Friday, February 6

Ada pihak cadang jual semua Toyota camry

IPOH - Kerajaan Negeri Perak yang baru digesa menjual atau melelong sahaja 14 unit kereta Toyota Camry 2.4 yang dibeli kerajaan negeri Pakatan Rakyat kira-kira sebulan lalu dan menggantikannya dengan Proton Perdana.

Perkara itu disuarakan beberapa individu yang menghubungi pejabat Kosmo! di sini sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baru petang semalam.

Kakitangan awam, Kassim Harun, 34, berkata, sebagai Menteri Besar yang bakal mengangkat sumpah hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pangkor itu sewajarnya 'menyahkan' segala pembaziran yang dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat sebelum ini.
"Bukan sahaja pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak setuju dengan pembelian Toyota Camry bahkan rakyat melihat perbuatan itu tidak patriotik.

"Lagipun, ini masa terbaik BN mengotakan segala kritikan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat terutama melibatkan pembelian kenderaan berharga lebih RM2 juta itu,'' katanya.

0 comments: