Sunday, October 10

Politik Malaysia semakin teruk dan hancur!!!!

Cerita-cerita tentang bab politik di Malaysia, ramai yang semakin suka dengan senario politik yang sedang berlaku di negara ini, bukan sahaja orang tempatan yang mengikuti perkembangan politik, bahkan orang di luar Malaysia. Sejak tsunami politik yang membadai Malaysia selepas pilihanraya ke-12 (2008), maka senario politik dan permainan ahli politik Malaysia juga semakin maju.

Apa tujuan untuk berpolitik? Politik, kalau anda baca maksudnya yang sebenar adalah proses atau cara membuat keputusan dalam sesebuah kehidupan berkumpulan. Jika keputusan itu menguntungkan, maka kehidupan berkumpulan tersebut akan juga untung tetapi sebaliknya akan berlaku jika salah membuat keputusan.

Kalau di Malaysia ni lah kan, politik hanyalah untuk mendapatkan KEMEWAHAN DAN KUASA. Adakah wakil-wakil rakyat yang dipilih adalah yang sebenar-benarnya bekerja untuk rakyat? Saya tidak fikir kebanyakan wakil rakyat benar-benar ikhlas membantu rakyat. Mereka hanya mahu memenuhkan poket sendiri dari mahu membantu rakyat yang memerlukan. Rumah mereka semakin besar, kereta yang digunakan adalah dari jenis yang mahal punya (kononnya nak jaga status), bila dapat projek bagi kat rakan-rakan terdekat atau sedara mara dia aje… Rakyat yang sepatutnya diberi peluang untuk melakukan projek-projek setempat diketepikan

Bila pergi ke pejabat wakil rakyat tu…, memang tak kan jumpa. Setiausaha sulit dia cakap wakil rakyat tu keluar.. pergi tengok kawasan kononnya. Walhal tengok muka dia datang ke kawasan pun cuma 5 tahun sekali.. Itupun masa berkempen aje… Lepas menang kerusi.. Hmm haram! Nak jumpa pun susah. Tapi bila kita dapat projek berjuta-juta, mula le dia nak tunjuk muka dan nak rapat kat kita pulak. Cesss….!!!!

Kalau bab nak mengutuk parti lawan.. Dia le juara. Cuba tengok rakaman Dewan Rakyat ataupun DUN… Kalau bab bercakap, memberi usul atau berbahas.. memang bagus..! Tapi bila disuruh bekerja dan bila rakyat datang ke pejabat nak mengadu.. muka pun susah nak jumpa.. tak pun siap pilih…. dia pergi tanya pada si pengadu… KAU SOKONG PARTI MANA? kalau jawab parti yang tidak sama dengan yang diwakili oleh si wakil rakyat ni.. jawapannya tak kan dibantu!

Hmm… memang benar rakyat yang akan memilih masa mengundi. Cuba fikirkan sekarang kalau di Malaysia, pengundi memangkah mengikut parti, bukannya calon yang bertanding. Wakil rakyat yang bersikap poyo dengan rakyat menunjukkan sikap keseluruhan parti yang bertanding… Masalah tu..!

Yang paling bosan di Malaysia, mana-mana media pun sekarang akan mendahulukan cerita politik itu dan ini tetapi tak de nak cerita pasal wakil rakyat yang pemalas macam cipan! Memang teruk!

Bila agaknya politik Malaysia dan wakil rakyat nak sedar? Agaknya nak tunggu protes rakyat lagi ke pada Pilihanraya yang akan datang?

RIZMAN M.A

http://www.mohdrizmanma.com

7 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam,
Selagi gerombolan memerintah, sukar rakyat nak bersuara. Buat protes deme sembur dgn asid. Buat lebih sikit kena ISA. No level playing field. Ingat dulu Mahathir kutuk Barat kita tak dpt bersaing sbb takde level playing field tp di Malaysia bukan jer takder level playing field, padang pun takder!

eita said...

sokong dengan kak....
time berkempen baru lah sibuk nak jumpe dengan rakyat....hatta ke pasar ikan yang busuk pun sanggup redah semata2 nak kaut undi....

Car Loan Calculator said...

bila nak pilihan raya baru tahu cakap besar aje, lepas tu apa pun tak buat

Car Loan Calculator said...

pengundi pon same je. fanatik sangat

r.a.firdausi said...

betul..

politik malaysia memang dasyat...

lebih nampak pada pihak mana yang akan menang dan berkuasa...

part untuk kebaikan rakyat da xde...

masing2 burukkan satu sama lain...

http://abangkacak.blogspot.com/2011/07/politik-oh-politik.html

Anonymous said...

Trends politik malaysia skrg pun makin merapu... parti2 politik suka MEMBURUKKAN,MENFITNAH,MENJATUHKAN parti politik lain berbanding nak BERUSAHA untuk menonjolkan kebaikan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Berita2 yang keluar di tv skrg semua ada unsur2 hasutan dan negatif yang berat sebelah.
Kalau korang perasan skunk nie, makin byk dan bertambah kejadian jenayah,bunuh,rasuah,rusuhan,gaduh,ugut hantar peluru hidup,masalah PERKAUMAN berbanding dulu.

-Malaysia jatuh kat tangan org yang salah.

Anonymous said...

tak payah ambil tahu lah suasana politik di malaysia ni aku bukan saja tak suka politik malaysia malah rasa nak tinggalkan malaysia kalau dapat