Monday, November 24

Islam, Jantina dan Seks

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

Pengharaman budaya tomboi dan pengkid oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-83 di Kota Bharu pada 24 Oktober 2008 baru-baru ini mendapat kritikan pedas daripada beberapa golongan masyarakat dan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO). Malah, lebih memilukan lagi, golongan 'pengkid Islam' menjawab isu ini dengan keilmuan yang cetek serta tidak beradab di dalam satu temubual akhbar Harian Metro.

Situasi ini menggambarkan kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya, bahawa pengamalan cara hidup Islam yang menyeluruh seolah-olah dianggap sebagai taboo. Kesan sebegini timbul akibat sikap serta pemikiran kebanyakan umat Islam di Malaysia yang sudah dijangkiti sekularisasi dan liberalisasi aqidah hasil daripada usaha golongan Islam Liberal.

Demonstrasi yang dibuat oleh Katagender dan Food-Not-Bombs boleh dilihat sebagai satu kesilapan umat Islam dalam menyampaikan kefahaman Islam yang sebenar kepada golongan bukan Islam terhadap institusi Islam di negara ini. Demonstrasi yang dilihat seakan-akan membela kaum pengkid ini sebenarnya berasaskan penafian sistem Islam yang diguna pakai dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lebih menggetarkan lagi apabila penafian ini dilakukan di khalayak ramai seolah-olah mencabar status Majlis Fatwa Kebangsaan secara terbuka.

Aqidah Islam

Islam datang dengan penurunan al-Qur'ān serta dijelaskan melalui al-Sunnah. Malah, pentafsiran hukum-hakam di dalam al-Qur'ān serta al-Sunnah bukannya boleh dibuat secara membuta tuli.

Kemahiran dalam bahasa Arab terutama dalam loghat dan faham Bani Quraisy, kefahaman tentang sebab-sebab penurunan ayat-ayat al-Qur'ān (asbab al-nuzul), hadith-hadith yang menerangkan maksud ayat-ayat al-Qur'ān yang tertentu, pengguguran hukum tertentu dalam al-Qur'ān setelah turunnya ayat hukum yang lain, pemahaman terhadap sistem sosial serta amalan tertentu masyarakat Arab ketika al-Qur'ān diturunkan, semua ini menunjukkan kepada kita bahawa bukan calang-calang keilmuan serta kefahaman yang diperlukan oleh alim ulama' dalam mentafsir al-Qur'ān dan al-Sunnah.

Pentafsiran ini penting buat semua umat manusia sebagai kompas petunjuk jalan kehidupan di dunia menuju kehidupan kekal di Akhirat kelak. Namun, hanya alim ulama' yang benar-benar pakar dalam bidang ini yang boleh mengeluarkan hukum (istinbat) menurut adab-adab ilmu yang tertentu disamping berbincang (muzakarah) sebelum menyatakan fatwa-fatwa tertentu ke atas sesuatu perkara.

Atas dasar keilmuan inilah Islam berkembang dan dapat diterima pakai secara menyeluruh di mana-mana negara di dunia pada bila-bila masa. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam sebuah hadith, "sesungguhnya para alim ulama' itu adalah pewaris para Nabi".

Para alim ulama' pakar dalam bidang keagamaan, maka sudah tentu mereka sedar dan faham setiap perkara yang ingin mereka ketengahkan. Tetapi masih ada masyarakat yang cetek pemikiran melawan golongan alim ulama' ini secara terbuka seolah-olah mereka lebih arif tentang ilmu agama.

Sejarah Mungkin Berulang
Allah s.w.t. secara terang lagi nyata menceritakan perihal golongan homoseksual (seks sesama jantina) di dalam al-Qur'ān melalui kisah kaum Nabi Lut dalam surah al-Shu'arā', surah ke-26 ayat ke-160 hingga 175. Kaum yang engkar dengan ayat-ayat Allah s.w.t. ini diberikan hukuman bencana[1] iaitu diterbalikkan tanah tempat tinggal mereka ke dalam perut bumi hanya setelah mereka menafikan maksiat homoseksual selepas berkali-kali dinasihatkan oleh Nabi Lut supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Allah s.w.t. yang benar.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa usaha membanteras gejala sebegini wajib dilakukan bagi mencapai hidup yang diredhai-Nya. Jika usaha membanteras dan membaikpulih masyarakat yang rosak langsung tidak dibuat, Allah s.w.t. akan menghukum kaum tersebut dengan pelbagai bencana dan penderitaan dalam pelbagai sudut. Sudahkah umat Islam di Malaysia sedar berbagai wajah malapetaka yang menimpa masyarakat sejak akhir-akhir ini?

Penurunan al-Qur'ān jelas memberi amaran kepada manusia akan sejarah umat-umat terdahulu yang membelakangkan ayat-ayat Allah s.w.t. sehingga mereka dijatuhkan bala bencana sebagai balasan menafikan kebenaran yang sudah ditunjukkan di hadapan mata dan kepala mereka. Peristiwa ini tidak mustahil akan berulang jika perkara yang sama dilakukan oleh masyarakat hari ini.

Mitos-mitos Pengkid

Jika ditanya kepada masyarakat umum, ramai yang akan membuat andaian bahawa budaya pengkid ini lahir daripada kisah putus cinta antara lelaki dan perempuan. Setelah itu, perempuan tersebut tertekan lalu menjadi pengkid kerana lebih mudah untuk berhubungan tanpa berisiko untuk dipermainkan oleh lelaki berhidung belang.

Ada juga beberapa mitos pengkid yang bermula akibat asuhan ibubapa di rumah yang mengenakan pakaian lelaki kepada anak perempuan atau tidak menghiraukan anak perempuan mereka yang suka berpakaian lelaki. Semua ini benar dan terbukti dalam menyuburkan budaya pengkid dalam masyarakat tetapi punca-punca ini adalah punca picisan yang hanya membaja fahaman pengkid.

Punca utama kelahiran budaya yang merosakkan ini adalah daripada kegagalan menanam kefahaman aqidah yang sahih ke dalam diri setiap manusia. Al-Qur'ān secara jelas merakam kisah golongan homoseksual yang dilaknat lalu dihukum dengan azab yang sangat hina. Namun, berapa ramai umat Islam yang benar-benar menghayati kisah ini sebagai panduan hidup masa kini? Seorang muslim yang bersungguh-sungguh berpegang kepada aqidah yang sahih langsung tidak akan terpedaya dengan timbulnya perasaan 'pelik' dalam diri tatkala melihat jantina yang sama sebagai tempat melempiaskan nafsu serakah.

Pengkid juga digambarkan sebagai lebih memahami wanita yang bermasalah dalam percintaan berbanding lelaki. Kenyataan ini ada benarnya kerana pengkid juga adalah wanita! Namun, jika dikaji lebih mendalam, alasan bahawa pengkid lebih memahami wanita adalah batu loncatan semata-mata dalam membuka jalan yang lebih mudah untuk memuaskan nafsu seks tanpa sekatan. Malah, masyarakat akan memandang pelik apabila wanita yang tinggal serumah atau sebilik disabitkan kesalahan sosial walaupun salah seorang daripada mereka adalah pengkid.

Lambakan hiburan dan budaya seronok (hedonisme) yang disiarkan dalam media massa menjadi satu cabang utama kelahiran budaya jijik ini yang perlu dicantas serta-merta. Kehidupan yang berteraskan material dan kepuasan perasaan diri individu yang dipamerkan dalam televisyen terutamanya, menggalakkan pembiakan budaya pengkid dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sekolah. Malah, dalam salah satu drama 'Islamik' Indonesia yang ditayangkan di televisyen, watak Olivia sebagai seorang perempuan ditonjolkan menjadi lelaki bernama Ruben dalam babak penyamaran jantina.

Penyuburan kemungkaran yang halus di dalam media sebegini harus diberi perhatian serius oleh semua peringkat masyarakat! Sesuatu perlu dilakukan sebelum nasi menjadi bubur.

Membetulkan Salah Faham Pengkid

Islam mengiktiraf 'khunsa' iaitu dari segi syarak bermaksud seseorang yang diragui jantinanya sama ada mempunyai kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Pengiktirafan ini menunjukkan Islam memandang golongan khunsa sebagai manusia normal tetapi dalam beberapa sudut seperti ibadat, golongan ini diberi penetapan khas.

Contohnya penetapan posisi mereka dalam solat sudah ditetapkan oleh jumhur ulama' yang menyatakan bahawa khunsa mesti berada di saf ketiga selepas dewasa dan kanak-kanak lelaki. Saf di belakang golongan khunsa adalah wanita.

Namun masyarakat harus memberi perhatian serius terhadap isu pengkid dan maknyah yang meniru lagak jantina berlawanan. Golongan ini tidak dikategorikan sebagai khunsa dan hukumnya jelas adalah haram di sisi Islam kerana mengubah kejadian fitrah diri manusia. Bukan sahaja lagak yang ditiru, malah sebenarnya golongan ini membawa pemikiran penyair wanita Greek purba iaitu Sappho.

Islam sama sekali tidak membenarkan budaya yang keji ini untuk bertapak subur dalam masyarakat atas alasan merosakkan aqidah. Allah s.w.t. memberi amaran keras kepada manusia menerusi al-Qur'ān dengan merakamkan kisah kaum Nabi Lut supaya umat Islam sentiasa mengingati dan mengambil ibrah atas peristiwa yang berlaku terhadap kaum terdahulu. Ternyata orang yang masih mempertahankan naluri jijik sebegitu langsung tidak beriman serta mengamalkan apa yang dibawa oleh al-Qur'ān! Na'uzubillah.

Kebanyakan pengkid akan menggunakan alasan naluri semulajadi yang timbul dalam diri secara tidak sedar atau akibat suasana masayarakat sekeliling. Putus cinta, salah didikan ibubapa, pengaruh kawan, sifat ingin mencuba, seks pengkid lebih selamat kerana tidak mengandung, pengkid lebih memahami wanita, adalah antara alasan kosong yang sengaja ditimbulkan untuk memberi lampu hijau kepada kemudahan golongan ini dalam memperluaskan jajahan maksiat mereka.

Persoalan seterusnya adalah kesan budaya pengkid yang boleh menyebabkan gejala sosial seperti lari dari rumah, hedonisme yang berlebih-lebihan sehingga meleret kepada arak dan dadah, dan juga perceraian suami isteri! Lupakah kita bahawa pengkid pernah menggemparkan tanah air ini apabila melarikan diri bersama seorang isteri yang sudah pun mempunyai anak? Kerosakan rumahtangga sebeginilah yang boleh menimbulkan lagi lebih banyak gejala sosial yang merosakkan sistem kehidupan manusia.

Saya sangat terkilan tatkala membaca temubual beberapa pengkid Islam di dalam Harian Metro yang mencemuh ulama' seperti kawan mereka sendiri. Alasan-alasan akal berlandaskan nafsu serakah semata-mata dapat dilihat daripada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini. Para alim ulama' harus dijadikan kawan sebagai tempat rujukan segala permaslahan hidup, bukannya melayan ulama' seperti kawan sendiri!

Falsafah Kebahagiaan Lesbian

Walaupun golongan pengkid tidak pernah menelaah karya-karya Sappho secara serius, atau mengkaji falsafah lesbian yang dibawanya, asas ideologi ini tumbuh daripada akar yang sama iaitu bertuhankan rasional akal sambil berlapikkan nafsu seks semata-mata.

Perkataan 'lesbian' yang digunapakai hari ini adalah terbitan daripada nama pulau Lesbos yang didiami oleh Sappho sekitar tahun 625 hingga 570 sebelum Masihi. Sappho mengukir perasaan 'cintanya' kepada wanita melalui ayat-ayat indah dalam sajaknya. Malah, sejarah lesbian terawal ketika itu bermula setelah Sappho menjalinkan hubungan serius dengan murid perempuannya.

Tomboi dan pengkid sebenarnya adalah peringkat bertatih sebelum tiba ke peringkat lesbian yang lebih sejati di mana wanita lesbian adalah wanita dalam bentuk wanita sebenar tetapi bernafsu kepada wanita lain. Mengapa tomboi dan pengkid selalunya dilihat di Malaysia tetapi tidak di Barat?

Di Malaysia, budaya ketimuran yang dipenuhi dengan adab dan sopan masih kuat dipegang. Malah, sandaran Islam sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia menjadi teras kukuhnya asas akhlak serta moral masyarakat di Malaysia. Walaupun fahaman sekularisasi dan juga liberalisasi Islam kian merebak dalam setiap nadi masyarakat Islam di Malaysia, beberapa perkara dasar yang lain seperti penukaran jantina dan perkahwinan sesama jantina masih dianggap tidak bermaruah. Tidak mustahil suatu hari nanti masyarakat di Malaysia akan menerima budaya lesbian dan perkahwinan sesama jantina ini sebagai norma hidup iaitu setelah fahaman sekularisasi dan liberalisasi Islam merebak pantas dalam institusi kekeluargaan dan keagamaan

Di Barat, budaya lesbian ini diterima pakai akibat sikap individualistik yang begitu subur oleh setiap rakyatnya. Setiap perbuatan rakyat langsung berlandaskan seseorang individu di mana hak seseorang manusia bergantung atas dirinya sendiri. Maka, setiap naluri ingin mencuba sesuatu yang baru walaupun bercanggah dengan nilai moral manusia dianggap baik atas alasan membenarkan hak individu terbabit untuk berkelakuan. Sifat ini ternyata sangat berlawanan dengan budaya kemasyarakatan di Malaysia.

Apabila sikap seseorang individu dianggap hak seseorang individu, maka lesbian dengan mudah terima oleh masyarakat Barat. Jika analogi dibuat, lesbian adalah makam tertinggi golongan pengkid. Bezanya, pengkid di Malaysia boleh dikategorikan sebagai peringkat permulaan lesbian sebelum menyambung peringkat tengah kepada lesbian dan seterusnya peringkat seksual tertinggi iaitu biseksual (bernafsu seks kepada lelaki dan wanita).

Jika dilihat dengan teliti, permulaan lesbian bukannya terjadi secara tiba-tiba tetapi didahului dengan luahan perasaan 'pelik' kepada kaum sejenis. Apabila luahan tersebut tidak bertepuk sebelah tangan, maka kedua-dua individu tadi akan memulakan hubungan yang serius. Namun, apakah saripati budaya jijik ini? Jawapannya, kepuasan biologi tubuh (jasadi) semata-mata.

Islam langsung tidak meletakkan keperluan jasadi sebagai matlamat puncak kepada kebahagiaan. Malah, makna kebahagiaan dalam Islam merangkumi aspek yang sangat teras dan mencakupi sudut dalaman (batiniah) diri manusia iaitu kebahagiaan di dunia dan di Akhirat. Kebahagiaan yang dimaksudkan ini menjadikan Akhirat sebagai tujuan hidup di dunia.
Kebahagiaan dunia dalam pandangan Islam pula bukanlah dari sudut material atau jasadi semata-mata, tetapi dalam ertikata kebahagiaan rohani dan akhlak yang ditumbuh subur atas aqidah yang dibajai dengan ketaqwaan yang benar. Sejarah pembukaan dan perkembangan kota Madinah di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. membuktikan betapa sejahteranya hidup manusia apabila berlandaskan Islam. Maka, garis jelas inilah yang memisahkan pemikiran dan adab hidup masyarakat Islam dengan selainnya.

Menurut Imam al-Ghazali, kebahagiaan yang hakiki adalah ilmu pengenalan mengenal Allah s.w.t. (ma'rifatullah).


Seks Halal

Secara semulajadi, fitrah diri manusia memerlukan pasangan hidup sebagai pelengkap kebahagiaan diri serta kemandirian generasi yang seterusnya. Malah, hubungan seksual juga secara saintifik menunjukkan kitaran hormon manusia menjadi lebih stabil dan melancarkan sistem biologi tubuh. Maka, perkahwinan menjadi salah satu keperluan manusia sebagai pintu kepada hidup berpasangan.

Islam membenarkan seks antara lelaki dan wanita. Namun, pengiktirafan hubungan ini wajib disalurkan melalui akad nikah yang sah. Hubungan seks yang tidak melalui proses ini dijatuhkan hukuman haram dan berdosa. Malah, hubungan seks suami isteri adalah ibadat jika melalui perkahwinan dan didasari hukum-hakam yang dibawa oleh Islam. Di dalam sebuah hadith, ketika Rasulullah s.a.w. ditanya tentang persetubuhan, baginda menjawab, "sebagaimana seseorang itu berdosa apabila melakukan atas perkara yang haram, dia juga akan memperoleh pahala jika dilakukan atas perkara yang halal".

Perkahwinan itulah yang menghalalkan hubungan seks. Lebih terperinci lagi, perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
Walaupun percintaan antara lelaki dan wanita seringkali dianggap puncak kepada perasaan kasih sayang yang sering ditonjolkan oleh media massa, harus diingat bahawa Islam meletakkan cinta kepada Allah s.w.t. sebagai cinta teragung dan menyeluruh dalam segala tindak-tanduk seharian. Dengan itu, segala hukum-hakam serta syari'at Islam diberi keutamaan paling tinggi dalam meletakkan manusia sebagai hamba kepada Allah s.w.t. hatta dalam persoalan cinta.

Katagender dan Food-Not-Bombs

Demonstrasi Katagender dan Food-Not-Bombs boleh dilihat sebagai kesilapan umat Islam di Malaysia dalam menyampaikan faham Islam yang sebenar. Pengeluaran fatwa pengharaman pengkid bukanlah jatuh kepada semua kaum di Malaysia tetapi tertakluk hanya kepada masyarakat yang beragama Islam.

Dalam demonstrasi tersebut juga, kumpulan ini dilihat seperti 'menang sorak, kampung tergadai'. Isu pembelaan hak wanita yang digembar-gemburkan kumpulan ini ternyata tersimpang jauh daripada matlamat yang sebenarnya. Pengharaman pengkid sama sekali tidak menindas kaum wanita di Malaysia, malah membela nasib kaum wanita apabila mengawal unsur-unsur tidak sihat yang mula menjangkiti rakyat Malaysia saban hari.

Kecetekan ilmu juga dapat dilihat tatkala kumpulan ini melaungkan slogan-slogan yang agak kelakar. Contohnya, 'pengkid bukan jenayah', 'nenek saya berambut pendek, ada masalah?', dan sebagainya.
Takrifan pengkid bukanlah berambut pendek semata-mata, tetapi pemikiran serta budaya tidak sihat yang dibawanya. Malah, di dalam Islam, wanita-wanitanya dituntut memakai tudung secara sempurna walaupun ramai wanita Islam hari ini berambut pendek. Jika dilihat dengan penuh berhikmah, pemakaian wanita Islam yang sempurna sama sekali menyekat mana-mana wanita daripada berkelakuan lelaki akibat had pergerakan yang terhasil daripada menutup aurat.

Asas pengharaman pengkid bukan bermakna meletakkan pengkid dalam kategori jenayah, tetapi menyekat dan membanteras pemikiran dan budaya jijik yang dibawa. Islam sama sekali tidak membuka jalan ke arah kerosakan aqidah serta akhlak, maka pintu utama ke jalan tersebut perlu ditutup serta-merta.

Mengapa isu pengeksploitasian wanita secara globalisasi melalui syarikat berlian De Beers tidak dijadikan asas perjuang kumpulan ini? Mengapa penindasan dan kerosakan wanita melalui pelacuran tidak dibela? Isu-isu sebegini yang harus diberi perhatian oleh Katagender dan Food-Not-Bombs, bukan isu pengharaman pengkid. Ternyata sekali asas kumpulan ini bukanlah menegakkan hak asasi wanita, tetapi sengaja mempolemikkan keharmonian masyarakat Islam di Malaysia.

