Friday, February 6

Suasana Kini Panas, Nizar Bakal Ditahan ISA

KUALA KANGSAR [4.00 pm] - Nampaknya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semakin tidak menggendahkan suara rakyat. Tambah menyedihkan Sultan Perak juga turut bersekongkol untuk membenarkan "kebathilan" ditegakkan di bumi Perak oleh puak-puak UMNO yang sudah diketahui bagaimana sifatnya sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Tindakan polis kini semakin mengganas "Ala Israel Menzalimi Penduduk Palestin Di Gaza". Masjid Ubudiah kini dibedil dengan gas pemedih mata. Suasana saling tidak tumpah seperti Palestin dibedil tentera Yahudi. Namun, ribuan penyokong Menteri Besar Perak terus istiqamah dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Mereka meneruskan perjuangan, ada yang berbaring diatas jalan dan ada yang duduk di atas jalan sambil menghalang laluan ke istana. Beratus-ratus anggota polis kini ditugaskan memburu "mangsa dan rakyat yang tidak berdosa". Kekuatan FRU pula kini ditambah dengan penggunaan "Water Canon". Namun, sungguh menyedihkan bila kejadian yang berlaku berhampiran istana ini dipandang "sebelah mata" sahaja oleh Sultan Perak !!. Maklumat diterima mengatakan kemungkinan besar Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bila-bila masa sahaja dari sekarang. Suasana begi panas dan tegang ketika ini.

Sumber :http://www.pahangdaily.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

aku haramkan cukai income tax aku digunakan untuk sultan dan raja raja melayu
kita jumpa di padang mashyar

Anonymous said...

benda halal tak bole haramkan ...haram.

dah haramkan diam dan tunggu seksa kamu di neraka.