Friday, February 6

Bakal PM yang tinggi keyakinannya.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

P.I: Wah..cukup yakin Najib sekarang ni erk....tapi jangan negeri sendiri tergadai sudah lah...sebab baru-baru ni musuh utama beliau dalam UMNO dah beri warning kan....xpela tu masalah mereka dalam UMNO...kita kat luar ni wait and see la...

mmm...sape erk musuh utama Najib dalam UMNO ni...renung-renungkan....

Jam 4.58 PM : 6 orang sah ditangkap, Puluhan Pemberita saksi tregidi Kuala Kangsar

Semasa saya melintasi hadapan mesjid ubudiah kelihatan puluhan wartawan yang masih menyaksikan kumpulan manusia yang belum bersurai. Selain itu lebih seratus pasukan keselamatan termasuk FRU masih mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat.

Keadaan jalan agak kotor dan berserakan risalah kertas yang tidak pasti isi kandungannya. keadaan sudahpun sudah terkawal setakat ini.Setakat ini 6 orang telah ditangkap seperti disahkan dari sumber yang boleh dipercayai dan mereka sekarang ini sedang ditahan di Balai Polis Kuala Kangsar.Rombongan yang selesai menghadiri majlis angkat sumpah telahpun keluar dari Istana Iskandariah dan melintasi bulatan Kuala Kangsar dengan kawalan ketat dari pasukan keselamatan.

Kemungkinan pilihanraya semula tetap ada

Sekadar pendapat peribadi rakan-rakan seopis....kerajaan baru BN Perak juga mungkin tidak akan bertahan lama seandainya keadaan kecoh dan huru-hara seperti sekarang ini terus berlarutan dan di istiharkan darurat.

Dan sekiranya di istiharkan darurat,maka kerajaan baru yang baru mendapat MB sebentar tadi boleh dianggap terbatal...dan pilihanraya semula seluruh Perak boleh berlaku demi mengembalikan semula kuasa memilih kepada rakyat marhein....

Ini sekadar borak-borak kosong rakan seopis aku masa keluar minum kopi lepas jumaat tadi.....jangan ambil serius pulak....

Belum jadi PM Najib dah bukti kemampuan



Bakal PM Malaysia yang akan naik tahkta lagi sebulan telah berjaya membuktikan bahawa dialah sebenarnya pemimpin unggul apabila berjaya mendapatkan kembali salah satu dari negeri yang jatuh ke PR pada PRU 12 tahun lepas.


Bagi Najib,semua cara sekarang ini adalah halal,asalkan dia mampu membuktikan dia lah bakal PM yang terbaik......nampak gayanya bertambah 'Selamat,Aman dan Makmur lah Malaysia kita lepas ni...

Wajah tenang Hj Nizar yang rakyat Perak sayangi











Suasana Kini Panas, Nizar Bakal Ditahan ISA

KUALA KANGSAR [4.00 pm] - Nampaknya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semakin tidak menggendahkan suara rakyat. Tambah menyedihkan Sultan Perak juga turut bersekongkol untuk membenarkan "kebathilan" ditegakkan di bumi Perak oleh puak-puak UMNO yang sudah diketahui bagaimana sifatnya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Tindakan polis kini semakin mengganas "Ala Israel Menzalimi Penduduk Palestin Di Gaza". Masjid Ubudiah kini dibedil dengan gas pemedih mata. Suasana saling tidak tumpah seperti Palestin dibedil tentera Yahudi. Namun, ribuan penyokong Menteri Besar Perak terus istiqamah dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Mereka meneruskan perjuangan, ada yang berbaring diatas jalan dan ada yang duduk di atas jalan sambil menghalang laluan ke istana. Beratus-ratus anggota polis kini ditugaskan memburu "mangsa dan rakyat yang tidak berdosa". Kekuatan FRU pula kini ditambah dengan penggunaan "Water Canon". Namun, sungguh menyedihkan bila kejadian yang berlaku berhampiran istana ini dipandang "sebelah mata" sahaja oleh Sultan Perak !!. Maklumat diterima mengatakan kemungkinan besar Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bila-bila masa sahaja dari sekarang. Suasana begi panas dan tegang ketika ini.

Sumber :http://www.pahangdaily.blogspot.com/

Ada pihak cadang jual semua Toyota camry

IPOH - Kerajaan Negeri Perak yang baru digesa menjual atau melelong sahaja 14 unit kereta Toyota Camry 2.4 yang dibeli kerajaan negeri Pakatan Rakyat kira-kira sebulan lalu dan menggantikannya dengan Proton Perdana.

Perkara itu disuarakan beberapa individu yang menghubungi pejabat Kosmo! di sini sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru petang semalam.

Kakitangan awam, Kassim Harun, 34, berkata, sebagai Menteri Besar yang bakal mengangkat sumpah hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pangkor itu sewajarnya 'menyahkan' segala pembaziran yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Bukan sahaja pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak setuju dengan pembelian Toyota Camry bahkan rakyat melihat perbuatan itu tidak patriotik.

"Lagipun, ini masa terbaik BN mengotakan segala kritikan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutama melibatkan pembelian kenderaan berharga lebih RM2 juta itu,'' katanya.

Dr M :Pakatan Rakyat boleh bentuk kerajaan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh membentuk kerajaan di negeri Perak biarpun hanya minoriti.

"Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan," tegas Mahathir.Bekas ahli Umno itu dalam blognya hari ini berkata sandiwara di Perak masih menggelikan hati.

"Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?" soal beliau.

Mahathir seterusnya berkata, jika tidak dapat paksa kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak.Situasi ini kata beliau memungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal. - mks._

BERITA HAIRAN :Sultan Perak masuk ke Balai Istiadat

KUALA KANGSAR: Sultan Perak kini memasuki Balai Istiadat Istana Iskandariah jam 4.50 petang untuk majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru.

BATU API :Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama


p/s: dah-dah lah tu..jangan jadi batu api...nanti jadi bahan bakar kat neraka tau....

Thursday, February 5

Semua Exco Pakatan Rakyat tekad enggan kosongkan Pejabat SUK

Rakan-rakan saya, Salmiyah Haron dan Intan Abdullah sudah tiba di Ipoh setlah bertolak dari Kuala Lumpur petang tadi. Mereka cuba mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan senario politik di ibi negeri Perak itu.Mereka melaporkan, kesemua Adun Perak menerima surat jemputan ke majlis perlantikan Menteri Besar Perak yang dijadualkan akan diadakan esok, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, semua mereka tidak akan menghadiri majlis tersebut dan bertindak memulaukannya.Sementara itu, Nizar yang ditemui di kediaman rasminya berkata, kesemua exco Pakatan Rakyat bertekad tidak akan mengosongkan pejabat masing-masing di SUK, biarpun diminta berbuat demikian.Ketika ini, kediaman rasmi MB dipenuhi kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat dengan sepanduk yang berbunyi 'Bubarkan Dun, Kembalikan Suara Rakyat' serta laungan takbir.

Dalam pada itu, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat hajat di kediaman tersebut, yang dikawal ketat oleh Unit Amal PAS.Pihak polis kini dikatakan sedang giat membuat sekatan di semua jalan utama ke kediaman rasmi MB.

Segalanya Berakhir Di Sini

Februari- Berita demi berita silih berganti dan penghujungnya PASTI. Akhirnya BN merampas kuasa di Perak dengan cara yang paling BACUL. Jam 4.30 petang, Ketika dan saat ini Bangunan Perak ditutup untuk PAKATAN RAKYAT.

Ummi tanya ustaz samada sempat mengambil barang-barang peribadi di pejabat EXCO.Ustaz kata biarlah.Sabarlah Allah uji demi menguatkan iltizam di hati kita.Setakat ini ummi masih berkira-kira untuk pergi ke rumah MB buat kali terakhirnya tapi ustaz memaklumkan FRu dah penuh di depan rumah MB sapapun tak dibenarkan masuk. Lagipun hujan turun dengan lebatnya seolah-olah menggambarkan pilunya hati kami tidak terbendung lagi....

Selesai solat hajat dan membaca Surah Yassin ummi dah rasa puas ,redha segala yang terbuku sedikit terungkai.Allah meminjamkan kuasa dan dan mengambil kembali semuanya Allah punya. Kita sebagai hamba kena akur . Setakat lama berkuasa selama kurang lebih 10 bulan . inilah yang mampu pimpinan kami lakukan. Selebihnya biarlah masyarakat menilai. Moga kita mengambil pengajaran burung pipit memadam api yang membakar Nabi Ibrahim alaihisalam.

Ada rezeki kita usaha lagi selagi nyawa berdenyut perjuangan MESTI diteruskan.
Kita adalah mata rantai pejuangan kalau tidak sempat wakilkan zuriat kita penerus PEJUANGAN. ISLAM PASTI MENANG !

Petikan daripada blog Ketua DPP Perak

Servis akan bertukar tangan jika..dot..dot..dot...????

Walaupun Sultan Perak telahpun menitahkan MB Perak Hj Nizar melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada 28 ADUN BN bersama 3 katak lompat membentuk kerajaan negeri yang baru,MB dari Pakatan Rakyat itu seperti dilaporkan Setiausaha Politiknya akan terus mempertahankan jawatan dan kerajaan negeri pilihan rakyat itu.

Berdasarkan Undang Undang Negeri Perak, 3 cara sahaja boleh menukar kerajaan.Pertama : Melalui pembubaran DUN, MB Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.

Kedua : MB Perak dan semua EXCO meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.

Ketiga: Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru itu, selagi Sidang DUN belum bersidang dan Usul Undi tidak dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

Perak Oh Perak!!!!Macam2 cerita telah didengar....

Berita yang mengatakan YAB Ir.Nizar dititah supaya meletakkan jawatan adalah berita yang masih bersifat spekulasi.Keseluruhan pimpinan Pakatan Rakyat masih di kediaman YAB MB yang masih sah.Jangan percayakan berita yang mengatakan 'sembah derhaka'. Bersabar sahabat-sahabat dan jangan beremosi.Kenyataan Akhbar dijangkakan dibuat selepas solat asar. Mesyuarat belum selesai lagiBersabar semua. Zikir banyak dan doa banyak. Lepas itu serah pada Allah

Perak Oh Perak!!!!TERKINI!!!Lagi latest ni!!!!

4.30 petang:-Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.

Perak Oh Perak!!!!TERKINI!!!

3.45 petang:-Maklumat terkini diterima dari Ipoh, mengatakan selepas perundingan Sultan Perak akhirnya setuju membubarkan 4 Dewan Undangan Negeri. Namun dengan syarat Menteri Besar Perak perlu meletakkan jawatan beliau segera!. Perundingan masih berjalan sekarang ini, suasana tegang berlaku dan keadaan sungguh mendebarkan. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik jua!.

SUMBER:http://www.pahangdaily.blogspot.com/

Polis ambil tindakan tegas terhadap pihak adakan perhimpunan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, polis tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demontrasi haram berikutan senario politik yang berlaku di Perak berikutan peralihan tampuk pemerintahan.

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penyokong yang mengadakan sebarang perhimpunan atau demonstrasi secara haram kerana ia mengganggu ketenteraman awam.

“Saya berharap penyokong mana-mana parti tidak mengadakan sebarang perhimpunan kerana ini bukan sahaja akan menyusahkan orang ramai tetapi ini akan mengganggu ketenteraman awam.

“Pemimpin tertinggi bagi kedua-dua parti juga diminta memberi nasihat kepada penyokong masing-masing supaya bertenang dan tidak membuat perkara-perkara yang boleh melanggar undang-undang negara,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

Sampel mayat Kugan akan dihantar ke Australia

KUALA LUMPUR: Keluarga A Kugan yang dipanggil Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) untuk berbincang mengenai perkembangan bedah siasat kedua hari ini, bercadang menghantar sampel mayatnya ke Australia untuk dianalisis.

Perkara itu dinyatakan peguam keluarga mendiang, N Surendran di sini.

Sumber: Berita Harian

NIZAR ENGGAN UNDUR

IPOH (5 Jan): Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak sebaliknya menitahkan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak berkuatkuasa serta-merta.

Paduka Tuanku sebelum itu menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri DS Najib berkenaan majoriti yang telah diperolehi BN, iaitu 28 kerusi dan tiga calon PKR yang melompat parti menjadi adun bebas. Pakatan Rakyat menguasai 28 kerusi.
Nizar bagaimanapun berpendirian bahawa beliau masih sah sebagai Menteri Besar mengikut undang-undang tubuh negeri Perak dan tidak perlu meletakkan jawatannya.
Oleh kerana itu, maka untuk menyingkirkan Nizar, ia perlu melalui undi tidak percaya Dewan Undangan Negeri.

Sumber:http://perakdaily.com

dari Palestine kembali ke Perak....

Mmmm..gempar..gempar satu malaya dengan isu lompat melompat dan katak mengatak dalam politik di Perak.Kerajaan PR sudah hampir tumbang disebabkan oleh pembelotan ADUNnye sendiri....

BPI seperti hilang mood nk mencoretkan isu ini kerana BPI rasa adalah baiknya BPI berdiam diri kerana BPI jauh dari Perak...cukuplah sekadar mengambil tahu dari jauh......Selama beberapa minggu kebelakangan ini BPI banyak menyiarkan artikel mengenai Palestine namun kali ini terpaksa lah pulak menyiarkan artikel mengenai perebutan politik seperti rebut gula-gula yang berlaku di negara paling demokrasi di dunia..iaitu Malaysia......

Renung-renungkan lah.....