Monday, March 2

POLITIK PERAK : SETIAUSAHA DEWAN PULA JADI PAK TURUT

Kini Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong pula menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup kepada kerajaan HARAM Perak. Beliau yang sepatutnya taat kepada ‘Boss’nya iaitu Speaker DUN Perak sudah berani untuk ingkar arahan ‘Boss’nya semata-mata kerana menuruti dan menjadi ‘yes man’ kepada kerajaan HARAM BN Perak.
Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ni adalah tidak sah.
Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas sekali kenyataan beliau untuk senada dan seirama dengan kenyataan Zambry Abdul Kadir dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Maka tidak hairanlah selepas semua pegawai-pegawai kerajaan HARAM Perak akan mengeluarkan kenyataan sama dengan MB HARAM Perak. Cuma Speaker dan Pengerusi PAC sahaja yang tidak boleh dicucuk hidung dan di’keldai’kan oleh BN.

sumber :http://pemudasarawak.wordpress.com

0 comments: