Friday, September 19

Horoskop

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja.. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya..
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan...

Tuesday, September 16

Sidang Media Anwar Di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya !!

Tiada berita gempar yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi. Apa yang dinyatakan oleh beliau kebanyakan ada perkara yang sama seperti yang dimaklumkan kepada rakyat semasa Sambutan Hari Malaysia di Stadium MBPJ, Kelana Jaya malam tadi. Apa yang jelas dapat dilihat ialah kehadiran begitu ramai wartawan media tempatan dan asing untuk mendengar "pengumuman gempar" daripada Anwar tentang peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru. Sidang media telah diadakan bermula pada jam 2.20 petang tadi.

Sidang media turut dihadri oleh beberapa orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Apa yang jelas dalam sidang medianya sebentar tadi Anwar sekali lagi menyatakan bahawa perubahan kerajaan pasti berlaku dalam masa terdekat ini. Beliau yang cuba mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi tentang hal ini berharap agar rakyat bersabar dan berdoa semoga perubahan ini dapat berlaku dalam proses yang terkawal. Beliau memberi peluang kepada Pak Lah untuk "berunding" tentang peralihan kuasa secara aman. Perubahan yang berlaku tidak perlu ada keganasan atau rusuhan yang boleh menyebabkan negara berada dalam keadaan huru-hara. Beliau menyatakan segalanya sudah berada dipenghujungnya. Pak Lah perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak kepimpinannya. UMNO dan Barisan Nasional harus memikirkan masa depan negara dan rakyat. Kelemahan pentadbiran dan penolakan rakyat jelas dapat dilihat bermula semasa Pilihanraya Umum Mac lalu. Keadaan ekonomi yang semakin parah, menyebabkan masalah pengangguran kian kritikal membuktikan bahawa rakyat semakin menderita kini.

Anwar juga tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang bakal menyertai Pakatan Rakyat. Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Rakyat hanya bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad terlebih dahulu. "Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya. Pakatan Rakyat mengumumkan sasaran membentuk kerajaan baru 16 September - sempena pembentukan Malaysia pada 1 April lalu - selepas pilihan raya umum 8 Mac. Pada sidang media hari ini, sebagaimana dikatakan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini, Anwar mengulangi mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Kata beliau, Pakatan Rakyat mempunyai lebih daripada 31 Ahli Parlimen tambahan - daripada BN yang diperlukan bagi mencapai sasaran mereka. Ketika ditanya butiran mengenai ahli-ahli Parlimen berkenaan, Anwar berkata: "Kalau umumkan sekarang mereka akan ditangkap kerana kita sudah tahu prosedur kerajaan.".

SUMBER: www.pahangdaily.blogspot.com

Pakatan Rakyat Sedia Mengambil Alih-Anwar Ibrahim

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat.

Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.

2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.

3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

10 Wasiat Imam Syafie

Assalamu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. . semua

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Mukjizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

Majoriti cukup untuk tubuh kerajaan - Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Hrkh) -Pakatan Rakyat memiliki jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.

Menurut Penasihat Parti KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, majoriti yang ada ketika ini sudah dapat menubuhkan kerajaan baru.

Tambahnya, semalam pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 15,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini semalam, tidak memberitahu nama-nama mereka yang terlibat.

Menurut Bernama, Anwar mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.

“Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS,Dato’ Kamaruddin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali. - mks.

Terkini: Kekecohan Berlaku, Polis Berkejar Ke Pejabat UMNO Kuantan !!

Berita terkini diterima dari Pejabat UMNO Bahagian Kuantan jam 11.10 pagi tadi, berhampiran dengan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I Kuantan satu mesyuarat tergempar sedang diadakan sekarang ini. Dipercayai berlaku kekecohan apabila terdapat beberapa buah kenderaan polis tiba di lokasi itu sebentar tadi. Mungkinkah kekecohan gara pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Apapun Pahang Daily masih menantikan laporan terkini berhubung perkara ini dari krew kami di lokasi. Senario semasa politik sekarang memungkinkan berbagai kejadian tidak diingini berlaku dalamparti karat itu di sana sini. Semua ini adalah petanda bahawa zaman kejatuhan empayar UMNO kian tiba. Maka bersiap-siaplah kita menyediakan "bot" untuk mengangkut ahli mereka yang mahu diselamatkan dari terus karam dari "kapal UMNO" itu. Harap Maklum

SUMBER: www.pahangdaily.blogspot.com

Monday, September 15

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Friday, September 12

Membina tugu itu HARAM hukumnya


Assalamualaikum....


Baru-baru ni P.I ada menerima email dari seorang pembaca mengenai hukum membina tugu.Jadi dikesempatan ini P.I menyiarkan email tersebut bagi bacaan semua.Jadi renung-renungkan lah kerana sekarang makin banyak PBT membina tugu dikawasan tadbiran masing-masing.Renung-renungkanlah....


Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz


Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara
yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan
sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta
pembinaannya adalah haram....


ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka
disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. .
Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan
telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa
sahaja... tiada tindakan undang2yang boleh diambil...


Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh
mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar
langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya
tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka
Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... "
walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak
melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan
mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."


Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus
dewan...
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di
mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan
hindu bersemayam.. "
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...


Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan
bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia
bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan
termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya.. ..


Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)


[Renung-renungkan dan selamat beramal]


Laman Blog: Akhirnya, Kerajaan Terpaksa Akur Dengan Kebebasan Bersuara Di Alam Siber !!

Akhirnya Kerajaann terpaksa akur juga dengan kebebasan menulis di laman blog. Biarpun sebelum ini mereka berusahan untuk mengadakan sekatan demi sekatan ke arah menyekat menunculan terlalu ramai blogger yang menggasak kerajaan sekarang ini.

Namun mereka terpaksa menerima hakikat yang dunia "globalisasi" hari ini teknologi internet tidak dapat disekat. Penggunaan berbagai cara untuk menakut-nakutkan para blogger jelas sekali menggambarkan yang kerajaan BN pimpinan Pak Lah Badawi semakin tertekan sekarang. Mereka kecewa kerana, informasi yang disampaikan menerusi blog kini lebih cepat "diakses" oleh rakyat daripada saluran media rasmi kerajaan.

Barulah kini mereka sedar bahawa, akhbar arus perdana ternyata gagal untuk menyekat suara rakyat. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun dulu mereka boleh memesongkan minda rakyat menerusi akhbar arus perdana. Namun, semenjak kebangkitan gelombang ICT ternyata ianya telah gagal untuk dihalang dan disekat lagi. Rakyat lebih mudah, cepat dan bijak menilai sesuatu berita yang disampaikan menerusi laman blog. Inilah yang amat menggusarkan kerajaan sebenarnya. Lantaran itu mereka terpaksa mengadakan berbagai usaha untuk membendung pengaruh laman blog ini.

Pahang Daily, mengucapkan syabas kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor yang mengumumkan keputusan Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini. Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam. Arahan sekatan dikenakan sebelum ini telah dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog, termasuk portal berita "Malaysia Today" kelolaan Blogger Raja Petra Kamaruddin. Dengan keputusan itu bermakna sekatan telah ditarik balik berkuat kuasa serta-merta. Semoga keputusan ini bakal memberi harapan yang lebih luas untuk kami melaporkan maklumat dan berita kepada rakyat.

[Warga kerja Pahang Daily juga amatlah berharap agar pihak kerajaan dapat lebih telus dalam mengeluarkan berita-berita semasa dalam media arus perdana. Kekalahan besar BN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dan terbaru di Permatang Pauh, jelas sekali membuktikan rakyat sudah semakin bijak untuk menilai sesuatu berita yang diterima. Syabas diucapkan kepada akhbar "Sinar Harian" yang lebih adil dan telus menyampai berita kepada rakyat]

SUMBER: www.pahangdaily.blogspot.com

JALAN TG.LUMPUR-SG.SOI BAGAI JERANGKAP SAMAR

Oleh : pemuda insaf

Semalam saya melalui jalan Tanjung Lumpur-Sg.Soi untuk menuju ke rumah saya dari pusat bandar Kuantan.Setelah lama tidak melalui jalan itu dan saya menjangkakan jalan itu sudah siap dinaik taraf jadi saya pun melaluinya kerana pada fikiran saya ianya sudah menjangkau 2 tahun lebih proses naik taraf tersebut.

