ini mendapat keredhaan-Nya dan sentiasa dibekalkan dengan kekuatan yang tidak putus-putus.

Saya akan mendedahkan lagi penyelewengan akidah oleh Islam Liberal dalam tulisan-tulisan yang berikutnya. Diharapkan tulisan ini dapat disebarkan dan usaha yang kita lakukan sentiasa dinaungi rahmat dari Allah s.w.t, insya-Allah.

`Izzat Anwari bin Hasni
Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)
http://ababil.wordpress.com

Menjawab Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan dan SIS

Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah tanpa merujuk kepada kumpulan atau individu yang lebih berautoriti. Situasi ini lebih sangat jelas dalam perkara berkaitan agama. Ayat-ayat al-Quran ditolak dengan senyap-senyap, hadith disoal kesahihannya walaupun sudah ternyata kebenaran, saranan ulama’ dilayan seperti kanak-kanak. Maka golongan yang tidak arif dalam membuat keputusan bagi perkara-perkara berkaitan Islam mula menunjukkan kehebatan mereka dalam hukum-hakam syari’at Islam.

Memetik kata-kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam The Star;

“In view of the rising number of women contracting HIV, every woman should carry a condom with her for her own protection”

Walaupun kenyataan beliau ini adalah saranan untuk mengelakkan jangkitan HIV, namun kata-kata ini boleh dijadikan ‘fatwa’ kepada masyarakat umum seolah-olah Kementerian Kesihatan yang mewakili kerajaan menghalalkan penzinaan tetapi dengan syarat memakai kondom. Sebagai seorang timbalan menteri, beliau wajar menimbang natijah kenyataan yang dibuatnya itu. Jika kurang arif dengan perkara tersebut, beliau sepatutnya meminta pihak media menangguh dahulu temuramah dengan persoalan yang menyentuh Islam.

Norhayati Kaprawi dari Sisters In Islam (SIS) menyokong kenyataan Dr Abdul Latiff dalam laporan The Star yang lain;

“Women’s groups have come out in support of the Health Ministry for promoting the use of condoms to combat HIV, but say practising safe sex is the responsibility of both men and women”

Apakah yang dimaksudkan dengan seks selamat dalam kenyataan Norhayati Kaprawi? Menghalalkan seks dengan syarat menggunakan kondom? Apa sudah jadi dengan pertubuhan yang menggunakan nama Islam ini? Malah Norhayati Kaprawi menambah;

“We hope the ministry allocates a bigger budget for free condoms for those who need it, like drug abusers and their partners”

Kenyataan ini sekaligus menunjukkan keseriusan SIS dalam membawa agenda membenarkan seks bebas atas alasan seks selamat dengan kondom. Golongan kanak-kanak dan remaja yang kurang ilmu agama pastinya akan menyahut seruan ini malah menjadikan pernyataan Datuk Dr Abdul Latiff dan Norhayati Kaprawi sebagai imunisasi dalam melakukan perbuatan terkutuk ini. Sekiranya remaja ini tertangkap akibat perbuatan zina, mereka tidak akan berasa takut kerana kenyataan dari 2 orang di atas boleh dijadikan sandaran.

Tidak dinafikan, menurut Maqasid al-Syari’ah, dalam Dharuriyyat al-Khams, menjaga nyawa menjadi keutamaan jika dibandingkan dengan menjaga keturunan atau maruah dalam perkara-perkara yang darurat tetapi kedua-dua ini sama tinggi tarafnya dalam syari’ah. Namun dalam konteks yang dibincangkan ini Allah s.w.t telah meletakkan garis yang sangat jelas kepada manusia dalam firman-Nya:

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”
[QS al-Nūr 24:30-31]

Tidakkah jelas ayat-ayat Allah s.w.t dalam membawa manusia kepada kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat? Sikap manusia itu sendiri yang ingin memilih jalan yang membawa keuntungan kepada diri sendiri dan tidak terikat dengan ajaran Islam. Jika ayat-ayat Allah s.w.t ini dinafikan sama ada secara terang-terangan mahupun senyap-senyap, ambil masa dan mengucap dua kalimah syahadah kembali.

Allah s.w.t meletakkan garis yang sangat selamat kepada umat manusia dalam menjaga keturunan dan maruah melalui larangan daripada berzina dalam firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”
[QS al-Isrā’ 17:32]

Jika zina tidak boleh dihampiri, apatah lagi melakukannya! Hanya manusia yang benar-benar beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman yang akan mengikut perintah Allah s.w.t ini.

Ulasan kedua-dua pihak diatas mengenai kebebasan melakukan seks dengan syarat menggunakan kondom berbau liberal. Malah banyak kenyataan Islam Liberal yang jelas menolak ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah secara terangan mahupun senyap-senyap. Lebih menggerunkan lagi ada juga di antara pendukung Islam Liberal ini menyalah-tafsir ayat-ayat al-Quran dan menyeleweng maksud hadith untuk kepentingan peribadi mereka.