Apa Perlu Buat?

Pengharaman pengkid sepatutnya dilihat sebagai salah satu usaha pembaikan masyarakat yang harus digembeleng bersama, bukan sebagai satu hukuman keras ke atas golongan ini sehingga menyingkirkan mereka daripada masyarakat. Kajian komuniti terhadap golongan ini seperti punca utama, punca perkembangan, kesan-kesannya terhadap aqidah umat Islam, kesan-kesannya terhadap institusi kekeluargaan di Malaysia, dan sebagainya seharusnya diberi perhatian serius.

Pendekatan program Latihan Aktivis Dakwah dalam Isu-isu Sosial (LANDAS) yang digunapakai oleh Urusetia Menangani Gejala Sosial[2] (UNGGAS) yang berpusat di Kedah sewajarnya diambil iktibar. Remaja yang bermasalah sama sekali tidak dihukum malah dikaunseling secara terbuka dan lembut ketika aktiviti ini dijalankan. Pendekatan ke akar umbi masyarakat sebegini membuka mata ramai peserta yang hadir sehingga menjadi salah satu program bulanan yang dianjurkan oleh UNGGAS.

Pemahaman tentang isu-isu masyarakat secara langsung boleh membuka mata masyarakat betapa seriusnya kebejatan sosial yang berlaku sehingga merosakkan aqidah umat Islam. Andaian-andaian sesat tentang kebaikan pengkid harus ditolak serta-merta dan cara yang terbaik adalah dengan mendekati golongan ini di dalam masyarakat.

Apabila masyarakat lebih suka berada di hadapan televisyen menonton drama, gemar bersiar-siar ke tempat-tempat peranginan yang menarik, sehingga mereka ini buta realiti masyarakat, maka lahirlah salah faham terhadap beberapa isu-isu penting yang membelenggu masyarakat.

Hentikan Islam Liberal Serta-merta!

Kesan-kesan kerosakan pemikiran yang dibawa oleh kumpulan liberalisasi Islam nampaknya sudah menghasilkan generasi yang berpemikiran seperti mereka. Pembelaan hak asasi manusia adalah antara medium utama yang menjadi sandaran golongan ini dalam membawa virus liberal sehingga simptom-simptom kepincangan aqidah jelas kelihatan saban hari.

Saya menyeru pihak yang berkewajipan memberi perhatian serius membanteras penyebaran fahaman Islam Liberal ke dalam masyarakat yang menggunakan media massa, manipulasi pendidikan agama, dan sekularisasi makna kebaikan dalam Islam sebagai pengisian-pengisian utama fahaman ini. Usaha ini sudah lama digembeleng serius oleh Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang banyak membantu UNGGAS. Namun, masyarakat juga harus sedar dan berusaha mencegah fahaman sebegini daripada merebak sekadar termampu.


Semoga Islam masih lagi bertapak di dalam diri manusia di Malaysia tanpa dipesongkan oleh golongan Islam Liberal yang licik berdakyah dalam masyarakat.

Saturday, November 8

Rumah Terbuka Deepavali Indera Mahkota

INDERA MAHKOTA: (Sabtu, 8 Nov) Parti Keadilan Rakyat Bahagian Indera Mahkota akan mengadakan majlis Rumah Terbuka Deepavali Pakatan Rakyat di Restoran Amrah, Air Putih iaitu berdekatan dengan Pusat Khidmat PKR Indera Mahkota. Program akan bermula sekitar jam 7.30 malam. Orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat adalah dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis itu nanti. Program ini adalah satu majlis ramah mesra bagi mengeratkan lagi sillaturahim antara sesama kaum di parlimen ini. Majlis akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan Ismail

Sumber:http://www.pahangdaily.blogspot.com/

Ahli Parlimen Kuantan Turun Padang

KUANTAN: (Sabtu, 8 Nov) Program lawatan Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Hjh. Fuziah Salleh. Seawal jam 6.30 pagi esok beliau akan melawat ke Pasar Borong Kuantan di Kemunting, bagi meninjau masalah dan kebajikan para peniaga di sana. Jam 9.00 pagi terus ke Kg. Selamat, kemudian beliau akan berjumpa penduduk di Kg.Dato Keramat, sekitar jam 1.30 tengahari akan hadiri jamuan makan di rumah Pak Stapa. Jam 2.30 petang, temujanji dengan pekerja Felda di Pejabat PKR Bahagian Kuantan. Manakala itu beliau akan menghadiri satu majlis doa selamat dirumah Saudara Zulkamar Indera Mahkota dan berakhir sebelah malamnya menghadiri satu majlis jamuan Deepavali bagi masyarakat kaum India di Restoran Amrah, Air Putih

Sumber:http://www.pahangdaily.blogspot.com/

Tuesday, November 4

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS.

Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini "Janganlah kamu makan organ dalaman" . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini . Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran
Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Univer siti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan univer siti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata , akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia .. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat . Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Kepada ibu bapa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita . Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah .

Anggota Parlimen Tagih Janji Daripada Azalina

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said semalam diasak dengan pelbagai pertanyaan daripada anggota Parlimen berkenaan program inap desa dan juga pembinaan mini stadium ketika beliau memegang portfolio sukan dahulu. Keadaan itu timbul apabila Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) mencelah dan meminta penjelasan daripada Azalina yang sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2009 bagi kementeriannya berkenaan janji beliau untuk mewujudkan mini stadium di setiap kawasan Parlimen. "Masa zaman jadi Menteri Sukan (Belia dan Sukan), janji untuk bina mini stadium dan inap desa di setiap Parlimen, tetapi sampai sekarang janji itu tidak ditunaikan walaupun kita sudah cadangkan tapak yang sesuai," kata Anifah.

Turut dipersoalkan oleh Anifah ialah mengenai adanya anggota Parlimen yang tidak menerima borang permohonan untuk menjadikan kawasan Parlimen masing-masing sebagai produk inap desa. Azalina kemudian berkata persoalan mengenai pembinaan mini stadium perlu diajukan kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk jawapan yang tepat kerana beliau tidak lagi memegang jawatan itu dan khuatir jawapan yang diberikan akan bercanggah dengan maklumat kementerian itu. "Apa-apa keputusan yang dibuat tertakluk kepada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan termasuk prosedur untuk membenarkan tapak yang dicadangkan oleh ahli Parlimen," katanya. Azalina kemudian terus diasak oleh anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang mendakwa bahawa mereka tidak menerima sebarang borang permohonan mengenai program inap desa. Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) berkata perkara itu menunjukkan bahawa sistem penyampaian kementerian itu lemah.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pula mendakwa bahawa borang permohonan produk inap desa itu hanya diberikan kepada anggota Parlimen dan tidak kepada Parlimen pembangkang. "Beri borang kepada anggota BN sahaja, jangan lihat pada aspek politik sahaja, lihat demi kepentingan negara kerana produk ini boleh bantu promosikan negara untuk tambah pendapatan negara," katanya. Dalam penjelasannya, Azalina berkata setiap anggota Parlimen perlu melakukan permohonan kepada kementerian untuk mempromosikan kawasan mereka sebagai produk inap desa. Azalina berkata antara prosedurnya termasuk mengisi borang yang membolehkan kaji selidik dilaksanakan oleh kementerian sama ada sesuai atau tidak produk itu dijadikan produk homestay. "Selepas itu, apabila kampung tersebut dilihat sesuai dijadikan produk inap desa, maka pemohon yang mencadangkan inap desa tersebut (anggota Parlimen) boleh membuat permohonan kepada kementerian untuk naik taraf produk inap desa itu. "Permohonan perlu dibuat untuk mewujudkan inap desa di kawasan Parlimen tersebut dan kemudian, setelah dapat sijil, maka bantuan akan diberi bergantung kepada permohonan yang dibuat," katanya. Bernama