Namun alangkah terkejutnya saya apabila melaluinya kerana ianya bagi saya bukan "projek menaik taraf" tetapi menjadi "projek menurun taraf".Jalan tersebut bukan sahaja tidak rata malah berlubang-lubang menyebabkan ianya cukup merbahaya dilalui oleh pengguna terutamanya penunggang motosikal lebih-lebih lagi disebelah malam.

Menjadi persoalannya sekarang ialah status sebenar projek tersebut kerana difahamkan sebelum pilihanraya Mac lalu,wakil rakyat kawasan tersebut telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.Namun sehingga kehari ini ianya masih berlarutan malah menjadi lebih teruk apabila hari hujan.

Saya ada bertanya dengan beberapa penduduk yang mendiami kawasan sepanjang jalan tersebut tentang pendapat mereka mengenai keadaan jalan tersebut dan rata-rata mereka menyalahkan pihak yang bertanggungjawab diatas masalah yang berlarutan itu.

Oleh itu diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sepatutnya diatas masalah yang kian meruncing dikawasan ini.Buatlah sesuatu untuk membela rakyat.

Thursday, September 11

Berita Pahang: Projek Lebuhraya Pantai Timur, Indah Kabar Dari Rupa !! Hati-Hati Balik Raya.

Hari Raya Aidil Fitri hampir menjelang tiba tidak lama lagi, maka pastilah berduyun-duyun warga kota yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing. Bagi mereka yang ke Pantai Timur terutamanya Pahang, Trengganu dan Kelantan pasti bakal menempuh laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Mendengar namanya sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita "teruja" melalui lebuhraya itu . Bermula dari Karak hinggalah ke Kuantan, LPT bakal menjadi sesak dan sibuk terutamanya menjelang hari raya. Namun sebagai warga pahang yang sering melalui lebuhraya itu, kami amat kecewa melihat keadaannya yang hanya "indah kabar dari rupa". Nampak benar projek ini banyak penyelewengannya. Projek LPT yang diselengarakan oleh MTD itu kini dilihat banyak mengalami masalah. Dengan kerosakan, keadaan jalan yang tidak selamat serta beralun-alun jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa rakusnya puak-puak ini "merompak" duit rakyat.

Kabarnya, sebelum projek dijalankan pauk-puak UMNO Pahang telah mendapat tender bagi mengeluarkan balak sepanjang lebuhraya terbabit. Maka ramailah para pemimpin UMNO setempat yang mendapat "durian runtuh". Kemudian, bila projek itu dimulakan terdapat banyak kelemahan yang dikenalpasti. Namun dek kerana arahan pihak atasan, LPT terpaksa disiapkan biarpun tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Akibatnya banyak masalah yang berlaku seperti jalan sering rosak, berlaku masalah banjir (Lanchang), jalan beralun-alun, jambatan rosak, serta macam-macam lagi. Susulan daripada itu, maka banyaklah kejadian kemalangan yang telah berlaku walhal dijalan yang lurus. Lebih malang, biarpun baru sebulan dilancarkan sudah ada jalan yang rosak dan perlu dibaiki. Ini menyebabkan ia menimbulkan masalah kepada para pengguna. Terkadang, sepanjang perjalanan kita akan bertemu dengan dua tiga tempat jalan rosak dan sedang diperbaiki. Ini menyusahkan para pengguna, kerana jalan dua lorong dijadikan satu lorong akibat penyelengaraan itu. Hasilnya ramailah pengguna lebuhraya berkenaan yang merungut. Namun, kepada siapakah mereka harus mengadu?

Pahang Daily cuba membuat pemantauan sepanjang Lebuhraya Pantai Timur minggu lalu. Masya Allah !! Rupanya ia bakal mengundang masalahh yang lebih besar kepada pengguna menjelang hari raya ini. Kesesakan yang luar biasa pasti akan berlaku, kerana trafik akan meningkat terutamanya dua tiga hari menjelang Aidil Fitri. Apa tidaknya, sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Karak, kami telah melalui bukan satu, dua atau tiga, malahan empat kerosakan jalan di lebuhraya berkenaan. Sungguh malang nasib rakyat kerana terpaksa menanggung semua ini. Kerja-kerja penyelengaraan sedang dilakukan dan ini menyebabkan di keempat-empat kawasan kerja berkenaan, jalan dua lorong akan dijadikan satu lorong. Dikala ini, mungkin ianya tidak menjadi masalah. Namun kita pasti masalah yang besar akan menimpa tatkala syawal menjelma. Mengapakah ini terjadi? Tidakkah pihak MTD dapat mengenalpasti masalah ini sejak dari awal lagi. Mengapakah lebuhraya LPT terlalu teruk keadaannya daripada lebuhraya PLUS. Apakah ini projek mega yang dikatakan membela serta memberi kemudahan kepada rakyat. Nampak sangat penyelewengan berlaku dalam projek ini. Bayangkan pernah terjadi baru-baru ini, jalan berhampiran Lanchang telah tidak dapat dilalui kerana "banjir". Tidak masuk akal sebuah lebuhraya yang dibina dengan menelan belanja berbilion ringgit boleh ditenggelami banjir hingga menyusahkan rakyat.

Apa yang pasti, sudah tentu yang akan mendapat imbuhan jutaan ringgit ialah syarikat kroni yang diberikan kontrak penyelengaraan dan pembaikan disepanjang lebuhraya terbabit. Sebaliknya rakyat akan menangung sengsara kerana terpaksa berhadapan dengan kesulitan melalui jalan yang kononnya "lebuhraya" itu. Sepatutnya, bila berlaku kerosakan sebegini "caj laluan" yang dikenakan juga perlu dikurangkan !!. Ini kerana pengguna terpaksa berhadapan dengan masalah terbabit dan ia menimbulkan keadaan yang tidak selesa, biarpun namanya lebuhraya. Jika begini keadaannya, maka lebih elok untuk pengguna melalui jalan biasa. Diharap, pihak berkaitan dapat memantau perkara ini dan tindakan drastik dengan kadar segera dapat diambil. Kerosakan yang sedia ada itu haruslah disiapkan sebelum minggu terakhir Ramadhan ini. Jika tidak sudah pasti masalah yang lebih besar akan berlaku.

[Kesimpulannya, beginilah nasib projek yang dibuat atas nama kemudahan dan pembangunan. Kos-kos ditambah sebaliknya bahan-bahan pembinaan dikurangkan. Ini semua adaalah untuk memberi ruang kepada puak-puak mereka mengaut keuntungan hasil kerja perbaikan yang akan dibolot nanti, justeru itulah kita tidak nampak LPT akan berkeadaan selesa seperti PLUS]

SUMBER : www.pahangdaily.blogspot.com

Berita Pahang: Curi Balak, Terbukti Terdapat Kepincangan Dan Penyelewengan Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri !!

Kes kecurian balak di Pahang dilihat semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Sebagai rakyat Pahang kita pun naik hairan melihat penguatkuasaan yang ternyata "hambar" oleh pihak kerajaan negeri, terutamanya Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Setiap tahun bahkan selang dua tiga bulan pasti sahaja kita akan mendengar berita tentang kes kecurian balak di Pahang. Seolah-olah di negeri lain tidak terdapat "hutan balak". Mengapakah ini terjadi di negeri ini?


Terbaru, kes kecurian balak di Hutan Simpan Lepar, Maran dan Tersang, Raub. Kes itu didedahkan oleh TV3 dalam slor Buletin Utama. Apa yang jelas dapat dilihat kecurian yang dibuat sememangnya amar terancang dan seolah-olah ianya mendapat perkenan daripada "pihak-pihak atasan". Soalnya mengapakah ini terjadi?. Siapakah yang bertanggungjawab menyebabkan kes ini sukar dibendung. Apakah rakyat harus dipersalahkan?. Wartawan Pahang Daily, cuba menbuat penyiasatan akan hal ini dengan Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Maka akhirnya dapatlah dibuat kesimpulan mengapakah kes kecurian balak ini sering berlaku.

Pertamanya, kekurangan Pegawai Penguatkuasa untuk membuat pemantauan. Setakat ini katanya hanya lebih kurang 6 orang sahaja bertanggungjawab untuk menjaga hutan di Pahang (info terbaru mungkin ada sedikit penambahan). Bahkan pejabat hutan terpaksa menyewa "helikopter" untuk membuat pemantauan dari udara, bagi mengenalpasti kes-kes berkenaan. Itu pun sebulan hanya beberapa kali sahaja mereka melakukan tugas tersebut. Bagi "Renjer" dan lain-lain pegawai serta penyelia perhutanan, mereka hanya menjalankan tugas membuat pengawasan di kawasan masing-masing. Sedangkan hutan di negeri Pahang adalah amat luas, dan ternyata ia sukar untuk dipantau oleh pihak berkuasa.

SUMBER : www.pahangdaily.blogspot.com

Wednesday, September 10

10 September 2008 Anwar Ibrahim 1P Ialah Halangan Kepada Agenda 3P

Oleh zublizainordin

10 September, 2008 tumpuan ramai dalam dan luar negara kembali tertumpu kepada Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan.Tingkat 4, Mahkamah Sesyen (Jenayah 4), Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jam 9 pagi, Rabu, 10 September, 2008.

Tiada kedapatan maklumat terbaru dari Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Maklumat terbaru dari Anwar Ibrahim ialah bersama satu jamaah dari jemputan terbuka telah mengadakan solat Tarawikh di kediamannya.Doa, yang benar diakui benar, dan yang salah diakui salah. Keadilan.Pada Anwar Ibrahim, apa yang dihadapi ini ialah 1P halangan kepada Agenda 3P. Laluan yang dihajatinya ialah dari Permatang Pauh, ke Parlimen, dan ke PutraJaya. Namun halangannya ialah Penjara.Sabit kesalahan, hukumannya ialah 20 tahun penjara dan sebat.Pada 7 Ogos, 2008, yang lalu, Anwar Ibrahim telah didakwa secara rasmi, kini 10 September, 2008, Anwar Ibrahim dikehendaki hadir untuk mendengar yang memungkinkan satu tarikh ditetapkan bagi kes ini, atau kes ini dipindahkan ke lain Mahkamah, ataupun bail ditarik balik lalu kemungkinannya Anwar Ibrahim dihantar ke penjara.



Anwar Ibrahim dibela oleh 9 peguam, Sulaiman Abdullah, R. Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S. N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Beebi Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.Sementara Peguamcara Negara Idrus Harun mengetuai pasukan pendakwaan. Idrus Harun dibantu Ketua Unit Pendakwaan Mohd Yusof Zainal Abiden, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Hanafiah Zakaria dan Timbalan Pendakwa Raya Shamsul Sulaiman.Peguam pemerhati bagi Majlis Peguam ialah Rajpal Singh dan George Varughese manakala peguam Zamri Idrus pula mewakili Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ialah S.M. Komathy Suppiah. Hakim yang mendengar prosiding ini menggunakan budi bicara beliau yang diperuntukkan di bawah Seksyen 388 Kanun Acara Jenayah. Biasanya kes jenayah memerlukan pasport antarabangsa ditahan.


Dijangkakan ramai yang mengikuti perbicaraan ini dari jauh, melalui media massa dan internet. Manakala ramai juga bakal hadir di persekitaran tempat perbicaraan ini berlangsung untuk mengikutinya dari dekat.


Seperti biasa pasukan pakaian seragam akan mengawal keadaan supaya keamanan terpelihara.
Kes ini disebut dan dikenali sebagai Sodomi II.


Mulanya pada 26 Jun, 2008, Mohd Saiful Bukhari Azlan, diperiksa oleh Pegawai Perubatan Hospital Pusrawi, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.


Diikuti dengan laporan polis dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008.
Pada 16 Julai, 2008, Anwar Ibrahim telah ditahan. Seterusnya, Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk pemeriksaan, tetapi enggan membenarkan sampel DNA nya diambil.


Kemudian, Anwar Ibrahim didakwa pada 7 Ogos, 2008.
Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah. Hakim membacakan keputusan, dan menyebut tarikh 10 September, 2008. Anwar Ibrahim meneruskan langkah untuk bertanding di pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh pada 16 Ogos, 2008.


Sebelum itu, pada 15 Ogos, 2008, Mohd Saiful Bukhari Azlan, melakukan sumpah laknat. Dalam majlis perlangsungan inilah, muncul nama Ramlang Porigi.
Sementara itu, pada 19 Ogos 2008, Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) dibentangkan di Dewan Rakyat.


Terkini, Anwar Ibrahim mengumumkan langkah pembentukan kerajaan baru berterusan sebagaimana dirancangkan. PutraJaya ialah P yang Pelangkap agenda ini yang disasar awalnya pada 16 September, 2008.


Tarikh baru mula disebut memandangkan sebahagian Ahli BN-BBC kini telahpun berlepas ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar.


Tambahan lagi, tanpa mengetahui apakah kemungkinannya selepas 10 September, 2008.Sama-sama kita saksi keadilan seterusnya...

Bacaan Lanjut:http://ms.wikipedia.org/wiki/Kes_liwat_Anwar_Ibrahim_II



PETIAN DARI :www.tranungkite.net

Friday, September 5

Sebenarnya Malaysia tak pernah Merdeka

Oleh : haziq7000

31hb Ogos kini kembali, pesta dan hiburan disana sini. Pejuang sudah lama hilang, semangat sudah lama tumbang, melihat anak-anak Melayu semakin terbuang. Erti perjuangan sudah dilupakan. Erti sambutan dan hiburan terus di sematkan, ke hati anak muda MELAYU yang tidak pernah selami erti sebenar PERJUANGAN dan KEMERDEKAAN.

Rakyat tidak tahu maksud kemerdekaan sebenar. Terusan ditipu oleh media dan pemimpin yang ada. Apakah MELAYU rasai perjuangan, keperitan dan kemerdekaan. Apa yang MELAYU tahu, setiba 31 Ogos, PEMIMPIN akan menjemput untuk berhibur. Anak MELAYU hanya rasai nikmat kemerdekaan. Melonjak, menjerit sambil berpelukan dengan hiburan sambil menanti jam 12 tengah malam untuk teriakan, MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dihujung kota, Nenek tua termenung, rumah sudah pun kosong. Ke Bandar dan Pesta anak cucu berkunjung, Bersendirian lah ia sambil linangan air mata. Terkenangkan suami yang sudah lama tiada, terkorban untuk kemerdekaan anak, cucu dan bangsa. Suami bersemangat juang, penjajah akan terus ditumbang, tanpa makanan dan minuman, yang ada hanya harapan untuk satu kebebasan. Penjajah semakin leka, minuman arak sepanjang masa, yakin kejayaan dan kuasa terus dirasa. MELAYU sangkanya tiada daya, malah tiada lagi punya senjata serta lemah berkata-kata. Mereka tidak bimbang kerana PENGKHIANAT ada bersama. Sekiranya jatuh, UMNO akan menanti. Nenek keliru, adakah PENGKHIANAT sudah mati. Apa bezanya PENJAJAH, PENGKHIANAT DAN UMNO. Serupa resepinya, tindakannya, agamanya, anutannya, kepercayaannya, rasuahnya, kebudayaannya dan hiburannya.

Kulihat kini sejarah telah kembali, KEMERDEKAAN sebenarnya memang tiada, kerana penjajah masih disini. Bukan dengan senjata tetapi ekonomi. Ingatkan bidalan PENJAJAH, " IF YOU CAN'T FIGHT THEM, FOLLOW THEM." Inilah cara mereka untuk merobek harta MELAYU dan berlalu. Mudah sekiranya TANAH MELAYU dicampur aduk pelbagai bangsa, kerana PECAH dan PERINTAH. Siapa yang membuat angkara? Bukan kah PENJAJAH juga? Permusuhan antara kita akan memudahkan mereka mencari harta. Kenapa sebelum 1957 kita mudah bersatu dan kini semua membisu, walaupun sedar ditipu.

Anak cucu sudah lali, perangai penjajah yang berpesta mereka kagumi. Asas perjuang sudah lama dilupakan, asas AGAMA bukan lagi pegangan. Zina, arak, judi sudah kembali kini. Akibat PENGKHIANAT yang mengaku sebagai MENTERI. Lihat sahaja Bahasa MELAYU tidak berguna lagi kerana BAHASA INGGERIS yang dijulang-julang kini.

Nenek tahu, apabila anak cucu kembali, anaknya akan kepenatan dan cucunya akan kelalaian. Berhiburan dan berpesta dan lupa akan perjuangan. Pasti, 31hb Ogos akan terus kembali, anak BANGSA akan terus bermimpi. Tidak tahu akan sampai bila lagi. Perjuangan Kemerdekaan sudah tiada lagi, kerana PENJAJAH berkata kita sudah merdeka dan Perjuangan hanyalah sejarah yang tidak perlu diulangi.