Saranan saya kepada Datuk Dr Abdul Latiff dan Norhayati Kaprawi supaya mereka menarik balik kenyataan yang dibuat dan kajian mengenai gejala AIDS ini harus dibuat secara menyeluruh termasuk penglibatan secara langsung golongan ulama’ disamping pengamal perubatan serta ahli yang berkewajipan dalam menangani masalah ini. Sebagai seorang doktor yang beragama Islam dan seorang aktivis pertubuhan yang menggunakan nama Islam, seharusnya situasi ini diteliti terlebih dahulu tanpa membelakangi Islam itu sendiri.

Dalam kenyataan yang sama, Datuk Dr Abdul Latiff berkata;

“I urge the Malay leaders and the Malay non-governmental organisations to come forward to champion this cause”

Dan saya sanggup ke hadapan untuk sama-sama berbicara tentang perkara ini.

Mari sama-sama kita renungi nasib umat Islam di Malaysia jika situasi ini dibiarkan tanpa sebarang tindakan. Na’uzubillah.

`Izzat Anwari bin Hasni
Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL)
http://ababil.wordpress.com

Tuesday, June 3

Harga Minyak Mungkin Naik

Oleh: pemuda insaf



Baru 2 minggu lepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Dato' Shahrir Abdul Samad berkata yang kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak namun segalanya berubah apabila beliau sendiri telah membayangkan bahawa kerajaan akan menaikkan harga barangan keperluan itu.


"Ia akan berlaku...harga petrol akan naik,mungkin dalam Ogos tahun ini apabila sistem subsidi diberi penstrukturan semula." kata Sharir kepada pemberita di lobi parlimen.


Katanya, kenaikan harga minyak itu selari dengan penstrukturan mekanisme baru skim subsidi minyak yang dinikmati rakyat kini.

"Sudahpun ada beberapa cadangan dan mekanismenya sudah disampaikan kepada Kementerian Kewangan dan ia akan diputuskan secara terbaik," katanya lagi.

"Kalau hari ini kita lihat subsidi yang kita terima tu, dia berasaskan kepada jumlah yang kita pakai. Kalau kita guna 200 liter sebulan pun kita akan dapat subsidi bagi setiap liter yang kita beli, kalau kita guna hanya 100 liter pun kita akan dapat subsidi, jadi bermakna tak ada sekatan kepada subsidi yang kita peroleh kerana ia berasaskan kepada kegunaan kita.

"Itu bermakna ia satu sistem subsidi yang tak terjurus kepada masalah. Sepatutnya subsidi itu kepada kumpulan yang memerlukan pertolongan dan memerlukan subsidi, bukan hanya diberikan ikut kemampuan kita menggunakannya (bahan yang bersubsidi)," jelas Menteri berambut putih ini lagi.

Shahrir berkata penstrukturan itu juga adalah antara pendekatan kerajaan dalam menangani peningkatan beban tanggungan subsidi berikutan kenaikan mendadak harga minyak dunia sehingga mencecah lebih AS$130 setong ketika ini.

Beliau berkata jumlah subsidi yang dijangka ditanggung kerajaan untuk petrol, diesel dan LPG tahun ini ialah RM56 bilion dan ia berbeza dari tahun 2000 hingga 2007 iaitu RM37.4 bilion.
Shahrir berkata larangan penjualan petrol dan diesel oleh stesen minyak beroperasi dalam lingkungan 50km dari sempadan kepada kenderaan asing, adalah hanya langkah sementara.

"Ini adalah tindakan sementara dan ia bukan satu tindakan yang berpanjangan kerana akhirnya kerajaan akan uruskan soal subsidi petrol dan diesel.

"Sekatan ini perlu untuk halang kenderaan masuk hanya untuk ambil minyak seterusnya membuat rakyat sedar memang besar subsidi yang diberikan kepada petrol dan diesel. Apabila sistem pengurusan subsidi dapat kita putuskan, sekatan tak akan timbul lagi," katanya.

Menteri Barisan Nasional itu berkata larangan penjualan itu sudah berkuatkuasa di sempadan Malaysia dan Thailand hari ini manakala bagi sempadan Singapura, ia akan berkuatkuasa pada 9 Jun ini.

"Larangan penjualan minyak itu tidak membabitkan mereka yang menunggang motosikal kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan membuat keputusan untuk mengecualikan mereka," katanya.

Shahrir berkata beliau tidak melihat larangan itu akan menjejaskan ekonomi negara walaupun terdapat rungutan daripada pengusaha stesen minyak terbabit.

"Saya dapati daripada laporan yang diterima memanglah perniagaan di sebelah sempadan itu dari segi pelanggan kereta kenderaan Thailand bisnesnya di stesen minyak itu telah berkurang sikit, dah tak berpusu-pusu macam dulu.
"Jika ekonomi negara bergerak hanya kerana penjualan barangan subsidi, maknanya kita tak mantap. Saya tak lihat bahawa ia boleh menimbulkan masalah dari segi ekonomi," katanya. -BPI

9 Sebab-Sebab Hati Tak Bahagia

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain…andai kita terleka dengan dunia …buruklahh padahnya.
Wallahualam

dipetik dari: http://dpprompin.wordpress.com