Inikah generasi BANGSAku, manakah perginya MELAYU? Mudahnya TERTIPU. Inikah kemerdekaan yang dilaungkan, inikah kemerdekaan yang kita inginkan? Bukan kedamaian dan kemajuan, tetapi semata-mata kemiskinan dan permusuhan. Adakah MELAYU sudah lupa atau PENJAJAH sudah bertukar rupa. Baka pejuang seolah-olah beransur tiada, Baka PENGKHIANAT yang terus berkuasa dan berkembang-biak nampaknya.

Menjajah bukan lagi dengan serangan, menjajah bukan lagi dengan senjata. Dadah menjadi pelurunya, hiburan menjadi senapangnya, ajaran sesat menjadi penjaranya, Makanan haram menjadi racunnya, UMNO adalah pentadbirannya. Menjadi kerajaan adalah caranya. Hanya kerajaan yang memegang kuasa. Kalau MELAYU sudah merdeka, kenapa undang-undang penjajah masih di laksana. MELAYU merdeka sekiranya PENJAJAH dan PENGKHIANAT dihalau keluar.

Persoalannya, kenapa 1957, Penjajah masih dipayungkan, masih di iringkan, masih dihormati, sepatutnya mereka dihalau pergi. Adakah kemerdekaan TANAH MELAYU sama dengan kemerdekaan bumi IRAQ, Afrika. Sedangkan kita tahu walaupun Negara mereka sudah tidak dijajahi, tetapi talibarutnya terus menjadi PERDANA MENTERI. Kita kecoh Negara orang, kita lupa Negara sendiri. Adakah kita juga serupa?

Sedarkah MELAYU, PENGKHIANAT sudah lama mengaku MELAYU, TALIBARUT sudah lama mengaku PEJUANG, KAFIR sudah lama mengaku ISLAM. Anak MELAYU hanyalah sekadar sekumpulan burung tiong dan kakak tua yang diberikan makanan hanya sebiji-dua dan untuk menyebut sepatah dua. Bertukar rupa menjadi anjing gila sebagai pendinding ketua. Seolah – olah MENTERI adalah TUHAN, hingga sanggup bunuh rakan dan taulan, kerana ketagih HABUAN.

Sejak UMNO berkuasa, PENGKHIANAT telah menjadi KERAJAAN, dan sejak itu, Kemerdekaan bukanlah kebebasan, Kekayaan bukanlah kesenangan, DEB bukan untuk diagihkan, ISLAM bukanlah anutan, yang HARAM kini jadi makanan, AJARAN SESAT dibiarkan, HIBURAN di galakkan, RASUAH dibenarkan… Biarkan MALAYSIA hancur, harta sudah banyak ku kumpul, Biar MALAYSIA rugi, aku kaya dan mampu lari. Biar MELAYU terus sendiri dan terus rugi. Kucari asal usul MELAYUku, sejarahku, supaya semangat Berjuang akan kembali, MALANGnya PENJAJAH sudah lama bawa lari. Supaya semangat MELAYU juga terus mati.

Suasana menjadi sunyi, tanpa cengkerik menyanyi kerana hutan sudah ditebang dan kebun menjadi lapang. Nenek tua kepenatan dan tertidur lagi…anak cucu ditunggu belum kembali. KEMERDEKAAN sudah tersalah erti, Penjajahan sudah berakar umbi, cuma MELAYU tidak sedari, kerana KELALAIAN yang UMNO beri, supaya MELAYU terusan begini.

Hilang agama dan harga diri. Sesungguhnya, UMNO takut kalau MELAYU berdiri, UMNO takut sekiranya MELAYU kembali, UMNO takut sekiranya MELAYU bersatu hati. Sekiranya JEBAT hidup kembali, perjelaskan siapa yang sebenar yang menikam. PASTI, Mahathir dan Ali Rustam akan tergamam. Kerana mereka ini tahu siapa MELAYU dan sejarah sebenar MELAYU.

Kini nenek tua menunggu saat mati, pesanan pejuang tidak bererti, amanah suami, anak cucu tidak endahi. Nenek tahu, suami tertipu, KEMERDEKAAN hanya direka, MELAYU tidak pernah merdeka, semuanya hanyalah sandiwara. MELAYU hanya sekadar pelakon dan penonton yang diulit mimpi untuk meneruskan agenda PENJAJAH dan PENGKHIANAT.

Cerita Tauladan Hari Ini

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam,Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam.Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.

Maka setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia'Allah telah jauh meleset.Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada.Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)